Sunday, June 14, 2015

Wajibkah Wanita yang Hamil atau Menyusukan Anak Berpuasa?



Wajibkah Wanita yang Hamil atau Menyusukan Anak Berpuasa?

Wanita yang hamil atau menyusukan anak adalah WAJIB sepertimana firman Allah swt yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa." (al-Baqarah:183)

Walaubagaimanapun, Islam merupakan cara hidup yang sesuai sepanjang zaman dalam apa jua keadaan. Setiap perkara itu ada penyelesaiannya. Islam adalah agama atau cara hidup yang Rahmah, Islam itu mudah. Allah swt dengan sifatNya yang Rahim dan Rahman memberi keringanan kepada mereka yang bermusafir, sakit dan yang tidak mampu (يُطِيقُونَهُ).

Disini berlaku perbezaan pendapat kerana ketiadaan dalil yang jelas untuk wanita yang mengandung dan menyusu. Secara asalnya, golongan ini WAJIB berpuasa sepertimana dalil yang disertakan tadi malah secara umumnya dan majoritinya berpuasa itu lebih baik sepertimana firman Allah: "وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ" yang bermaksud:"Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (Al-Baqarah 184)

Tetapi untuk mereka yang benar-benar mempunyai kesulitan dan masalah kesihatan atau kerisauan terhadap kandungannya mereka mempunyai rukhsoh atau keringanan untuk TIDAK BERPUASA. Maka disini berlaku khilaf kerana tidak ada dalil yang jelas untuk golongan ini samada mereka berada dibawah golongan/kategori yang sakit (مَرِيضًا) atau golongan yang tidak mampu  (يُطِيقُونَهُ). Perbezaan disini adakah mereka perlu MENGGANTI PUASA atau MEMBAYAR FIDYAH? "فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ " atau "فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ" .

Pertama sekali sudah pasti kita memahami apa itu sakit (مَرِيضًا) . Tetapi ramai yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan tidak mampu  (يُطِيقُونَهُ).  Asal perkataan Yuthiqunahu ini adalah Tawwaqa Yutawwiqu (طوّق – يطوّق) yang bermaksud yang mengelilingi yang yang mengikat yang membelenggu sepertinya kolar besi di leher. Bermaksud yang sangat menyulitkan, membahayakan, menyusahkan sangat hingga mendatangkan kemudharatan sekiranya mereka berpuasa. Secara umumnya golongan seperti ini sudah berputus asa(tidak mungkin boleh berpuasa) daripada berpuasa. Perkara ini tidak hanya terbatas untuk mereka yang sakit berpanjangan atau orang yang sudah terlalu tua, tetapi ia boleh sahaja digunakan dalam keadaan keadaan lain yang tidak terhad kepada perkara tersebut sahaja. Mungkin sahaja disebabkan pekerjaan mereka yang tidak mengizinkan mereka berpuasa kerana pekerjaan yang sangat berat atau boleh menyebabkan kemalangan sekiranya mereka keletihan amat sangat jika berpuasa. Ianya bergantung pada ketahanan diri seseorang itu sendiri, setiap keadaan tidak sama untuk setiap orang...tetapi jangan sengaja dipermudah mudahkan kerana malas atau berniat "MENIPU" Tuhan. Dan sekali lagi diingatkan bahawa jika mampu BERPUASA ADALAH LEBIH BAIK.
(تطويق-untuk mengelilingi).

Sepertimana untuk mereka yang Safar/Musafir di zaman Nabi saw sendiri ada yang berbuka dan ada yang berpuasa dan yang berpuasa tidak merendahkan atau menyalahkan mereka yang berbuka begitu juga sebaliknya.

“Kami bepergian bersama Nabi saw, maka diantara kami ada yang berpuasa dan ada yang tidak berpuasa. Orang yang berpuasa tidak mencela orang yang berbuka (tidak puasa), dan orang yang berbuka juga tidak mencela orang yang berpuasa.” (HR Imam Muslim no. 1116-1118 dan HR Imam Al-Bukhari dari hadits Anas, no. 1947)

“Suatu saat Rasulullah saw dalam suatu safar. Lalu beliau melihat kerumunan dan seseorang yang sedang dipayungi. Beliau bertanya: “Ada apa?” Mereka menjawab: “Orang ini sedang berpuasa.” Maka beliau bersabda: “Bukan merupakan suatu kebaikan berpuasa dalam safar.” (HR Bukhari, no. 1946 dan Muslim, no. 1115) Lihat dan fahami hadith ini dari konteks nya. Untuk mereka yang mampu maka berpuasa adalah lebih baik sepertimana dalil dari surah Al-Baqarah yang dinyatakan sebelum ini.

Kembali semula kepada tajuk yang asal, adakah Wanita Mengandung atau Menyusukan Anak Wajib berpuasa? Jawapannya YA WAJIB.

Bagi mereka yang didapati oleh "mereka yang ahli" yakni Doktor atau mempunyai pengalaman sendiri atau perasaan kerisauan yang amat sangat akan mempunyai masalah untuk berpuasa kerana boleh menjejaskan diri sendiri mahupun anak dalam kandungan atau yang sedang disusukan itu maka dibenarkan untuk mereka berbuka.

