Wednesday, October 27, 2010

Doktor Dunia dan Akhirat






Alhamdulillah... bersyukur kita kepada Allah yang masih memberikan kita kesempatan meminta keampunan Allah dan beribadah kepadaNya. Sesungguhnya banyak sungguh maksiat yang dilakukan berbanding amal ibadat kita. Moga Allah memberikan kita petunjuk dan jadikan kita dikalangan hambaNya yang bertaqwa.

Post kali ini atas permintaan sahabat baik saya Fikri Rosely supaya di sebarkan suatu laman web yang sangat baik dan bermanfaat untuk kita tatapi bersama menyedut ilmu yang terkandung di dalamnya :)

Sebelum berkongsi laman web tersebut inginlah saya berbicara sedikit bersama para pembaca sekalian suatu tajuk yang saya dinamakan "Doktor Dunia dan Akhirat".

Firman Allah:"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya."(Ibrahim:34)
Begitu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sama ada kita sedar ataupun tidak. Allah memberikan kepada kita kesihatan yang baik supaya kita dapat berkerja, belajar, bersenam dan paling penting untuk beribadah kepadaNya yang merupakan tugas utama kita di dunia ini. Tidak mungkin kita mampu menggantikan atau mencipta(memproses) suatu yang setara dengan nikmat Allah yang asal. kaki palsu dengan kaki asal? alat pendengaran? cermin mata? reseptor rasa pada lidah? saraf-saraf dan reseptor pada kulit dan anggota lain? cukuplah apa yang ada ditubuh kita sahaja mana mungkin kita mampu menggantikannya seperti yang asal... ini masih belum kita hitung tentang laut, sungai, pokok(hutan) dan lain-lain. Inilah sebab nya TIDAK MUNGKIN TUHAN TIDAK WUJUD!!!! hanya manusia yang terlampau takabbur dengan ilmu yg sedikit dimilikinya itulah yang menyebabkan mereka berpendirian sebegitu. lihatlah alam ini, di manakah kita? mungkin seperti penulis, penulis tinggal ni Taman Rumah, Gombak, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, Bumi, Sistem Suria, Galaksi Bina Sakti....hurmmm..apa ntah lagi..cuba lihat mana penulis???tak nampak kan...kita ni terlampau kerdil,jadi janganlah menyombong diri dengan ilmu yang sedikit tu..kita tak mampu buat pape pun senanye..

Dan ingatlah pesan Nabi Muhammad s.a.w: "Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." (HR Bukhari)
Inilah yang selalu berlaku pada kita, waktu muda yang masih sihat, kuat dan bertenaga ini kita sia-siakan dengan membuang masa kita dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat untuk kita di dunia apatah lagi di akhirat kelak. Dan bila masa lapang kita buang-buang masa tu...malah ada saja masa yang kita buang tu dengan cara melakukan perkara yang maksiat. Jadilah ingatlah pesan Nabi Muhammad s.a.w supaya nikmat yang diberikan ini dapat kita gunakan dengan melakukan perkara yang baik dan bermanfaat.

Muqaddimah dah habes...so, sekarang sampai waktu untuk isi plak. Doktor Dunia dan Akhirat yang saya maksudkan adalah manusia yang dapat memberikan kita panduan dalam kehidupan kita di dunia dan juga di akhirat. Doktor yang mampu menyampaikan dakwah, menerangkan keindahan dan kebenaran Islam. Ini termasuk juga lah mereka yang bergelar Arkitek, Jurutera, Akauntan, Polis, Tentera, Peguam, Hakim dan apa-apa sahaja pekerjaan mereka, yang utamanya mereka mampu menyampaikan Islam dan mengamalkannya sebaik mungkin. Dari sinilah barulah bangunan dan jalan tidak cepat retak dan roboh...rasuah tidak akan diberi dan diterima...dan masalah-masalah yang kita sedia maklum.

