Friday, June 24, 2011

BERSIH


adakah BERSIH itu benar-benar bersih?

penulis pada post kali ini hanyalah melahirkan rasa pendapat sendiri...penulis secara jujur nya menyokong PAS kerana PAS menegakkan ISLAM yang mana ISLAM merupakan jalan hidup yang sempurna berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah...jika ade Pilihanraya penulis sudahpun berdaftar untuk mengundi...dan undi penulis berpandukan calon bukan semata-mata parti...jika calon PAS tuh jenis tidoq maka untuk apa penulis undi untuk calon tersebut??bukan semua dari PAS baik dan bukan semua dari UMNO,PKR,DAP,MIC,MCA or pape je la parti lain itu jahat...ini cara penulis...

persoalan penting adalah..."adakah BERSIH yang akan diadakan tidak lama lagi ini adakah ianya bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah??"

persoalan ini bagi penulis sangat berat untuk penulis kemukakan pendapat penulis sendiri kerana sudah ramai Cerdik Pandai, Alim Ulama, Ustaz Ustaz, Mualim Mualaimah, Menteri Menteri, Polis Bomba, malah orang TNB SYABAS PUSPEL mahupun ALAM FLORA dan MAMAK kedai runcit telah membincangkan dan berborak berkenaan perhimpunan BERSIH ini. Secara jujurnya penulis dapati ramai yang menyokong perhimpunan atau demonstrasi BERSIH ini. Apakah petanda sebenar perasaan rakyat jelata terhadap Kepimpinan Malaysia sekarang ini???fikir-fikirkanlah wahai para pemerintah yang Zalim....

dan pada mereka yang membencikan kezaliman, janganlah kamu pula yang melakukan kezaliman keatas saudara kamu yang lain sambil melaungkan kata-kata benci pada kezaliman....

banyak kes yang lebih kurang serupa tapi tidak sama....adakah MALAYSIA sama seperti MESIR,IRAQ dan negara-negara lain mengamalkan pemerintahan secara diktator??



Firman Allah s.w.t: ”Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Qur'an yang mewajibkan taatnya).” (al-Anfal:20)

Firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemerintah) di antara kamu”. (an-Nisaa:59)

Al Hafizh Ibnu Katsir dalam tafsirnya menjelaskan makna ayat di atas bahwasanya al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata tentang firman Allah: “Taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan Ulil Amri diantara kamu”. Ayat ini turun berkenaan dengan Abdullah bin Hudzafah bin Qais bin ‘Adi, ketika diutus oleh Rasulullah s.a.w di dalam satu pasukan khusus. Demikianlah yang dikeluarkan oleh seluruh jama’ah kecuali Ibnu Majah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali, ia berkata: “Rasulullah s.a.w mengutus satu pasukan khusus dan mengangkat salah seorang Anshar menjadi komandan mereka. Tatkala mereka telah keluar, maka ia marah kepada mereka dalam suatu masalah, lalu ia berkata: “Bukankah Rasulullah s.a.w memerintahkan kalian untuk mentaatiku?” Mereka menjawab: “Betul”. Dia berkata lagi: “Kumpulkanlah untukku kayu baker oleh kalian”. Kemudian ia meminta api, lalu ia membakarnya, dan ia berkata: “Aku berkeinginan keras agar kalian masuk ke dalamnya”. Maka seorang pemuda diantara mereka berkata: “Sebaiknya kalian lari menuju Rasulullah s.a.w dari api ini. Maka jangan terburu-buru (mengambil keputusan) sampai kalian bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Jika beliau perintahkan kalian untuk masuk ke dalamnya, maka masuklah”. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda kepada mereka: ‘Seandainya kalian masuk ke dalam api itu niscaya kalian tidak akan keluar lagi selama-lamanya. Ketaatan itu hanya pada yang ma’ruf’. (Dikeluarkan dalam kitab ash-Shahihain dari hadith al-A’masy)

Adakah Sultan-Sultan dan Najib serta Rosmah dan juga para menteri-menteri lainnya memaksa kita melakukan sesuatu yang tidak masuk akal yang memudaratkan diri kita?? Jika mereka zalim mereka masih Muslim dan merupakan pemimpin kita kecuali Rosmah laa....( sempat selit ;p )