Maka apakah mereka perlu MEMBAYAR FIDYAH atau GANTI PUASA? Untuk mengklasifikasikan perlu dilihat adakah mereka termasuk didalam golongan yang tidak mampu atau sakit? Disini berlaku khilaf atau perbezaan pandangan dan ini merupakan Khilaf yang besar kerana tiada dalil yang jelas dan tegas dalam hal ini.

Pendapat pertama:
Jumhur(majoriti) Ulama meng"qias"kan keadaan wanita yang mengandung atau menyusu ini seperti orang yang sakit. Ini kerana mempunyai 'illah yang sama dengan orang yang sakit kerana keadaan keuzuran mengandung dan menyusu itu akan hilang pada kemudian hari nya atau tempoh kesakitan itu.

Pendapat kedua:
Athar sahabat yakni pendapat atau ijtihad Ibnu Abbas ra dan Ibnu Umar ra.

"Jika seorang wanita hamil mengkawatirkan dirinya dan wanita menyusui mengkawatirkan anaknya di bulan Ramadhan (jika mereka berdua berpuasa) maka mereka berdua berbuka dan membayar fidyah untuk setiap hari dengan memberi makan kepada seorang miskin, dan keduanya tidak mengqodho." (Diriwayatkan oleh At-Thobari no 2758. Syaikh Al-Albani berkata, "Isnadnya shahih sesuai dengan persyaratan Imam Muslim lihat al-Irwaa 4/19)  

"Kedudukanmu seperti orang yang tidak mampu untuk berpuasa, maka hendaknya engkau memberi makan seorang miskin untuk ganti setiap hari berbuka, dan tidak ada qodho bagimu." (Diriwayatkan oleh Al-Bazzaar dalam musnadnya 11/227 no 4996 dan Ad-Daruqthni dalam sunannya 3/196 no 2382 dan Ad-Daruquthni berkata, "Ini adalah isnad yang shahih")

Ada seorang wanita hamil bertanya kepada Ibnu Umar, maka Ibnu Umar berkata, "Berbukalah dan berilah makan kepada seorang miskin untuk mengganti setiap harinya, dan janganlah mengqodhlo" (HR Ad-Daruquthni dalam sunannya 2/196 no 2388. Abdurrozzaq dalam mushonnafnya 4/217 no 7558, 7559, dan 7561 juga meriwayatkan atsar dari Ibnu Umar dengan makna yang sama dengan riwayat diatas)

Ibnu Qudamah berkata, "Tidak ada dari para sahabat yang menyelisihi mereka berdua (Ibnu Abbas dan Ibnu Umar)" (Al-Mughni 4/394)

Syaikh Al-'Utsaimin berkata, "Dan perkataan (pendapat) seorang sahabat adalah hujjah selama tidak menyelisihi nash" (As-Syarhul Mumti' 6/446)

Disini bagi pandangan penulis pendapat kedua adalah lebih rajih kerana ianya daripada sahabat dengan sanad yang shahih. Mungkin sahaja perkara seperti ini pernah berlaku di zaman Nabi saw dan diketahui oleh sahabat tetapi tidak sampai hadith tersebut kepada kita. Ini hanya andaian dan andaian tidak boleh dibawa berhujah maka cukup lah kita katakan ianya Ijtihad Sahabat dan tidak ada sahabat lain yang menyelisihi pendapat mereka. Dan dari sudut yang lain pendapat kedua ini lebih tepat sekiranya berlaku beberapa situasi lain seperti:

1) seorang wanita mengandung itu disahkan doktor untuk tidak berpuasa kerana boleh memudharatkan dirinya atau janin nya maka adalah amat sulit dan susah untuk seseorang itu mengganti semula puasa nya selama 30 hari malah mungkin juga ketika menyusukan anak menyebabkan beliau lemah atau kurang susu untuk anaknya maka pasti beliau tidak juga berpuasa untuk 2tahun yang akan datang kerana menyusu. Maka adalah sangat berat untuk wanita ini menggantikan puasanya selama 90hari yang ditinggalkan. Dan sekiranya beliau mengandung lagi dan menyusukan lagi mungkin sahaja menjadikan hari yang ditinggalkan itu beratus hari. Maka ini sangat menyulitkan menyusahkan sepertimana yang disebut sebagaimana tidak mampu (يُطِيقُونَهُ).

2) Pekerja binaan, pertanian, pelantar minyak dan yang seangkatan dengannya yang sangat memerlukan tenaga dan tumpuan. Dan mereka juga tiada pekerjaan lain. Mungkin sahaja mereka tidak mampu untuk berpuasa maka adalah lebih baik mereka berbuka daripada mereka "mencampakkan diri mereka kearah kebinasaan". Mungkin sahaja mereka terhalang untuk berpuasa secara berterusan selama sebulan ramadhan tersebut. Walaubagaimanapun perlu diingatkan sekali lagi BERPUASA ADALAH LEBIH BAIK. Setiap individu mempunyai daya tahan yang berbeza.

