Friday, June 12, 2009

Percintaan Remaja Sebelum Perkahwinan



Manusia diciptakan Allah berpasang-pasangan tetapi kita perlulah mengikut batas-batas yang telah ditetapkan Allah dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ramai manusia zaman ini tidak dapat menahan nafsu untuk bercinta selepas perkahwinan, ramai remaja yang sudah mempunyai teman lelaki atau teman perempuan di Universiti atau tempat kerja mereka sebelum perkahwinan. Tetapi perlulah mereka menjaga maruah mereka dengan perasaan malu kepada Allah. kerana Allah lah cinta hakiki yang perlu dinikmati semua manusia yang sering lalai dan alpa. Jangan kita menduakan Allah atau janganlah kita menolak keredhaan Allah dengan keredhaan manusia yang kita cintai. Sangat rugi lah mereka yang mengutamakan manusia dalam kehidupan seharian mereka. Yang pertama kita perlu menanamkan kecintaan kita adalah kepada Rabb kita Allah s.w.t kemudian Nabi Muhammad s.a.w dan barulah kedua ibu bapa kita yang membesar dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Selepas itu barulah kita menghadirkan kecintaan kita kepada kekasih hati kita dengan niat kita akan menikahi untuk dijadikan pasangan hidup kita, bukan untuk suka-suka atau berbangga ataupun mengikuti rakan-rakan dengan adanya suatu perhubungan yang tidak pasti. Yang terbaik adalah menjaga hati kita untuk bercinta selepas perkahwinan bagi sesiapa yang mampu.

Mungkin tips di bawah ini (daripada Dr Abdul Salam) boleh lah kita ikuti untuk dipraktik kan dalam kehidupan kita yang telah terlibat dalam percintaan sebelum perkahwinan kerana seseorang itu sentiasa dipengaruhi nafsu syahwat dan juga godaan syaitan supaya kita terjerumus ke lembah zina.

Untuk yang percintaan yang telah berlaku sebelum berkahwin:
1) Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan
2) Menjaga maruah dan harga diri masing-masing
3) Mendapat restu dan kebenaran ibu bapa
4) Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percitaan yang dimiliki diredhai dan diberkati Allah
5) Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan, dan bercanda adalah haram sebelum perkahwinan.

Perlu diingatkan juga bahawa untuk mencari pasangan hidup yakni isteri ataupun suami hendaklah berpandukan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Pilihlah perempuan beragama, nescaya kamu diberkati Allah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kebanyakkan lelaki memilih mengahwini seseorang perempuan itu disebabkan 4 perkara, harta, keturunan, kecantikan dan agama. Bukanlah Nabi s.a.w menyuruh kita memilih perempuan untuk dinikahi dengan keempat-empat kretiria tersebut tetapi Nabi s.a.w menyuruh kita memilih perempuan atau lelaki yang ingin dinikahi atas dasar agamanya yakni keimanan nya kepada Allah s.w.t. Inilah yang utama berbanding perkara lain sekiranya kita ingin diberkati Allah dalam kehidupan berkeluarga. Isteri atau suami kita dapat membawa kita atau mempengaruhi kita kearah kebaikan seperti perlakuan ahli syurga begitu juga ke arah kejahatan seperti perlakuan ahli neraka. Moga segala yang dikongsikan disini dapat kita jadikan panduan dan iktibar dalam menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

6 comments:

  1. mmg best aa begum... letak aa shout box kat blog nih ..bleh chatting2 sket

    ReplyDelete
  2. percintaan sebelum perkahwinan pada zaman ni sangat berleluasa terutama dikalangan remaja, susah nak bendung..mungkin sedikit tips ni dapat membantu mengelak perkara yang lebih buruk berlaku, insyaAllah...
    alhamdulillah dah letak dah...terima kasih atas cadangan yang diberi, dapat memajukan skit blog ni, trimas :D

    ReplyDelete
  3. when the heart is young...hehe
    dh jd norm skang ni premarriage relationship
    many parents plak yg force the girl carik boifren cepat2..
    sbb kurangnye kefhmn islam,both sides are mangse keadaan...
    bg kt yg dh paham,its on us to make the abnormal seems normal.

    ReplyDelete
  4. hurmm..very deep indeed

    ReplyDelete
  5. Buku Terbaru, Percintaan Sebelum Perkahwinan >> http://pakarcinta.com

    ReplyDelete
  6. hmm.. cam na plak keadaannya sekirtanya, 'couple' dah terlanjur atau da biasa bersntuhan sblm kahwen? whats da solution.. i think,ramai yang nak kan pandangan yang serupa gini..

    ReplyDelete