"Allah telah memerintahkan kepada kaum muslimin untuk taat kepada penguasanya betapapun jelek dan zalimnya mereka. Tentunya dengan syarat, selama para penguasa tersebut tidak menampakkan kekafiran yang nyata. Allah juga memerintahkan agar kita bersabar menghadapi kezaliman mereka dan tetap berjalan di atas sunnah. Karena barangsiapa yang memisahkan diri dari jamaah dan memberontak kepada penguasanya maka matinya mati jahiliyyah. Yakni mati dalam keadaan bermaksiat kepada Allah seperti keadaan orang-orang jahiliyyah." (Lihat ucapan Al-Imam An-Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: 'Rasulullah s.a.w bersabda': “Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak dia sukai dari penguasanya, maka bersabarlah! Karena barangsiapa yang memisahkan diri dari jamaah sejengkal saja, maka ia akan mati dalam keadaan mati jahiliyyah.” (HR Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi s.a.w: “Akan muncul setelahku atsarah (orang-orang yang mengutamakan diri mereka sendiri dan tidak memberikan hak kepada orang yang berhak) dan perkara-perkara yang kalian ingkari”. Mereka (para shahabat) bertanya: ‘Apa yang engkau perintahkan kepada kami wahai Rasulullah?” Beliau berkata: “Tunaikanlah kewajiban kalian kepada mereka dan mintalah hak kalian kepada Allah.”(HR Bukhari dan Muslim)


Diriwayatkan pula dari ‘Adi bin Hatim, Dia berkata: “Kami mengatakan: Wahai Rasulullah kami tidak bertanya tentang ketaatan kepada orang-orang yang takwa, tetapi orang yang berbuat begini dan begitu…(disebutkan kejelekan-kejelekan), maka Rasulullah bersabda: ”Bertakwalah kepada Allah! Dengar dan taatlah!”(Hasan lighairihi, diriwayatkan oleh Ibnu Abu ‘Ashim dalam As-Sunnah dan lain-lain. Lihat Al-Wardul Maqthuf, hal. 32)


Berkata Ibnu Taimiyyah: “Bahwasanya termasuk ilmu dan keadilan yang diperintahkan adalah sabar terhadap kezaliman para penguasa dan kejahatan mereka, sebagaimana ini merupakan prinsip dari prinsip-prinsip Ahlus Sunnah wal Jamaah dan sebagaimana diperintahkan oleh Rasulullah dalam hadith yang masyhur. ” (Majmu’ Fatawa juz 28, hal. 179, cet. Maktabah Ibnu Taimiyyah Mesir)


Sedangkan menurut Al-Imam An-Nawawi: “Kesimpulannya adalah sabar terhadap kezaliman penguasa dan bahwasanya tidak gugur ketaatan dengan kezaliman mereka.” (Syarah Shahih Muslim, 12/222, cet. Darul Fikr Beirut)


Berkata Ibnu Hajar: “Wajib berpegang dengan jamaah muslimin dan penguasa-penguasa mereka walaupun mereka bermaksiat.” (Fathul Bari Bi Syarhi Shahihil Bukhari)


Jadi, apakah yang sepatutnya kita lakukan terutamanya terhadap pemerintahan yang kita rasakan melakukan kezaliman terhadap kita di MALAYSIA ini??

Berikan nasihat kepada pemerintah dengan sembunyi-sembunyi berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa yang hendak menasihati pemerintah dengan suatu perkara maka janganlah ia tampakkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia mengambil tangan penguasa (raja) dengan empat mata. Jika ia menerima maka itu (yang diinginkan) dan kalau tidak, maka sungguh ia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia dan pahala baginya (orang yang menasihati).”

Hadits ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Al Khaitsami dalam Al Majma’ 5/229, Ibnu Abi Ashim dalam As Sunnah 2/522, Abu Nu’aim dalam Ma’rifatus Shahabah 2/121. Riwayat ini banyak yang mendukungnya sehingga hadith ini kedudukannya shahih bukan hasan apalagi dhaif sebagaimana sebagian ulama mengatakannya. Demikian keterangan Syaikh Abdullah bin Barjas bin Nashir Ali Abdul Karim (lihat Muamalatul Hukam fi Dlauil Kitab Was Sunnah halaman 54).


Imam As Syaukani yang berkata : “Bagi orang-orang yang hendak menasihati imam (pemimpin) dalam beberapa masalah –lantaran pemimpin itu telah berbuat salah– seharusnya ia tidak menampakkan kata-kata yang jelek di depan khalayak ramai.