Mengapa berlaku khilaf/perbezaan pandangan? kerana Athar ini adalah Ijtihad sahabat, atau qaulusshohabiy yakni perkataan sahabat. Ianya tidak marfu' pada Nabi saw. Jika ianya marfu'/bersambung pada Nabi saw maka ianya adalah hadith dan pasti tidak akan adanya perbezaan pandangan dalam hal ini. Mungkin juga athar ini tidak diketahui oleh mereka yang berijtihad seperti pendapat yang pertama tadi. Malah tidak ada salahnya berbeza pendapat dengan ijtihad sahabat dalam beberapa pandangan dalam hal ini.

Pendapat sendiri:
Penulis sendiri berpendapat sepertimana pendapat kedua yakni Athar Sahabat Ibnu Abbas dan Ibnu Umar untuk perempuan mengandung. Walaubagaimanapun penulis merasakan seseorang itu perlu melihat sendiri terhadap sebab kenapa mereka tidak berpuasa apakah kerana safar, sakit atau tidak mampu. Sepertinya driver lori yang dalam keadaan safar ditugaskan sebulan penuh ketika bulan ramadhan, apakah beliau tidak berpuasa kerana tidak mampu atau safar. Begitu juga wanita yang mengandung yang telah cuba berpuasa dan berjaya pada sebahagian hari dan gagal pada sebahagian hari, apakah kerana beliau sakit atau tidak mampu. Tetapi dalam hal ini orang yang safar tidak terikat dengan mampu atau tidak mampu untuk berpuasa kerana telah jelas didalam ayat tersebut orang yang sakit dan safar boleh berbuka tanpa ada sebab lain. Berbeza dengan wanita yang mengandung atau menyusukan anak, mereka tidak boleh berbuka atas alasan ini sahaja tetapi perlu kepada sebab ketidakmampuan atas faktor luar yang menyumbang seperti kesihatan janin atau bayi yang disusukan atau kerana diri sendiri tidak mampu atau sakit ketika berpuasa. Maka disini penulis merasakan sekiranya bilangan hari yang tidak berpuasa itu terlalu banyak dan menyulitkan maka ia tergolong dalam golongan yang tidak mampu tadi, tetapi sekiranya hanya sekadar dua tiga hari atau sepuluh hari (atau tidak lebih 15hari sepertimana wanita haid) yang tidak berpuasa disebabkan sakit yang mendatang dan pergi itu maka ianya tergolong dalam golongan yang sakit. "illah yang sama yakni sakit dan yang kedua juga "illah nye same yakni tidak mampu bukan menjerus kepada sakit atau safar semata mata. Walaubagaimanapun hujah ini tiada dalil yang kuat melainkan logik akal, andaian yang menyamakan beberapa keadaan. Masih dalam perbincangan berkenaan pendapat sendiri ini.

Maka sekiranya wanita mengandung atau menyusu hanya perlu membayar fidyah walaupun hanya sehari atau dua hari berdasarkan athar sahabat tadi ianya lebih shahih dan rajih.

Fidyah pula perlu diberi makan kepada orang miskin  طَعَامُ مِسْكِينٍ. Makanan yang lengkap kepada orang miskin yakni yang tidak berkemampuan. Sekadar contoh, makanan yang lengkap ini secara ruji nye di Malaysia untuk Tengah hari atau malam adalah Nasi, lauk Ayam atau Ikan, Sayur dan Air. kalau makan pagi, Nasi lemak dan air atau mungkin juga roti canai dan air. Mengikut kefahaman penulis boleh dipilih untuk memberi makan pagi, tengah hari atau malam. Yang penting makanan yang diberikan itu makanan yang ruji atau biasa untuk diri kita sendiri. Tidak lah dibahagikan dengan zakat fitrah yang akhirnye hanya bernilai rm1.80 kerana memberi makan tidak boleh disamakan dengan membayar wang. Ianya perlulah diberi makan kepada orang miskin sepertimana kita sendiri makan dengan makanan yang lengkap. Untuk selamat diberi makan bukan dibayar dengan wang sepertimana Al-Quran nyatakan. jumpe orang miskin bagi rm3 soh die beli sendiri tak sama dengan kite gi kedai beli atau menyerahkan pada ngo yang memberi MAKAN pada orang miskin. Ianya berbeza. Maka perlu ditunaikan dalam bentuk makanan. Ini juga sepertimana yang dilakukan sahabat Nabi saw Anas Bin Malik ra yang memberi makan kepada 30 orang miskin yang mana ketika usia tuanya beliau tidak mampu lagi berpuasa.



link dibawah ini sekadar perkongsian, segala yang ditulis adalah kesimpulan daripada pembacaan dan perbincangan penulis sendiri. Moga Allah Jalla wa 'Ala mengampunkan kesalahan yang berlaku dan menambahkan ilmu dan amal dengan rahmatNya.



يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ {183} أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةُ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرُُ لَّهُ وَأَن تَصُومُوا خَيْرُُ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ {184} 

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu), memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (Al-Baqarah: 183-184). 



http://firanda.com/index.php/konsultasi/fiqh/49-kewajiban-fidyah-bagi-wanita-hamil-dan-wanita-menyusui

https://tafsirsunnah.wordpress.com/2013/04/01/tafsir-surah-baqarah-ayat-177-184/

http://cintasunnah.com/2013/03/06/memahami-nasikh-dan-mansukh/

http://almanhaj.or.id/content/1138/slash/0/f-i-d-y-a-h/

http://muslimah.or.id/fikih/qadha-fidyah-bagi-wanita-hamil-dan-menyusui-1.html

http://www.merdeka.com/ramadan/hukum-puasa-bagi-wanita-hamil.html

http://www.darul-ilmi.com/2013/07/puasanya-musafir-orang-orang-yang-sedang-bepergian/

http://almanhaj.or.id/content/3146/slash/0/fidyah-di-dalam-puasa/

https://www.youtube.com/watch?v=MhmsKX7ghlU

https://www.youtube.com/watch?v=yAE48P7ZK_o

Sunday, July 20, 2014

Nukilan arah tuju kehidupan, iktikaf dan Ramadhan



Sedar tidak sedar sudah tahun kedua menyambut Ramadhan Mubarak dengan kewujudan seorang anak yang bernama Muhammad Umar...

Dan tahun ketiga menyambut Ramadhan Mubarak dengan seorang isteri yang bernama Nurulhusna...

Dengan keizinanNya tahun depan dengan dua orang anak pula...hurmm mungkin juga dua setengah jika ade rezeki lagi :P ...

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pencipta dan Pemilik alam serta segala yang ada yang wujud di bumi dan juga di langit...

Bersyukur dengan rezeki untuk dapat beriktikaf, tilawah, qiam dan sebagainya di malam hari bulan Ramadhan terutamanya pada malam 10 yang terakhir yang mana terkandung disana malam yang lebih baik dari seribu bulan...

Moga Allah memberi ganjaran lailatur qadar pada hamba yang faqir ini setiap tahun...
Sejak dari bujang bermula dengan didikan dari sekolah Al-Amin dan seorang jiran yang bernama Pakcik Jalal dengan sokongan dan galakan daripada ibu bapa tercinta ku sendiri iktikaf menjadi kewajipan di bulan Ramadhan…

Hingga aku masuk ke Univeristi Kuala Lumpur British Malaysian Institute selama enam tahun disana pelbagai ujian cabaran untuk keluar beriktikaf setelah masa dibenarkan keluar hanya jam 11 malam yang mana pernah keesokannya merupakan hari peperiksaan dan ada juga masa untuk menghantar assignment yang mana perlu pada persediaannya…

Mengajak rakan-rakan seperjuangan untuk mengamalkan iktikaf dan qiam di bulan Ramadhan serta memperbanyakkan membaca Al-Quran dengan cara yang santai… lepak-lepak di Old Town Jalan Yap Kwan Seng terlebih dahulu…berpusing berlegar-legar di ibu kota bersama kereta biru ku…kemudian barulah ke Masjid Asy-Syakirin KLCC…tempat memang nak yang standard jek :P …beberapa tahun disitu dan kemudian disebabkan isu parking tahun-tahun kemudian kami beralih ke Masjid Wilayah Jalan Duta pula…

Adik ku juga Muhammad Izzat tidak ku lepaskan peluang untuk mengajaknya supaya membiasakan diri dengan ibadah iktikaf dan qiam ini… walaupun sedikit liat pada awalnya kerana faktor umur yang masih kecil tetapi Alhamdulillah kemudiannya ada ketika beliau pula yang bertanya bila lagi mahu beriktikaf…

Semoga Allah memberi hidayah dan taufiqNya kepada kami semua…



Alhamdulillah…setelah bernikah, bulan ramadhan menjadi bulan yang menambahkan lagi kecintaan antara kami dengan jalan yang paling indah yakni jalan menuju kecintaan kepada Pencipta kami Allah Jalla wa ‘Ala…
Ke masjid bersama isteri tercinta menunaikan qiam ramadhan atau bahasa famous nya terawih…serta beriktikaf juga…baru ini anak setahun lima bulan juga dibawa ke masjid berterawih bersama dengan botol susu dan patung dinasour nya… Alhamdulillah keluarga yang diimpikan selama ini kearah yang diharapkan insyaAllah…berilmu dan beramal…soleh wa musleh…moga ianya berkekalan hingga ke anak cucu cicit piut keturunan yang bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla…

Kesusahan isteri menyediakan sahur…berbuka…dalam masa yang sama menjaga anak dan juga aku sendiri suami nya sangatlah dihargai dan ianya mengenangkan aku akan ibu bapa ku Azizah dan Abdul Razak yang tercinta dalam menjaga dan membesarkan diri ku ini juga…moga Allah mengasihani dan menyayangi mereka sepertimana mereka mengasihani dan menyanyagi aku sewaktu kecil…hanya Syurga yang berhak untuk kalian insyaAllah…serta keredhaan ku tetap bersama mu wahai isteri ku Nurulhusna…terima kasih tidak terhingga juga pada ibu bapa mertua ku Siti Habidah dan Mohamed Nasir dalam melahirkan seorang isteri yang solehah untuk daku…

Dalam melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang anak, suami dan abah bukanlah perkara yang mudah kerana ini semua adalah ujian daripada Allah… malah diri ini sendiri juga tanpa wujudnya yang lain juga adalah ujian… moga segala perkara yang baik berterusan dan dipertingkatkan serta perkara yang buruk diperhindarkan dibuang jauh dari kehidupan ini...masih banyak yang perlu diperbaiki sedikit demi sedikit, moga Ramadhan kali ini menjadi pencetus kebaikan yang berpanjangan dengan taufiq dan hidayah Allah... yang sedikit itu jika berterusan / istiqomah adalah lebih baik daripada yang banyak tapi hanya sekali...