Moga sahabat saya yang bakal menjadi doktor perubatan keluaran UITM Mohd Fikri Rosely dan sahabat-sahabat yang lain seluruh dunia, dianugerahkan Allah dengan sifat yang mulia dan niat yang ikhlas serta meletakkan kesihatan itu datangnya daripada Allah...Allah hanya memberi kepada mereka suatu kelebihan untuk mereka mendapat pahala dengan cara mengubati pesakit-pesakit mereka dengan izin Allah. Allah memberi mereka keizinan memiliki ilmu untuk mengkaji dan mempunyai kepakaran dalam ilmu perubatan sebagai asbab kerana usaha mereka dalam mendapatkan kesihatan daripada Allah. Moga mereka menjadi doktor yang mampu mengingatkan dan mengajarkan pesakit mereka tentang solat, aurat, zikir, dan sebagainya dengan keadaan tertentu.

Jadilah doktor yang hebat seperti Doktor Danial Zainal Abidin dan Doktor Jamnul Azhar Mulkan... Mereka ini merupakan Doktor Perubatan yang hebat dalam bidang perubatan dan hebat juga dalam ilmu-ilmu Islam. Malah ada sahaja maklumat dan penerangan mereka ini lebih hebat daripada mereka yang bergelar Ustaz disebabkan ilmu mereka yang mencangkupi dua bidang tersebut. Doktor seperti inilah yang dapat mengubati penyakit jasmani dan rohani dengan pembuktian yang hebat dari segi saintifik yang bertepatan dengan Quran Sunnah. Doktor yang mampu mengubati penyakit lahiriah dan penyakit batiniah berkaitan dengan aqidah terutamanya yang merupakan penyakit yang paling merbahaya. Malah mereka yang bergelar Jurutera(IR Ahmad Jais Alias), Arkitek, Akauntan dan sebagainya juga ramai sahaja yang mampu menyampaikan Islam. Malah rakan usrah penulis sendiri seperti Akhi Fattah, Akhi Azim, Akhi `Asim, Akhi Bukhari, Akhi Munzir, Akhi Huzaifah dan ramai lagi yang mana mereka ini tidaklah mengambil jurusan Islam tetapi mereka mampu menyampaikan Islam dengan baik. (yang mengambil jurusan Islam yang terbaik seperti Akhi Umayr, Akhi Aizat, Akhi Uzzair, Akhi Khalis, Akhi Nuh). Wahh..rindu plak aku kat mereka ni semua. Jadi, tidak kiralah kita ini belajar secara formal dalam jurusan apapun pastikan kita mampu menyampaikan Islam sekurang-kurangnya tentang Ketuhanan, Kenabian, dan Hari Akhirat(Kiamat) kerana inilah perkara utama yang perlu kita fahami dan sampaikan.

Kesimpulannya, KALAU KAMU MUSLIM KAMU BELAJARLAH TENTANG ISLAM DAN SAMPAIKANLAH....IANYA UNTUK DIRIMU TERUTAMANYA...

layarilah website yang sangat bermanfaat ini yang dibuat oleh pelajar perubatan uitm:

Ya Allah Kau jadikanlah sahabatku Mohd Fikri Rosely hambaMu yang bertaqwa dalam kehidupannya, berikanlah kepadanya kebijaksanaan dan ilmu-ilmu dalam perubatan dan berdakwah, berikanlah kepadanya umur yang berkat, kesihatan yang baik dan kekuatan dalam menjalankan tugasnya sebagai Doktor Dunia dan Akhirat...Ameen..

sekian sahaja...terima kasih
"Tegakkan Islam dalam diri kamu...Nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu"

Saturday, October 16, 2010

Adakah Islam Kejam?


Mungkin kah Islam itu kejam? jawabnya sudah pasti tidak....mengapa saya timbulkan perkara begini adalah kerana ada yang berpendapat hukuman yang ditetapkan Islam sangat kejam... dan paling menyedihkan mereka yang beragama Islam juga mengatakan sedemikian...hukuman yang saya maksudkan seperti hukuman sebat, rejam, potong tangan dan sebagainya.