Kesimpulan yang dapat penulis buat:


Jika dirasakan pilihanraya yang diadakan tidak bersih maka perlulah kita mendesak secara terhormat supaya pengawasan pilihan raya dilakukan oleh negara-negara lain seperti yang dilakukan oleh Turki atau Negara-negara seangkatan dengannya.


Agong dan Sultan-Sultan lain perlu memainkan peranan dalam menubuhkan Jawatankuasa Pemerhati bagi memastikan pilihan raya bersih.


NGO-NGO juga perlu diberikan tempat untuk memastikan pilihanraya berjalan dengan bersih.


SPR perlu memainkan peranan yang sangat JUJUR dan BERSIH. Dan berikan peluang dan kebenaran perlaksanaan cadangan yang mampu memberi imej yang BERSIH terhadap pilihanraya di MALAYSIA ku tercinta ini.


Ingat!! Anda diperhatikan kami wahai pembohong dan penipu!!


Jika dirasakan kerajaan pimpinan BN zalim perlu diperkuatkan jentera pilihanraya parti PAS dan sekutunya. Jangan nak jalan pintas sampai dok kacau lalu lintas. Apa ertinya perjuangan jika tiada pengorbanan yang benar-benar tulen?? biar lambat asalkan selamat.


Media perlu memainkan peranan yang adil, tidak berat sebelah. Ingat, kalian kelak akan disoal tiada siapa yang mampu membantu jika kalian menipu.


Yang terakhir calonkan aku jadi PM...hahaha ;D

yang terakhir tu fikir-fikirkanlah baik dan buruknya. Bukan semua yang pergi perhimpunan BERSIH akan ikut semua peraturan yang ditetapkan. Dan lagi ada pulak golongan yang kononnya nak wat perhimpunan juga untuk provoke. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan. Dah tak setuju tu janganlah dok ikut nak wat jugak demostrasi. Pening aku. Kang jadi macam 13 Mei baru tahu. Melayu Islam VS Melayu Islam jugak plak tuh....bukan semua orang boleh tahan sabar dengan provokasi. Bukan semua orang kita ajar dieorg ikut. Kalau pelajar yang join kene tangkap mungkin dibuang Universiti atau tindakan lain yang tak elok lah senang kata.


Banyak lagi cara berjuang. Kembali baliklah pada Quran Sunnah jalan Salafus Soleh, bukan dok tengah jalan kacau orang. Alihkan batu atau duri tengah jalan pun dapat pahala, takkan kita nak penuhkan jalan kacau orang lain plak. Lebih banyak keburukan yang mungkin timbul berbanding kebaikan yang akan Berjaya dilaksanakan. Belum tentu kerajaan atau SPR ambil tindakan untuk BERSIH kan betul-betul pilihanraya atau pape jela benda lain yang tidak memuaskan hati tuh. Bukan kita tak tahu perangai dieorg ni. Baik kita selesaikan perkara ini dengan cara yang lebih makruf/baik.


Yang penting penulis tak suka cara berdemonstrasi ni....siapa yang nak buat atau turut serta bersandarkan dalil dan hujah yang kukuh sila lah teruskan :) Ukhuwah Fillah... sekadar pendapat aku sendiri...pape pun persaudaraan sesama Muslim dan hubungan baik bersama manusia lain itu penting dan perlu diberi perhatian....jangan kerana berbeza atau berlainan pendapat kita bercakaran dan menyalahkan antara satu sama lain... mungkin kita salah dan mungkin juga kita betul dan malahan mungkin juga kedua-dua belah pihak betul, tiada siapa yang salah ;)


Moga Allah ampunkan dosa ku jika tersilap dan Maaf juga kepada mereka yang menyokong dan tidak menyokong...ini hanya pendapat ku yang lemah dan miskin. Jika ada pendapat lain mahupun teguran sangatlah dialu-alukan. Moga Malaysia BERSIH dari segala keburukan dan kejahatan. Terima kasih Daun Keladi Lain Kali Baca Lagi ;)

Thursday, June 2, 2011

Islamic atau Convensional?