Seorang anak yang kita didik membesar dengan sihat dan ilmu yang kita cuba berikan dengan menunjukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh…sering kali diucapkan no no no pada anak itu apabila anak itu lakukan kesalahan…atau kita katakan jangan macam ini tapi perlu buat macam itu dan sebagainya, adalah untuk mencapai keredhaan Allah…

Kehidupan dunia yang sementara ini adalah masa untuk kita mendapatkan keredhaan Allah Jalla wa ‘Ala…kita perlu menjadi manusia yang dahagakan keredhaan Allah dalam setiap perbuatan kita…

kita juga mendidik anak kita supaya mereka mendapat keredhaan kita yakni ibu bapa mereka…malah kita membesarkan anak kita juga supaya mereka dapat membahagiakan isteri isteri mereka kelak dengan menjadi seorang suami yang mithali…atau menjadi isteri yang solehah penyejuk mata hati suami mereka serta mendapat keredhaan suaminya…yang mana akan melahirkan zuriat keturunan yang bertaqwa kepada Allah insyaAllah…malah mereka pula menjadi ibu bapa yang redha terhadap anak-anak mereka…maka akan datanglah redha Allah pula meliputi zuriat keturunan kita…

Sungguh inilah kejayaan kita sebagai hamba Allah yang faqir…inilah empayar bisnes kita…hanya mengharapkan saham saham yang berkekalan meskipun kita sudah dimamah bumi...
Semoga yang membaca mendoakan kebaikan untuk kami berserta keseluruhan keluarga kami dan pasti malaikat akan berdoa sebagaimana kalian berdoa untuk kami, moga kebaikan bersama kalian…


Sekian dahulu setelah tersangat lama tidak post di blog ini…dibawah merupakan dalil dalil yang menjadi sandaran dan penghayatan bersama insyaAllah…
             




=======
Puasa dan Lailatul Qadar
=======
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana juga telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (QS Al-Baqarah: 183).
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (HR Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr: 1-5)

“Bahawa Nabi saw melakukan iktikaf pada hari kesepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, (baginda melakukannya) sejak dating di Madinah sampai baginda wafat, kemudian isteri-isteri baginda melakukan iktikaf setelah baginda wafat.” (HR Muslim)

“Barangsiapa qiyamullail pada lailatul qadar karena iman dan mengharapkan perhitungan (pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim) 

“Sungguh aku diperlihatkan lailatul qadar, kemudian aku dilupakan –atau lupa- maka carilah ia di sepuluh malam terakhir, pada malam-malam yang ganjil. (Muttafaq alaih) 

“Carilah lailatul qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh hari terakhir Ramadhan” (HR. Bukhari) 

“Carilah ia -lailatul qadar- di sepuluh malam terakhir. Jika salah seorang kalian lemah atau tidak mampu, maka janganlah ia kalah di tujuh malam terakhir. (HR. Muslim) 

Ubay (bin Ka'ab) berkata, "Demi Allah yang tiada tuhan melainkan Dia. Sesungguhnya ia terjadi di bulan Ramadhan. Dan demi Allah sesungguhnya aku mengetahui malam itu. Ia adalah malam yang Rasulullah memerintahkan kami untuk qiyamullail, yaitu malam kedua puluh tujuh. Dan sebagai tandanya adalah pada pagi harinya matahari terbit dengan cahaya putih yang tidak bersinar-sinar menyilaukan." (HR. Muslim) 

Dari Aisyah ia berkata, "Aku bertanya, 'Ya Rasulullah jika aku mengetahui bahwa malam itu adalah lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan waktu itu?' Rasulullah bersabda, 'Ucapkanlah: Allaahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'annii (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau Mencintai Pemaafan, maka maafkanlah aku).' (HR. Tirmidzi, shahih menurut Al-Albani). 
 يعَنِّ  فَاعْفُ الْعَفْوَ تُحِبُّ عَفُوٌّ إِنَّكَ اللْهُمَّ

=======
harta, anak, isteri
=======
 “Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi”. (Al-Munafiqun: 9)

”Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara istri-istrimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (At-Taghabun: 14)

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka….”(At-Tahrim: 6)
=======
Isteri, wanita solehah
=======
"Dan diantara tanda-tandaNya(kebesaranNya) bahawa Ia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki),isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan denganNya diantara kamu(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan,sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan(yangmenimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."(Ar-Ruum:21)

"Dunia hanyalah perhiasan,dan tidak ada sedikitpun dari perhiasan dunia yang lebih utama daripada wanita yang solehah"(HR Muslim no.1467)
=======
Ibu bapa
=======