mungkin disini saya hanya ingin mengajak pembaca berfikir beberapa perkara....seperti yang berlaku baru-baru ni tidak sampai 6tahun yang lepas di Iran dan juga Somalia yang mana seorang wanita (di Iran) dan seorang lelaki (di Somalia) dijatuhkan hukuman rejam sampai mati menimbulkan beberapa bantahan daripada masyarakat dunia kononnya(segenlintir yang menyibuk tentang Islam sahaja sebenarnya). Mereka ini sebenarnya hanya berfikir untuk memburukkan Islam semata-mata, mereka tidak berfikir panjang. mereka mengatakan hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah tersebut kejam, sedangkan mereka tidak berfikir mengenai perbuatan yang dilakukan tersebut adalah lebih kejam sebenarnya. mengapa saya katakan sedemikian adalah kerana mereka ini sudah pun mempunyai isteri atau suami tetapi masih berZINA dengan lelaki atau wanita yang bukan mahramnya. sedangkan Islam telah menyediakan jalan yakni berpoligami ataupun menuntut fasakh. siapakah yang kejam sebenarnya??

bayangkan sekiranya hukuman seperti ini tidak dilakukan ianya akan menimbulkan suatu dendam dan permusuhan diantara keluarga suami dan isteri tersebut yang kemungkinan besarnya akan terjadi juga pembunuhan malah bukan satu nyawa mungkin lebih banyak nyawa yang akan melayang. mungkin dendam ini akan berlangsung bertahun-tahun lamanya. dengan sebab ini juga akan menyebabkan lebih ramai manusia yang hati mereka menjadi tidak tenteram dan tidak tenang. bayangkan jika anda hidup dalam keadaan ketakutan sepanjang masa bagaimana?? nak pergi Giant cuak...nak pergi Jusco sikit lagi nak terkencing...nak pergi Tesco dah macam nak mati....makin jauh nak berjalan makin takut dikejar oleh keluarga disebelah sana. wahh...takut kan...takleh nak wat pe la macam tuh..lepak umah pun takut umah kene bom..so, ini lah jalan penyelesaiannya yakni HUKUMAN MATI bagi mereka yang bersalah kalau tak kita yang mati.

alaaa...sebenarnya Islam bukanlah nak sangat atau suka sangat menghukum manusia dengan cara yang keras atau kejam macam tuh...Allah tu Maha Pengampun dan Maha Penyayang...saya katakan begini adalah kerana kisah yang berlaku di zaman Nabi Muhammad sendiri menunjukkan sebegitu....kerana sewaktu dilaporkan kepada Nabi Muhammad tentang pengakuan salah seorang yang penzina muhsan Nabi s.a.w mengatakan kamu sepatutnya menyorokkan perkara tersebut di dalam jubah kamu. tapi disebabkan ianya telah sampai ke pengetahuan pemerintah makan pemerintah perlu melaksanakan hukuman yang telah ditetapkan itu. dan perkara ini juga atas pengakuan pesalah tersebut...dan jika sewaktu direjam itu pesalah tersebut menarik balik pengakuannya maka hukuman tersebut juga perlu di hentikan. adakah ini dinamakan kejam?? dan jika mereka yang berzina tersebut bertaubat dan tidak sampai ke pengetahuan pemerintah mereka tidak dikenakan hukuman rejam atau sebat malah inilah yang di isyaratkan Nabi s.a.w. berkenaan saksi zina pula, Islam meletakkan syarat 4orang saksi bebbb..nyusah kot nak kantoi...video kamera ke cctv ke tak kira,tak leh jadi saksi..nak 4orang yang dipercayai plak tuh, yang adil gitu lah...tu la kat Malaysia ni pun yang kantoi semuanya dituduh berkhalwat sahaja,sebab mmg takkan dapat la nak kumpul 4orang saksi tu,susah la dowhh..bukan aku cakap macam ni galakkan zina yek..just nak bitau tentang kebaikan Islam la yang mudah dan Allah Maha Penerima Taubat. jadi,jangan la buat benda yang diharamkan Allah...tak malu ke??andaikan orang tu buat baik sangat kat kita,tergamak ke kita nak balas jahat dengan lakukan perkara yang orang tu tak suke??mesti tak kan...kalau ye tu,korang bukan berhati manusia mahupun binatang tetapi berhati syaitan la kot..

