Tuesday, June 9, 2009

Tanda-tanda Cintakan Allah


Adakah tanda yang menunjukkan seseorang itu benar cintakan Alla? Alim Ulama dalam tulisan mereka telah menerangkan beberapa irri sebagai tanda kecintaan kepada Allah.

Al-Hubbul Ilahi merupakan rasa rindu yang tercetus dari seorang hamba untuk bertemu dengan Tuhan dan mencapai keredhaanNya. Untuk mencapai tahap tertinggi ini tentulah dia itu ada iman yang kukuh, tidak ragu-ragu sikitpun dalam keimanannya. Ia menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai uswah hasanah, ikutan yang baik sebagai role model hidupnya baik dalam ibadat, perjuangan dan dalam perjalanan hidup sehariannya. Inilah antara sifat yang menjadi mercu tanda kecintaan Ilahi.

Firman Allah s.w.t: "Jika kamu cintakan Allah ikutlah aku, nescaya Allah cintakan kamu dan ia mengampuni dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ali Imran:31)

Dalam menjelaskan alamat atau tanda cintakan Allah, Imam Qurtubi ketika mentafsirkan kata-kata Sahal bin Abdullah, seorang tokoh sufi terkenal, tentang maksud cintakan Allah, beliau berkata:

"Alamat kasihkan Allah, kasihkan al-Quran
Alamat kasihkan al-Quran, kasihkan ahli Quran dan banyak membacanya
Alamat kasihkan Quran, kasihkan Allah dan kasihkan Nabi
Alamat kasihkan Nabi, kasihkan sunnah
Alamat kasihkan Allah, kasihkan al-Quran, kasihkan Nabi, kasihkan sunnah ialah kasihkan akhirat
Alamat kasihkan akhirat ialah kasihkan dirinya;
Alamat kasihkan diri ialah bencikan dunia
Alamat bencikan dunia, ia tidak mengambilnya kecuali sekadar bekalan dan keperluan sahaja."

4 comments:

  1. assalamualaikum ustaz sihat? saya ada masalah sket laa... saya nak kawin awal ape pendapat ustaz :-)

    ReplyDelete
  2. sihat alhamdulillah...Ustaz Umayr sihat? Soalan uztaz Umayr ni susah nak dijawab, mmg bagus diawalkan tetapi dari segi kewangan sudah bersedia ke? masalah ni pasti ada terutamanya kita sebagai pelajar yang tiada pendapatan. saya juga menghadapi perkara yang sama tetapi apa kan daya kalau kita tidak dapat bersedia dari semua aspek, bersabar je la ye, InsyaAllah ada rezeki boleh lah mendirikan masjid :)

    ReplyDelete
  3. saya kecewa dgn mak mertua...suka pelaga org..
    apa pendapat ustaz

    ReplyDelete
  4. kepada Panduan Hidup: pelaga orang itu orang mana, siapa? sekiranya antara saudari dengan suami mungkin ini pandangan saya kepada saudari:

    disini bagi saya suami memainkan peranan yang penting dalam menyatukan antara mak mertua dengan saudari....jadi disini saudari perlulah menerangkan keadaan ini kepada suami saudari terlebih dahulu dengan cara yang sesuai dan berhikmah supaya tidak timbul pula masalah yang lebih besar diantara saudari dengan suami. jangan sampai suami saudari terasa yang saudari membenci ibunya atau apa-apa perasan yang kurang baik. ini sangat penting supaya sekiranya mak mertua cuba melagakan saudari dengan suami,suami akan memahami dan berhati-hati dengan sesuatu perkara yang disampaikan mak mertua..dan suami sendiri akan cuba memperbaiki hubungan saudari dengan ibunya sendiri itu..

    yang kedua..saudari perlu mengambil hati mak mertua dengan membelikan hadiah ketika hari lahirnya...atau saudari berjalan-jalan ke mana-mana saudari belikan buah tangan untuknya...

    yang ketiga...cuba saudari cari dimana silapnya yang menyebabkan mak mertua saudari menjadi sedemikian...kemudian cuba saudari ubah perkara tersebut dan cuba untuk sentiasa merapatkan hubungan saudari dengan mak mertua...

    yang terakhir dan yang terpaling penting adalah berdoa kepada Allah..laksanakan solat taubat, tahajjud dan hajat pada sepertiga akhir malam...berdoa bersungguh-sungguh...insyaAllah ini merupakan jalan yang terbaik, sementara usaha seperti yang diterangkan tadi itu dilakukan...kita kene ingat bahawa Allah lah yang memegang hati-hati manusia...Allah lah yang berkuasa mengubahnya dengan syarat kita berusaha dan berdoa...

    sekian sahaja dari saya,moga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat kita,insyaAllah...
    (mungkin selepas ini lebih mudah dengan menggunakan email)

    ReplyDelete