 “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” .
( Al Isra’ ayat 23-24 )
=======
Dunia yang sementara
=======
“Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung gunung dihancur luluhkan sehancur-hancurnya maka jadilah dia debu yang berterbangan.” (56: 4-6)

Sabda Nabi saw: “Beradalah engkau di dunia ini seolah-olah engkau itu seorang dagang atau pengembara.” (40 Hadith Imam Nawawi)
=======
Beriman dan beramal serta berdoa dan bersangka baiklah pada Allah
=======

Sabda Nabi saw: Allah berfirman: “Aku adalah menurut sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya di saat dia mengingatiKu. Jika dia menyebut Ku di dalam satu kumpulan, Aku menyebutnya di dalam kumpulan yang lebih baik lagi.” (HR Bukhari dan Muslim)

“dan sabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan”. (Surah Hud, ayat 115)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal didalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.” (18: 107-108)


“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (3: 147)


 “Wahai manusia! Kamulah yang mmerlukan Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji” (Fathir:15)

Tuesday, March 27, 2012

Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah



Assalamualaikum...
Disini ana ada suatu pelaburan yang sangat menguntungkan malah ianya dijamin 100% tidak akan rugi...dan untungnya akan diperolehi di dunia dan juga terutamanya di akhirat kelak insyaAllah...selama mana pelajar di Maahad ni hidup baca Quran insyaAllah ada saham....selama mana tertegaknya bangunan Maahad ni yang memberi manfaat insyaAllah ada saham.....dah mati nanti pun pahala jalan lagi insyaAllah...memang untung insyaAllah...malah berpuluh tahun punya untung insyaAllah....

bersihkan hati ikhlaskan diri bankin dan transfer je duit....
tak perlu banyak rm10 pun ok....esok lusa ada rezeki lebih lagi bagi lebih lagi...sedekah ni pun kene ukur dibadan sendiri...kalau student rm10 ok lah...kalau dah berkerja gaji bawah 2k rm20 ke, rm50 ke.....kalau gaji lebih tu faham-faham sendiri lah rm100 ke rm1000 ke...bukan paksa tapi menyeru supaya bersedekah...sampaikan walau satu ayat...dibawah ni ade banyak ayat dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis....jangan terasa hati atau kecil hati sebab diri ini juga belum transfer atau bankin lagi...insyaAllah loan MARA masuk nanti boleh sedekah ;) tak banyak sikit...rezeki Allah bagi insyaAllah cukup malah akan bertambah lagi jika bersedekah...

simple calculation pasal sedekah ni...kalau kita ade RM10, kita sedekah RM1...maka Allah akan memberi ganjaran kepada kita sepuluh kali ganda...RM1 x 10= RM10 + RM9 baki duit yang ada maka kita akan dapat RM19 insyaAllah, kalau tak di dunia di akhirat PASTI ;D

sila rujuk dalil yang dilampirkan dibawah...moga kita beribadah dengan ilmu yang mantap...moga Allah menambah rezeki kepada kalian dan memberi kalian kesihatan yang baik dan sentiasa dalam ketaqwaan kepadaNya..ameen.

sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
Ustaz Kamalhysham (013-3944360)

Maybank: 5510-4303-1294
CIMB: 010-230100-69514
Bank Islam: 0111-0000-341108

Al-Baqarah [245] Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Al-Hadid [11] Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) dia akan beroleh pahala yang besar!

Al-Hadid [18] Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

Al-Muzammil [20] dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)

Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.


Hadis-1


[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-2


[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Hadis-3

[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

Hadis-4


[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Hadis-5

[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-6

[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-7

[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)

Hadis-8

[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Friday, November 18, 2011

The Trinity in The Quran



Firstly, "Trinity" does not exist anywhere in the Bible, but it is there in the Quran, which says in Surah Nisa,chapter 4, verse 171:"Do not say trinity...desist stop it! It is better for you". Trinity also there in Surah Maidah,chapter 5,verse 73,which says.."They are doing 'Kufr'-they are blaspheming-those who say that Allah in 3 in one-Is a triune God.

Answer from Christians: "The word 'trinity' is not found in the Bible. But this does not mean that the concept is not taught there. The word 'bible' is not found in the Bible either, but we use it anyway."

Trinity is the most important thing isn't it? the first thing to beliefs? If true, why are not mentioned explicitly and clearly? This show that it is not really important and can lead to wrong assumptions about Trinity. For more, Jesus Christ never said that he was God.

The concept of trinity does not exist in the Bible. The only verse closest to the concept of "Trinity" is the 1st Epistle of John,chapter 5, verse 7, which says..."For there are three that bear record in heaven, the Father, the word and the holy ghost". And these 3 are one. But if you read the Revised Standard Version, revised by 32 Christian scholars of the highest eminence backed by 50 different co-operative denominations, they say..."This verse of the Bible - 1st Epistle of John,chapter 5,verse 7 is an interpolation, a concoction and a fabrication"-It was thrown out of the Bible.

Jesus Christ Peace be upon him, never claimed Divinity. There is not single unequivocal statement in the complete Bible, where Jesus Christ Peace be upon him,says..."I am God" or where he says..."Worship me".