senang kata lah...sebenarnya Islam memang melarang keras terhadap perbuatan ZINA antara mereka yang telah berkahwin dan mereka sendiri juga tidak ada alasan untuk melakukan perbuatan terkutuk itu kerana sudah berkahwin(suami ada cari lain watpe!!!???isteri ada cari lain watpe!!!???). macam yang kita pernah dengar tentang hikayat melayu dulu-dulu tu kan...raja nak kahwin dengan puteri gunung ledang, dan diberikan syarat-syarat yang tak masuk akal antaranya hati nyamuk satu baldi la,darah lalat satu tong la,jambatan emas dari istana sampai ke gunung tu la...dan ntah ape-ape lagi ntah syaratnya...benda tu masuk akal ke??boleh ke raja tu penuhi syarat-syarat tu???manusia normal yang waras dan sihat mesti kata takkan mampu raja tu penuhi syarat tu semua...so kat sini sebenarnya puteri tu tak nak kahwin la dengan raja tu...tak yah la fikir nak tunaikan syarat tu semua...hahaha lawak lah.. Islam pun senang kata memang tak kasi langsung orang yang berkahwin tu BERZINA tu la hukumannya REJAM....yang dok bising sangat Islam kejam sebab rejam ni kenapa???NAK BERZINA dengan LAKI atau BINI orang ke???? kalau ye la Islam ni kejam sebab rejam, kejam lagi orang yang menyebabkan Islam ni jadi kejam... sebab dia BERZINA la Islam jadi kejam..tapi kene ingat dalam masa yang sama Islam telah menyelamatkan (penyelamat daripada penyakit HIV, penyakit kelamin dan penyakit-penyakit lain dari segi jasmani dan rohani) berjuta pasangan kerana mereka akan takut untuk BERZINA..kejam atau rahmat hukuman rejam ni??

sama la jugak dengan pencuri kena potong tangan...sorang je kene cukup dah insyaAllah, confirm takut yang lain nak mencuri...tak kan orang mencuri ni kita kasi dia kerja plak kan..kalau macam tu ramai la graduan universiti yang tak dapat kerja mencuri..sebab kalau mencuri kerajaan kasi kerja sebab tak nak die orang mencuri lagi..hahaha..potong tangan pencuri tu tunjuk kat buletin utama tv3 setiap hari,mesti takut orang yang tengok tu nak mencuri...yang dah kena tu takkan berani lagi nak mencuri,hari-hari rasa kesan akibat daripada perbuatan die tuh..curi ni pun bukan la seringgit dua ringgit punya kes..bodoh la kalau curi singgit pun nak kena potong tangan kan..pikir la sendiri...jangan nak mencari kesalahan Islam..buka hati tu lihat dalam-dalam hikmah dan kebaikan disebalik setiap perkara yang suruh Islam tu..kita beli handphone, komputer, kereta dan barang-barang lain yang mungkin awal-awal tu rumit nak guna aplikasinya pasti kita akan rujuk atau bukak manual book yang disertakan...so sama lah dengan kita ni manusia, Allah jadikan kita dan Allah dah sediakan manual book(Quran dan Sunnah) untuk kita..guna lahh...guna otak sendiri untuk settle kan memang tak kan selesai..tak caya try guna hukuman Islam ni secara menyeluruh, tengok kesan dia macam mana...sekarang ni pun boleh bandingkan jenayah Arab Saudi dengan Amerika macam mana..satu hari kat Amerika tu macam setahun kat Arab Saudi kes jenayah yang berlaku...so,nak kata apa lagi???kejam???hahaha...kata la nak kata apa pun...malas dah aku nak cakap..mungkin orang yang kata kejam ni lah orang yang dalam hati dia tu dah ada niat nak mencuri,rasuah,berzina,membunuh dan lain-lain perkara jahat yang mungkin die sendiri dah buat atau terfikir nak buat...tu yang takut tuh..dok sembang Islam kejam...giler punya orang...ni aku cakap ni bukan untuk orang yang bukan Islam,tapi aku lebih tekankan pada mereka yang mengaku diri mereka Islam tapi tak percaya dengan hukum Islam.

so,aku pun dah membebel panjang..dengan bahasa yang tak berapa bagus pun, aku minta maaf sangat...akhir sekali aku harapkan kat Malaysia ni sendiri,walaupun masih tidak bersedia untuk melaksanakan hukuman Islam sepenuhnya kononnya(alasan yang mungkin untuk kepentingan masing-masing)..aku cadangkan hukuman sebat di penjara Malaysia sekarang ni di laksanakan tu, yang sampai terkoyak bontot tu di tayangkan kat tv1,tv2,tv3,tv7,tv9,astro dan lain-lain media supaya dapat menghadirkan perasaan takut untuk manusia lain yang dalam diri mereka tu dah ada niat jahat untuk merogol,meragut,membunuh dan lain-lain jenayah. insyaAllah dapat gak kurangkan sikit statistik jenayah menurut pandangan aku.