Salam...
post kali ini hanya ingin menjelaskan sedikit sahaja secara surf face mengenai perbezaan Islamic Banking and Convensional Bank....

ramai yang masih tidak faham dengan mengatakan Islamic Banking juga mengenakan RIBA' seperti Convensional Bank....ini adalah perkara yang sangat salah!!

perlu kita faham perbezaan kedua-dua jenis perbankan ini...

contoh untuk Convensional Bank:
kita nak beli kereta RM40k...kita gi kat bank bitau nak beli kereta..so bank pun akan luluskan pinjaman untuk kita beli kereta rm40k + KPA + BLR(tahun lepas 5.5% tahun naik 6.6%) di sini adanya unsur gharar dan riba'...kita tidak tahu brape jumlah akhir yang perlu dibayar pada bank kerana perubahan yang berlaku pada BLR...

contoh untuk Islamic Bank:
kita nak beli kereta rm40k...kita gi kat bank bitau nak beli kereta...so bank akan membeli kereta tersebut dari proton edar misalnya...harga rm40k lah...kemudian bank akan menjual semula kereta tersebut kepada kita dengan harga rm55k.....disini berlakunya jual beli bukannya riba'...rm15k itu adalah keuntungan bank atas urusan jual beli yang berlaku....dan yang paling utama adalah GRAND TOTAL FIXED rm55k tidak boleh lebeh walaupun satu sen...jika lebeh sudah dikira sebagai riba' dan wujud unsur gharar...

kes-kes yang menyebabkan salah faham berlaku:

1)Islamic Bank juga menggunakan perkiraan dengan kadar peratusan(%)...ianya seolah-olah sama dengan convensional bank...

2)Isamic Bank mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan perubahan BLR yang tidak menentu disebabkan satu dunia menggunakan sistem kapitalis..maka Bank Islamic meletakkan harga yang terlampau tinggi supaya sekiranya BLR melambung tinggi Bank tidak mengalami kerugian...contohnya,bank menjual kereta berharga rm40k menjadi sehingga rm65k...disini bank menggunakan sistem hibah dengan cara pembayaran bulanan andaikata rm490 sebulan selama 9tahun..jumlah adalah rm52920...bukan rm65k...disini nilai selebihnya dikira sebagai hibah/hadiah...(hibah tidak boleh ada di dalam awal perjanjian jual beli,kes seperti ini selalunya untuk personal loan-disini juga ada sedikit masalah mengenai pandangan Ulama berkenaan Bai' Al-Inah)

3)sekiranya lambat bayar denda akan dikenakan oleh Bank Islamic...ianya bukan riba'...denda ini disebut ta'widh..ianya berbeza dengan konvensional bank kerana ta'widh ini tidak boleh dimasukkan sebagai keuntungan atau profit bank..ini berbeza dengan konvensional yang mengenakan denda atau interest dan dikira sebagai profit bank,ini adalah riba'...islamic banking akan menyalurkan ta'widh tersebut pada badan kebajikan tidak boleh dimasukkan walau satu sen sebagai profit bank...disini kita dapat lihat Islam mengambil berat tentang kebajikan awam...

4)bank islamic lebih mahal berbanding konvensional....rugi sedikit di dunia lebih baik dari rugi di akhirat kelak...(kalau terpaksa tak leh nak buat apa-apa lah..kira darurat lah tuh)

kesimpulan paling penting:
Islamic Banking TIDAK MENGAMALKAN RIBA'....mahal murah lain cerita..nak dosa atau pahala??hehe :)
tapi sekarang ni dah ok dah Islamic Banking....lebih kurang sama je..malah lagi elok pun.. ;)


untuk lebeh memahami mengenai Islamic Banking bolehlah layari website Ustaz Zaharuddin http://www.zaharuddin.net/....apa yang penulis nyatakan di dalam post ini sekadar ringkasan kefahaman penulis sendiri sewaktu belajar Islamic Banking bersama Sheikh/Ustaz Hamdan selaku lecturer UIA...,ianya hanya teori secara usul..mungkin ade fatwa atau pandangan lain yang digunakan di Malaysia..secara umumnya inilah perbezaan antara kedua-dua jenis perbankan ini....
perlu memahami apa itu Riba'...fiat money...gold reserve...dinar dan dirham emas...Bai' Inah,Salam,Mudharabah,Bitamin Ajil dan lain-lainnya berserta dalil dari Quran dan Sunnah...insyaAllah faham :)

kalau ada yang salah atau tak tepat harap ditegur,on da spot nya post..benda lama tak ngulang...ilmu tak banyak dalam kepala...sory yek :)

sekian...