Monday, February 14, 2011

Kisah Poligami 1


Assalamualaikum.... post kali ini penulis ingin berkongsi soal Poligami... mengapa Islam benarkan Poligami dan Siapakah yang dibolehkan berPoligami.... ye benar,tidak semua boleh poligami..ade yang di haruskan berpoligami dan ade yang wajib berpoligami dan yang paling penting DIHARAMKAN berPOLIGAMI!! yang terakhir inilah yang ramai tidak ambil peduli tetapi hanya mengikuti Nafsu semata-mata...

Sebenarnya penulis berasa kasihan kepada Isteri-isteri yang di madukan dan tidak mendapat hak mereka sebagai seorang isteri...hak yang penulis katakan adalah untuk semua isteri tidak kira nombo satu,dua,tiga mahupun yang menjadi isteri keempat....

untuk post kali ini penulis tidak ingin melampirkan dalil-dalil yang menyebabkan pembacaan post ini menjadi berat,tetapi penulis ingin para pembaca membaca dan berfikir sejenak secara rasional dan bandingkan serta bersyukur atas keizinan Allah s.w.t. dengan memberi izin untuk berPoligami.

Begini...yang pertama nya mari kita renung satu kisah yang agak menyedihkan hati.....ceritanya secara ringkas adalah seorang isteri(isteri kedua) yang berkahwin dengan suaminya atas dasar cinta sama cinta suka sama suka(kahwin lari)...seperti biasa lelaki tersebut berjanji untuk menceraikan isteri pertamanya atas sebab tertentu yang tidak kukuh...setelah berkahwin janji hanya tinggal janji...tapi,ini bukanlah soal utama yang penulis ingin ceritakan...alhamdulillah setelah berkahwin dikurniakan anak kepada pasangan tersebut...tentang kelahiran anak inilah yang penulis ingin kongsikan..

bayangkan seorang wanita yang sarat mengandung dan masih belajar tidak ditemani suami disebabkan suaminya kerja di negeri lain dan masih tinggal bersama isteri pertama dan anak-anak mereka....malahan suami ini juga diugut isteri pertamanya supaya tidak menghiraukan isteri keduanya itu setelah kantoilah kan kawen dua...wanita yang sarat mengandung sudah pasti ingin dibelai dijaga rapi oleh suami mereka...malah kasih sayang yang mereka harapkan sudah pasti lebih kerana mereka dalam keadaan yang susah sakit menderita dengan emosi yang tidak stabil dan berbagai perkara lain yang berlaku ketika mengandung sepanjang 9bulan....

sampai masa yang ditetapkan Allah wanita tersebut pun akan melahirkan anak kedua mereka...dalam keadaan sakit wanita tersebut cuba menelefon suaminya supaya datang untuk menemaninya...tapi malang sungguh alasan si suami itu adalah isteri pertama tidak benarkan dan mengugut mencederakan diri sendiri dan anak-anak mereka...si suami terpaksa akur dan membiarkan isteri keduanya melahirkan anak tanpa ditemaninya...

dengan bantuan jiran dan rakan-rakan wanita tersebut selamat melahirkan anak nya dalam keadaan sehat....pendekkan cerita si suami masih tidak timbul-timbul setakat yang penulis tahu 4hari(mungkin lebih pun) selepas kelahiran anaknya...yang azan dan iqamah kan ditelinga anaknya itu adalah jiran nya....

itulah akhir ceritanya...penulis ingin mengucapkan tahniah dan berdoa semoga sesiapa sahaja yang memberikan bantuan ketika itu di panjangkan umur berserta keberkatan, murah rezeki, dan Allah merahmati mereka semua...

cerita ini tidak ada kene mengena dengan diri penulis hanya di ceritakan sahaja kepada penulis....dan cerita ini juga mungkin tidak tepat sepertimana yang berlaku...andai kan sahaja lah cerita ini direka untuk diambil iktibar :)

kesimpulan dan tujuan utamanya adalah....
1) layakkah lelaki ini berPoligami?
2) dimanakah perginya rasa kasih sayang sesama insan di dalam diri isteri pertama tersebut?
3) dimanakah rasa hormat seorang anak sanggup kahwin lari tanpa restu ibu dan ayah?
4) siapakah yang diamanahkan menjadi pemimpin,lelaki atau wanita? maka kenapa suami tersebut berlaku dayus pengecut pijak semut tak mati terhadap isteri pertamanya?
5).......
6)..............

banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan daripada kisah ini....salah siapa?adakah disebabkan Islam membenarkan Poligami maka Islam lah yang bersalah? siapa yang pendek akal fikirannya sudah pasti mengambil jalan mudah dengan mengatakan sistem Poligami ini tidak bagus dan tidak boleh dipraktikkan lagi kerana akan berlaku kes-kes seperti ini yang menyebabkan kaum wanita diabaikan dan ditindas....

seperti diawal tadi penulis sudah katakan bahawa berPoligami ini terbahagi kepada 3 jenis hukum yakni Harus,Wajib dan HARAM....bila manakah ianya menjadi Harus, Wajib dan HARAM inilah yang ramai tidak faham dan tidak mahu mengakuinya tetapi hanya ikut nafsu semata-mata dan memberi alasan ianya Sunnah Nabi s.a.w.....seperti kisah tadi ini terbukti bahawa lelaki ini hukumnya HARAM berPoligami...mengapa?paling mudah kita dapat lihat lelaki ini kahwin lari bersama isteri keduanya itu...nampak benarlah lelaki ini seorang yang pengecut dan bacul !!! mudah kan ilmu matematiknya :)

jadi jelaslah Islam tidak menghalalkan lelaki jenis ini berPoligami...maka lelaki bagaimanakah yang diHaruskan berPoligami? lelaki yang dibenarkan berPoligami sudah pasti mereka yang sanggup menerima tanggungjawab dan mampu dari segi fizikal dan mental....bukan mereka yang bersifat pengecut dan bacul yek!!

mengapa Islam membenarkan Poligami? wah..inilah yang hebatnya Islam berbanding agama lain...Islam mengangkat tinggi martabat seorang wanita malah membebankan kepada lelaki untuk memikul tanggungjawab ini...lihat semula sejarah masyarakat Jahiliyah sebelum Nabi Muhammad s.a.w diutuskan..mereka membunuh anak wanita atas alasan membawa sial dan menjatuhkan maruah mereka....Islam datang mengangkat martabat wanita..mengapa penulis katakan seperti ini adalah kerana dahulunya lelaki boleh berPoligami tanpa had..setelah Islam datang dihadkan hanya kepada 4orang sahaja dalam satu masa....kemudiannya wanita dimuliakan dan dipermudahkan dalam pelbagai urusan ibadah dan kehidupan mereka di dunia ini berbanding lelaki yang perlu melaksanakan pelbagai tanggungjawab yang lebih banyak...(perkara ini insyaAllah penulis akan huraikan dalam post akan datang)...

berbalik semula kepada persoalan mengapa Islam membenarkan Poligami....lihatlah berapa ramai Janda?Ibu Tunggal?Anak Dara Tua?Sugar Daddy?Sugar Mummy?anak ikan la...anak ayam la...ntah berbagai istilah lagi lah yang penulis sendiri pening...huhuhu

adakah wanita-wanita ini perlu berkerja keras untuk menyara anak mereka tanpa suami?adakah ini fitrah untuk wanita?jika pembaca mengatakan tiada masalah,ramai yang berjaya walaupun tanpa suami dalam membesarkan anak-anak..kira lah pula yang tidak berjaya?yang tidak mampu?yang lemah?berapa ramai yang berjaya itulah jumlah mereka yang tidak berjaya juga sebenarnya malah adalah lebih....penulis katakan begini bukanlah hanya merujuk di negara kita sahaja tetapi di seluruh Dunia..kerana Islam adalah rahmat sekalian alam bukan Malaysia sahaja atau melayu sahaja...adakah mereka yang andartu ini suka keadaan diri mereka yang tidak dijaga oleh seorang lelaki yang bergelar suami?tanyalah pada mereka dari hati ke hati...sudah pasti mereka menginginkan seorang suami...Janda ke...Ibu tunggal ke...apa sahaja la kan yang mana namanya adalah Wanita mereka sudah pasti memerlukan Lelaki sebagai teman hidup...kerana ini adalah fitrah manusia yang NORMAL....begitu jugalah dengan lelaki yek,bukan pompuan je..faham-faham sendiri lah..jangan kata penulis ni tak adil pulak...