post kali ni hanyalah pendapat aku...nak komen pape komen je la..insyaAllah yang baik aku terima yang buruk aku ...aku.... aku tak tahu lagi lah nak buat ape..huhuhu

Akhir sekali, inilah huraian berkenaan hukuman rejam:
Di dalam ensaiklopedia al-Feqhiyah Kuwait ada menyebutkan:
Ibnu Qudamah telah berkata: Tidak ada khilaf/perselisihan di kalangan para fuqaha tentang wajibnya hukuman rejam ke atas penzina muhsan, samada lelaki ataupun perempuan. Hukuman rejam telah ditetapkan dari Rasulullah s.a.w. dengan perkataan/sabdaannya dan perbuatannya, di dalam hadis2 yang hampir kepada mutawatir. Inilah perkataan seluruh ahli ilmu dari kalangan para sahabat, tabi’in dan orang-orang selepas mereka. Ibnu Qudamah berkata lagi: Kami tidak tahu jika terdapat perselisihan mengenainya melainkan dari kalangan kaum Khawarij. Dan di sana telah terjadi persepakatan para fuqaha bahawa had/hudud utk penzina muhsan adalah rejam hingga mati, samada penzina itu lelaki ataupun perempuan. Dan, bukan seorang yang mengatakan bahawa perkara ini adalah ijma.

Rujukan tentang Hukuman Rejam sila layari:
http://abunaaielah.blogspot.com/2009/09/menjawab-syiah-ayat-rejam.html
http://sites.google.com/site/hukumjenayah/maklumbalashukumrejam

Wednesday, October 6, 2010

Mengapa Islam Bukan Buddha??


Mengapa Islam Bukan Buddha??

Jawapan yang paling mudah adalah kerana Gautama Buddha sendiri mengakui dan mengiktiraf akan kehadiran penggantinya. Nak tahu siapakah pengganti yang dinyatakan dan dinantikan pengikutnya itu??

Gautama Buddha pernah menceritakan kepada pengikut setianya Ananda tentang kedatangan seorang Antim Buddha sepertimana yang terkandung di dalam Gospel of Buddha oleh Carus pada halaman 217 disebutkan: ”Wahai Nanda, aku bukannya Buddha yang pertama dan bukan juga Buddha yang terakhir. Suatu hari nanti, bakal lahir seorang Buddha di dunia yang menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia seorang yang suci lagi teguh beragama. Dia memiliki ilmu dan kebijaksanaan. Dia bakal menjadi pemimpin dan pembimbing semua manusia. Dia bakal mengajar kebenaran sebagaimana aku mengajar kebenaran. Dia memberikan kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda, namanya adalah MAITREYA.”

Untuk memudahkan para pembaca memahami ayat diatas marilah kita lihat beberapa perkara yang mungkin memerlukan kita memahami maksud sesuatu istilah yang bukan dari bahasa kita sendiri.

Buddha = “seorang yang bijaksana” atau “dia yang mendapat petunjuk” boleh juga dikatakan sebagai “nabi”.

Antim= “yang terakhir”

Antim Buddha= “Buddha yang terakhir” atau “Nabi yang terakhir”

Jadi disini persoalannya siapakah Maitreya yang disebut oleh Gautama Buddha sebagai Antim Buddha??

Mungkin ramai yang tidak bersetuju sekiranya saya mengatakan bahawa Maitreya yang merupakan Antim Buddha yang disebutkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w. Tidak mengapa, kita lihat mengapa saya mengatakan sedemikian, jika tidak bersetuju dengan saya tidak mengapa, kerana inilah adalah pendapat saya setelah membaca beberapa bahan bacaan tentang perkara ini maka mungkin sahaja pendapat saya salah tetapi ingat apa yang diperkatakan ada logik dan bukti pada hujahnya bukan omongan kosong semata-mata.