Infect if you read the Bible, it is mentioned in the Gospel of John,chapter 14,verse 28 - in which he said..."My Father is greater than I". In the Gospel of John,chapter 10,verse 29, he says, "My Father is greater than all". In Gospel of Mathew, chapter 12, verse28, he says, "I cast out devils with the spirit of God"; Gospel of Luke, chapter 11, verse 20..."I with the finger of God,cast out devil"; Gospel of John,chapter 5,verse 30..."I can of my own self do nothing"...As I hear, I judge and my judgment is just, for seek not my own will,but the will of my Father."

Furthermore, if you read,mentioned in Gospel of Mathew, chapter 1, verse 16 - it says about the genealogy of Jesus Christ Peace be upon him, and Luke chapter 3, verse 23 says that..."Jesus" father(that is Joseph) was Jacob" - Mathew, chapter 1, verse 16. And Luke, chapter 3,verse 23..."Jesus" father (Joseph) was Hailey". Did Jesus father (Joseph) have two fathers?What do you call a person who has got two fathers?Or was it Hailey or was it Jacob? It is clear-cut contradiction. There is not a single, but more contradictions in the Bible can be found.

Regarding Islam, the Quran says in Surah Nisa,chapter 4, verse 82..."Do they not consider the Quran with care? - had it been from anyone besides Allah, there would have been many contradictions."

My reference books:
The Quran & The Bible In The Light of Science
A Rejoinder to Dr William Campbell's comments by Dr Zakir Naik For those who want the truth should read this book. Who is interested in Comparative religion should be read this book without a sense of bias no matter you are Muslim or Christian or Buddha or Hindu or Atheists to obtain cheerful in this world and hereafter.



Pope John Paul II is handed and kisses the Holy book of Islam,The Quran.

They may not recognize him as a saint, but Muslims in Bosnia are considering honouring the late Pope John Paul II with a monument in the heart of Sarajevo.

Because of his support for inter-religious and intercultural dialogue, “I think that Pope John Paul II is one of the most important figures of the 20th century,” the head of the Bosnian Islamic Community, Mustafa Ceric, told The Associated Press.

Monday, October 24, 2011

Wahai Para Pemuda dan Pemudi


Daripada Abdullah bin Mas'ud. Ia berkata:"kami bersama Nabi s.a.w sebagai pemuda yang tidak mempunyai sesuatu,lalu beliau bersabda kepada kami:

"Wahai para pemuda,barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah,maka menikahlah. Kerana menikah lebih dapat menahan pandangan dan lebih memeilhara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu,maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa dapat menekan syahwatnya(sebagai benteng)." (HR Bukhari no.5066,HR Muslim n0.1402)[kitab an-nikaah]

Pensyarah kitab Tuhfatul Ahwadzi berkata:"Al-baa-u asalnya dalam bahasa arab bererti jima' yang diambil dari al-mabaa-ah yang bererti tempat tinggal. Mampu dalam hadith ini memiliki dua makna, mampu berjima' dan mampu memikul beban nikah." Demikian maksud dalam hadith ini,sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Taimiyyah dari kitab Tuhfatul Ahwadzi. Hadith ini hanyalah perintah yang ditujukan kepada orang yang mampu melakukan hubungan badan. kerana itulah Baginda s.a.w memerintahkan siapa yang tidak mampu untuk menikah agar berpuasa kerana puasa dapat mengekang syahwatnya. Bagi siapa yang tidak mempunyai harta adakah dianjurkan meminjam lalu menikah??hal ini diperselisihkan dalam mazhab Imam Ahmad dan selainnya. Firman Allah s.w.t:"Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya,sehingga Allah menjadikan mereka mampu dengan kurnia-Nya..."(An-Nur:33)

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:"Ada tiga golongan yang pasti akan ditolong oleh Allah s.w.t; seorang budak yang ingin menebus dirinya dengan ansuran kepada tuannya,orang yang menikah kerana ingin memelihara kesucian,dan pejuang dijalan Allah." (HR Tirmidzi no.1352 dan Ibnu Majah no.1512)

Firman Allah:"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian diantara kamu,dan orang-orang yang layak(berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan menjadikan mereka mampu dengan kurniaNya..."(An-Nur:32)

Dari Anas bin Malik,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:"Jika seorang hamba menikah,maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya;oleh kerana itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk separuh yang baki."(Dihasankan oleh Syeikh AlBani di dalam kitab Shahihah no. 625)

Firman Allah:"Dan (ingatlah kisah) Zakaria,tatkala ia menyeru Rabb-nya:'Ya Rabb-ku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik."(Al-Anbiyaa':89)

Firman Allah:"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum-mu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan..."(Ar-Ra'd:38)

SubahanAllah....Alhamdulillah...Allahuakbar....benarlah janji Allah...moga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat ku dengan rahmatNya....

setelah lama berdiam diri tidak mengemaskini blog ini dengan post yang baru,sudah bersawang bak kata orang...ini adalah disebabkan kesibukan yang melanda....tahun akhir di BMI yang perlu menyiapkan berbagai kerja...sem4 yang semakin susah di UM walaupun selalu ponteng....disebabkan suatu perkara yang sangat lama ingin diluahkan ingin disampaikan ingin berkongsi bersama maka terhasil post ini yang bertajuk "Wahai Para Pemuda dan Pemudi" yang mana sangat banyak berkait dengan penulis :)

alhamdulillah...syukur kepada Allah s.w.t yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang....kenikmatan dan kesenangan yang Allah s.w.t berikan tidak ada tolok bandingnya....andai sebiji mata di nilai dengan ibadah 1000tahun sekalipun tidak mampu ditandingi apatah lagi dengan berbagai kenikmatan yang Allah s.w.t berikan kepada kita....