akhir sekali..jangan kita mengkritik sesuatu perkara itu tanpa kita berfikir secara mendalam dan mengkajinya secara ilmiah bukan emosi...kita fikir kita je tak nak dimadukan...kita fikir kita je nak seronok poligami...kita fikir kita je nak orang punya...kita fikir...kita fikir...fikir lah orang lain pulak ye...jangan kita fikir kita punye fikir je..orang lain pun berfikir gak.....nak selamat kahwin satu jangan kahwin lebih...siapa cakap?Allah firman dalam surah An-Nisaa` ayat 3.
nak kahwin lebih boleh tapi perlu mampu dari pelbagai segi...niat untuk membantu dan menjaga wanita bukan hanya untuk nafsu semata-mata...ingat mak,kakak,adik,makcik,sedara mara dan sebagainya...bagaimana kalau mereka tidak kahwin?bagaimana kalau mereka diPoligamikan tetapi tidak terbela?fikir...fikir...dan fikir...dalilnya?jika berkesempatan penulis akan bincangkan secara lebih mendalam soal poligami ini dengan dalil Quran dan Hadis insyaAllah..

Firman Allah: "Nikahilah wanita-wanita (lain) yang kalian senangi masing-masing dua, tiga, atau empat—kemudian jika kalian takut tidak akan dapat berlaku adil, kawinilah seorang saja—atau kawinilah budak-budak yang kalian miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat pada tindakan tidak berbuat aniaya." (an-Nisa’: 3).

Firman Allah: "Sekali-kali kalian tidak akan dapat berlaku adil di antara istri-istri kalian walaupun kalian sangat menginginkannya. Oleh karena itu, janganlah kalian terlalu cenderung (kepada salah seorang istri yang kalian cintai) hingga kalian membiarkan istri-istri kalian yang lain terkatung-katung." (an-Nisa’: 129).

sekian sahaja...

2 comments:

  1. Firman Allah: "Sekali-kali kalian tidak akan dapat berlaku adil di antara istri-istri kalian walaupun kalian sangat menginginkannya. Oleh karena itu, janganlah kalian terlalu cenderung (kepada salah seorang istri yang kalian cintai) hingga kalian membiarkan istri-istri kalian yang lain terkatung-katung." (an-Nisa’: 129).

    Ayat yg last tu la yg selalunya menakutkan istri pertama... Sebab ramai suami yg mcm tu dan ramai istri2 yg tak mau mengalah... Hehehe

    ReplyDelete
  2. "Sekali-kali kalian tidak akan dapat berlaku adil di antara istri-istri kalian walaupun kalian sangat menginginkannya."

    (ayat ini berkenaan hati dan perasaan...sama juga seperti anak...ade anak yang kita lebih sayang kebiasaannya anak yang bongsu...perasaan ini kita tidak mampu mengawalnya secara total/menyeluruh)

    "Oleh karena itu, janganlah kalian terlalu cenderung (kepada salah seorang istri yang kalian cintai) hingga kalian membiarkan istri-istri kalian yang lain terkatung-katung."

    (ayat ini Allah menyuruh supaya berlaku adil dari segi material,layanan dan giliran supaya isteri tidak menyedari(terasa hati) dan teraniaya disebabkan perbezaan perasaan kita yang kurang atau lebih pada mana-mana isteri...sila lihat sirah Nabi s.a.w berkenaan kehidupan Baginda s.a.w dalam memenangi hati setiap isterinya)

    benar...memang inilah masalah yang berlaku pada suami yang berPoligami yang tidak memahami cara Islam...isteri pun terlalu kedekut dan takut untuk berkongsi kebahagian yang sementara di dunia ini walaupun perkara tersebut telah pun berlaku...

    ReplyDelete