Pertama sekalimari kita lihat hujah ini:
Maitreya bermaksud “Merciful” atau “pembawa rahmat” (berdasarkan majalah The Leader 16/10/1930). Perkara yang sama disebut oleh Warren di dalam bukunya Mohammad in the Buddhist Scriptures berdasarkan Dr Ved Prakash dalam bukunya Muhammad in the Vedas and the Puranas. Ini bertepatan dengan Firman Allah: ”Tidak Kami utus kamu Muhammad, melainkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam”.(Al-Anbiya`:107)

Kedua:
Gautama Buddha mengatakan: “Dia memberikan kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap.”
Firman Allah: ”Tidak Kami utuskan kamu Muhammad melainkan kepada umat manusia keseluruhannya.”(As-Saba`:28)
Firman Allah lagi: ”Pada hari ini aku sempurnakan bagimu agamamu dan aku cukupkan bagimu nikmatku.”(Al-Maidah:3)

Ketiga:
Gautama Buddha mengatakan: ”Dia bakal menjadi pemimpin dan pembimbing semua manusia.”
Nabi Muhammad merupakan pemimpin yang unggul malah beliau adalah pemimpin Negara Islam pertama yang tertegak di Madinah. Umat Islam memberikan ketaatan sepenuhnya tanpa berbelah bahagi. Firman Allah: ”Barangsiapa yang mentaati rasul Allah sesungguhnya dia mentaati Allah.”(An-Nisa`:80)
Perkara ini juga diakui oleh orang yang bukan beragama Islam tetapi memberikan pandangan secara jujur setelah melakukan kajiannya, beliau adalah Michael H. Hart dalam bukunya “The 100”, katanya: “Saya memilih Muhammad sebagai tokoh yang begitu berpengaruh kerana hanya beliau sahaja dalam sejarah yang begitu Berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan...Beliau mengasaska dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi pemimpin politik yang unggul.”

Keempat:
Gautama Buddha mengatakan: ”Suatu hari nanti, bakal lahir seorang Buddha di dunia yang menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia seorang yang suci lagi teguh beragama. Dia memiliki ilmu dan kebijaksanaan.”
Beliau merupakan seorang manusia bukan malaikat atau dewa atau apa-apa sahaja makhluk melainkan adalah seorang manusia. Firman Allah: ”katakanlah, sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku yang Tuhanmu itu adalah Tuhan yang Esa.”(Al-Kahfi:110)
Peribadi beliau mulia dan suci menurut agama yang dibawakan itu, firman Allah: ”Sesungguhnya kamu, wahai Muhammad benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Menjadi contoh kepada pengikutnya, firman Allah: ”Sesungguhnya ada pada diri Nabi Muhammad itu suri teladan yang baik bagimu.”

Mungkinkah Muhammad s.a.w adalah Antim Buddha??? Adakah sifat individu yang dikenali sebagai Maitreya itu hanya kebetulan menyamai sifat Muhammad s.a.w???? Siapakah Maitreya jika begitu????? Adakah ajaran Gautama Buddha masih wajib diikuti setelah lahirnya Antim Buddha yang disebutkan sendiri oleh Gautama Buddha??? Mungkinkah undang-undang lama masih sah setelah adanya undang-undang baru????

Akhir sekali mari kita lihat beberapa perkara yang dianggap penulis tidak patut berlaku; Pada tahun 1966 perhimpunan Majlis Buddha Sedunia diadakan di Sri Lanka bagi mencari titik persamaan antara aliran Mahayana dan Theravada. Hasil daripada pertemuan ini, beberapa keputusan diambil oleh kedua-dua aliran. Antaranya adalah tidak mempercayai alam ini diciptakan dan diperintah oleh Tuhan.”(Walpola Rahula:”The Heritage of the Bhikkhu”; Grove Press 1974)

Lihat ayat yang dipetik daripada kitab mereka sendiri:
"Ketahuilah para bhikkhu bahwa ada sesuatu Yang Tidak Dilahirkan, Yang Tidak Menjelma, Yang Tidak Tercipta, Yang Mutlak. Duhai para Bhikkhu, apabila tidak ada Yang Tidak Dilahirkan, Yang Tidak Menjelma, Yang Tidak Diciptakan, Yang Mutlak, maka tidak akan mungkin kita dapat bebas dari kelahiran, penjelmaan, pembentukan, pemunculan dari sebab yang lalu. Tetapi para bhikkhu, karena ada Yang Tidak Dilahirkan, Yang Tidak Menjelma, Yang Tidak Tercipta, Yang Mutlak, maka ada kemungkinan untuk bebas dari kelahiran, penjelmaan, pembentukan, pemunculan dari sebab yang lalu."