Ramai sahaja yang terkejut...ada yang suka...ada yang endah tidak endah...ada yang menyokong...ada juga yang mengkritik....ada yang menasihati....ada yang sangat teruja...dan berbagai-bagai lagi....penulis hanya bersangka baik bahawa semua mereka inginkan yang terbaik untuk penulis....ada mereka yang sangat mengembirakan hati penulis...ada juga yang penulis rasa kurang senang dengan reaksi mereka...walau apapun alhamdulillah penulis cuba bersangka baik dan menerimanya sebagai nasihat dan peringatan...moga Allah s.w.t memberi yang terbaik juga pada kalian yang mendoakan kebaikan pada penulis....sangat banyak dalil yang membenarkan dan menyokong keputusan dan tindakan penulis(masih bergelar seorang pelajar)....malah kerana dalil-dalil ini jugalah yang menguatkan kehendak penulis untuk membina kehidupan baru yang lebih mencabar....nak bukak akaun dosa dan pahala yang baru....

Billion terima kasih kepada Ummi penulis yang sangat banyak membantu....moga dengan restu Ummi dan Abah Allah memberkati hidup ku hingga ke Syurga....tidak lain yang ku harapkan melainkan redha mu dan doa mu untuk aku mengharungi saki baki kehidupan ku yang semakin hari semakin hampir menemui Kekasih Abadi....Jasa mu Ummi tidak mungkin ku dapat balas...Andai manusia dibenar sujud diantara mereka sudah pasti akan ku sujud di telapak kaki mu...kesusahan dan kepayahan mu dalam membesarkan dan mendidik aku tidak akan dapat ku balas selamanya....doa dan restu mu sangat ku perlukan...semoga engkau tergolong dikalangan hamba-hamba Allah yang bertaqwa...

Allahuakbar....Allah telah menyatukan dua hati...firman Allah:"Dan diantara tanda-tandaNya(kebesaranNya) bahawa Ia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki),isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan denganNya diantara kamu(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan,sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."(Ar-Ruum:21) terima kasih buah hati ku kerana sanggup menerima diri ini yang terlalu banyak kelemahan,moga jodoh dan kebahagian kita berkekalan hingga ke akhir hayat dan menjadi pasangan yang abadi di Syurga kelak..."Dunia hanyalah perhiasan,dan tidak ada sedikitpun dari perhiasan dunia yang lebih utama daripada wanita yang solehah"(HR Muslim no.1467)

Subahanallah....Allah membukakan hati kalian membenarkan dan mengizinkan...sungguh kalian bagaikan mutiara di lautan yang mana ianya tidak mudah dijumpai...sangat bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w yang menyuruh percepatkan tiga perkara iaitu:solat diawal waktu,nikah bila sudah sampai masanya,dan kebumikan jenazah. moga Allah menempatkan kalian dikalangan mereka yang bertaqwa. kalian sangat memudahkan urusan kami,moga Allah juga memudahkan urusan dunia akhirat kalian...tidaklah kalian kehilangan anak,tetapi kalian akan bertambah anak...kalian telah menjadi tanggungjawab ku sepertimana aku bertanggungjawab terhadap Ummi dan Abah kandung ku...inilah indahnya Islam...akan ku miliki dua Ummi dan dua Abah ;)
terima kasih membesarkan dan mendidik seorang insan yang sangat cantik,comel dan berakhlak mulia untuk menemani hidup ku yang mendatang...sangat ku harapkan restu dan doa kalian mendoakan kami mengharungi badai kehidupan yang mendatang...moga kami menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan juga lahir daripada kami anak cucu yang berjaya dunia akhirat..."Menikahlah,kerana sesungguhnya aku akan membangga-banggakan jumlah kalian kepada umat-umat lain pada hari Kiamat,dan janganlah kalian seperti para pendeta Nasrani."(HR Baihaqi)

terima kasih sekali lagi kepada semua ahli keluarga(terutamanya kedua-dua Ummi dan Abah yang sangat memudahkan segala urusan),rakan-rakan,dan seluruh manusia yang mendoakan kami..moga Allah memberi yang setaraf/setimpal/sama sepertimana kalian doakan/lakukan untuk kami...moga Allah memanjangkan usia kami dengan kesihatan,keberkatan dan rahmatNya....
InsyaAllah tarikh Nikah: 14 Muharram 1433 hijrah bersamaan 9/12/2011 masihi
~Abdul Hafiz dan Nurulhusna~

~Ya Allah ya Tuhan kami,kurniakan kami rahmat dari sisi Mu, dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk, Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi Mu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat Mu, Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani~ameen