Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya


جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ،

Ertinya : "Datang kepadaku Jibrail lalu berkata : " Celaka ke atas seorang hamba yang sempat bertemu Ramadhan dan keluar darinya tetapui tidak mendpaat keampunan terhadap dosa-dosanya, lalu aku (Rasulullah s.a.w) berkata : Ameen. (tirmidzi, ibn hibban, Ahmad, Ibn Khuzaymah, Al-Hakim & disetujui oleh Az-Zahabi, Abu Yu'la, At-Tabrani dalam Al-Kabir & al-Awsat, At-Tayalisi, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Ibn Al-Ja'd ; Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad - no: 644)

Moga dengan berlalu nya bulan Ramadhan ini segala dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini diampunkan Allah s.w.t serta kita diberi Hidayah,Taufiq dan Rahmat Allah s.w.t dan kita mendapat kenikmatan yang abadi iaitu Syurga yang dijanjikan Allah. Berdoalah moga kita tidak tergolong dalam golongan yang celaka kerana tidak memperolehi keampunan daripada Allah setelah berlalunya bulan Ramadhan yang penuh Barakah ini.

Diharap juga amalan yang selalu kita lakukan di bulan Ramadhan ini janganlah ditinggalkan terus pada bulan yang mendatang nanti. Sebelum dan Selepas solat fardu kita laksanakanlah solat sunat Qabliyah dan Ba'diyah, selepas solat Isya` kita lakukanlah solat witir, seminggu sekali atau dua kali sekurang-kurangnya berQiamullail lah..lakukan solat taubat, tahajjud, hajat, tasbih, dan lain-lain. atau setidak-tidaknya berzikir sahaja sebentar di atas katil mengingati Allah dan beristighfarlah memohon keampunannya. masa yang diambil tidak lama, mungkin hanya 2 atau 3 minit sahaja. lakukanlah puasa sunat enam hari di bulan Ramadhan ini juga dan puasa sunat isnin dan khamis pada bulan-bulan berikutnya. Akhir sekali, saya menyeru diri saya sendiri terutamanya dan para pembaca sekalian..marilah kita cuba memperbaiki kehidupan kita yang sebentar ini supaya mendapat kenikmatan dan rahmat Allah di akhirat kelak. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin....
Sekian...wassalam.....

No comments:

Post a Comment