Pernyataan diatas adalah dari Buddha yang terdapat dalam Sutta Pitaka, Udana VIII : 3, yang merupakan konsep Ketuhanan Yang Mahaesa dalam agama Buddha. Ketuhanan Yang Mahaesa dalam bahasa Pali adalah Atthi Ajatang Abhutang Akatang Asamkhatang yang artinya "Suatu Yang Tidak Dilahirkan, Tidak Dijelmakan, Tidak Diciptakan dan Yang Mutlak". Dalam hal ini, Ketuhanan Yang Maha Esa adalah suatu yang tanpa aku (anatta), yang tidak dapat dipersonifikasikan dan yang tidak dapat digambarkan dalam bentuk apa pun.

definisi berkenaan Tuhan ini sama seperti ajaran yang Islam terangkan didalam al-Quran surah Al-Ikhlas ayat 1-4: "Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah kekal. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya."

Inilah sebabnya aku tidak memilih Buddha tetapi aku memilih Islam sebagai cara hidup ku dan aku percaya dan yakin Islam adalah cara hidup yang benar dan lengkap tidak kira dari sudut politik, kekeluargaan, ekonomi, negara, kerohanian, dan keseluruhannya untuk aku menjadikan panduan hidup ku berdasarkan wahyu Allah melalui Nabi kami Nabi Muhammad s.a.w yang tersangat kami cintai. Kami juga menyayangi Gautama Buddha yang kami percaya mungkin sahaja beliau adalah salah seorang utusan Allah untuk manusia begitu juga kami sangat mengasihi Jesus yang kami kenalinya sebagai Nabi Isa termasuk jugalah Nabi Musa yang kami sayangi sepertimana yahudi menyayangi baginda. Inilah agama atau kepercayaan yang menyatukan semua manusia walaupun berlainan kepercayaan.

Islam agama rahmat...Islam agama kasih sayang...Islam agama kelembutan dan kebaikan....jangan lihat kami kerana kami sendiri sangat berdukacita disebabkan keburukan tingkah laku dan akhlak kami sehingga menyebabkan kami telah memburuk Islam secara tidak langsung, moga Allah mengampuni dosa kami sama ada sengaja mahupun tidak sengaja, sesungguhnya Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. kepadaNya lah kami akan kembali. Tetapi lihatlah Al-Quran dan As-Sunnah yang merupakan panduan hidup yang diwahyukan untuk manusia.

Lihat jugalah sejarah untuk mendapatkan contoh, siapakah pemimpin yang terbaik pernah wujud dimuka bumi ini kecuali beliau merupakan MUSLIM yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai cara hidup secara menyeluruh. Apa yang aku katakan bukanlah atas sebab aku juga seorang muslim tetapi lihat siapakah yang mengakuinya kalau mereka bukan dari kalangan Kristian sendiri mahupun Buddha dan juga Yahudi, malah semua manusia yang berilmu dan jujur dalam kajiannya akan mengakui kebenaran ini tidak kira lah pada akhirnya dia memeluk Islam mahupun tidak.Fikirlah dengan teliti wahai saudara ku, kami sentiasa mengalu-alukan persaudaraan dengan kalian. Islam tidak bermaksud cina akan menjadi melayu mahupun india akan menjadi melayu, Islam tidak kenal melayu ke cina ke india ke tetapi yang dilihat Allah adalah ketaqwaan seseorang itu tidak kira kamu menjadi muslim ketika umur muda atau tua.


sekian sahaja dari penulis.... moga mereka yang Buddha boleh beriman dengan Antim Buddha yang bernama Maitreya yang disebutkan Gautama Buddha walaupun individu tersebut bukan Nabi Muhammad s.a.w kerana ini adalah perintah Gautama Buddha. Carilah Antim Buddha kalian secepat mungkin. Segala silap dan salah harap dimaafkan, terima kasih.