Sunday, June 14, 2015

Wajibkah Wanita yang Hamil atau Menyusukan Anak Berpuasa?



Wajibkah Wanita yang Hamil atau Menyusukan Anak Berpuasa?

Wanita yang hamil atau menyusukan anak adalah WAJIB sepertimana firman Allah swt yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa." (al-Baqarah:183)

Walaubagaimanapun, Islam merupakan cara hidup yang sesuai sepanjang zaman dalam apa jua keadaan. Setiap perkara itu ada penyelesaiannya. Islam adalah agama atau cara hidup yang Rahmah, Islam itu mudah. Allah swt dengan sifatNya yang Rahim dan Rahman memberi keringanan kepada mereka yang bermusafir, sakit dan yang tidak mampu (يُطِيقُونَهُ).

Disini berlaku perbezaan pendapat kerana ketiadaan dalil yang jelas untuk wanita yang mengandung dan menyusu. Secara asalnya, golongan ini WAJIB berpuasa sepertimana dalil yang disertakan tadi malah secara umumnya dan majoritinya berpuasa itu lebih baik sepertimana firman Allah: "وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ" yang bermaksud:"Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (Al-Baqarah 184)

Tetapi untuk mereka yang benar-benar mempunyai kesulitan dan masalah kesihatan atau kerisauan terhadap kandungannya mereka mempunyai rukhsoh atau keringanan untuk TIDAK BERPUASA. Maka disini berlaku khilaf kerana tidak ada dalil yang jelas untuk golongan ini samada mereka berada dibawah golongan/kategori yang sakit (مَرِيضًا) atau golongan yang tidak mampu  (يُطِيقُونَهُ). Perbezaan disini adakah mereka perlu MENGGANTI PUASA atau MEMBAYAR FIDYAH? "فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ " atau "فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ" .

Pertama sekali sudah pasti kita memahami apa itu sakit (مَرِيضًا) . Tetapi ramai yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan tidak mampu  (يُطِيقُونَهُ).  Asal perkataan Yuthiqunahu ini adalah Tawwaqa Yutawwiqu (طوّق – يطوّق) yang bermaksud yang mengelilingi yang yang mengikat yang membelenggu sepertinya kolar besi di leher. Bermaksud yang sangat menyulitkan, membahayakan, menyusahkan sangat hingga mendatangkan kemudharatan sekiranya mereka berpuasa. Secara umumnya golongan seperti ini sudah berputus asa(tidak mungkin boleh berpuasa) daripada berpuasa. Perkara ini tidak hanya terbatas untuk mereka yang sakit berpanjangan atau orang yang sudah terlalu tua, tetapi ia boleh sahaja digunakan dalam keadaan keadaan lain yang tidak terhad kepada perkara tersebut sahaja. Mungkin sahaja disebabkan pekerjaan mereka yang tidak mengizinkan mereka berpuasa kerana pekerjaan yang sangat berat atau boleh menyebabkan kemalangan sekiranya mereka keletihan amat sangat jika berpuasa. Ianya bergantung pada ketahanan diri seseorang itu sendiri, setiap keadaan tidak sama untuk setiap orang...tetapi jangan sengaja dipermudah mudahkan kerana malas atau berniat "MENIPU" Tuhan. Dan sekali lagi diingatkan bahawa jika mampu BERPUASA ADALAH LEBIH BAIK.
(تطويق-untuk mengelilingi).

Sepertimana untuk mereka yang Safar/Musafir di zaman Nabi saw sendiri ada yang berbuka dan ada yang berpuasa dan yang berpuasa tidak merendahkan atau menyalahkan mereka yang berbuka begitu juga sebaliknya.

“Kami bepergian bersama Nabi saw, maka diantara kami ada yang berpuasa dan ada yang tidak berpuasa. Orang yang berpuasa tidak mencela orang yang berbuka (tidak puasa), dan orang yang berbuka juga tidak mencela orang yang berpuasa.” (HR Imam Muslim no. 1116-1118 dan HR Imam Al-Bukhari dari hadits Anas, no. 1947)

“Suatu saat Rasulullah saw dalam suatu safar. Lalu beliau melihat kerumunan dan seseorang yang sedang dipayungi. Beliau bertanya: “Ada apa?” Mereka menjawab: “Orang ini sedang berpuasa.” Maka beliau bersabda: “Bukan merupakan suatu kebaikan berpuasa dalam safar.” (HR Bukhari, no. 1946 dan Muslim, no. 1115) Lihat dan fahami hadith ini dari konteks nya. Untuk mereka yang mampu maka berpuasa adalah lebih baik sepertimana dalil dari surah Al-Baqarah yang dinyatakan sebelum ini.

Kembali semula kepada tajuk yang asal, adakah Wanita Mengandung atau Menyusukan Anak Wajib berpuasa? Jawapannya YA WAJIB.

Bagi mereka yang didapati oleh "mereka yang ahli" yakni Doktor atau mempunyai pengalaman sendiri atau perasaan kerisauan yang amat sangat akan mempunyai masalah untuk berpuasa kerana boleh menjejaskan diri sendiri mahupun anak dalam kandungan atau yang sedang disusukan itu maka dibenarkan untuk mereka berbuka.

Maka apakah mereka perlu MEMBAYAR FIDYAH atau GANTI PUASA? Untuk mengklasifikasikan perlu dilihat adakah mereka termasuk didalam golongan yang tidak mampu atau sakit? Disini berlaku khilaf atau perbezaan pandangan dan ini merupakan Khilaf yang besar kerana tiada dalil yang jelas dan tegas dalam hal ini.

Pendapat pertama:
Jumhur(majoriti) Ulama meng"qias"kan keadaan wanita yang mengandung atau menyusu ini seperti orang yang sakit. Ini kerana mempunyai 'illah yang sama dengan orang yang sakit kerana keadaan keuzuran mengandung dan menyusu itu akan hilang pada kemudian hari nya atau tempoh kesakitan itu.

Pendapat kedua:
Athar sahabat yakni pendapat atau ijtihad Ibnu Abbas ra dan Ibnu Umar ra.

"Jika seorang wanita hamil mengkawatirkan dirinya dan wanita menyusui mengkawatirkan anaknya di bulan Ramadhan (jika mereka berdua berpuasa) maka mereka berdua berbuka dan membayar fidyah untuk setiap hari dengan memberi makan kepada seorang miskin, dan keduanya tidak mengqodho." (Diriwayatkan oleh At-Thobari no 2758. Syaikh Al-Albani berkata, "Isnadnya shahih sesuai dengan persyaratan Imam Muslim lihat al-Irwaa 4/19)  

"Kedudukanmu seperti orang yang tidak mampu untuk berpuasa, maka hendaknya engkau memberi makan seorang miskin untuk ganti setiap hari berbuka, dan tidak ada qodho bagimu." (Diriwayatkan oleh Al-Bazzaar dalam musnadnya 11/227 no 4996 dan Ad-Daruqthni dalam sunannya 3/196 no 2382 dan Ad-Daruquthni berkata, "Ini adalah isnad yang shahih")

Ada seorang wanita hamil bertanya kepada Ibnu Umar, maka Ibnu Umar berkata, "Berbukalah dan berilah makan kepada seorang miskin untuk mengganti setiap harinya, dan janganlah mengqodhlo" (HR Ad-Daruquthni dalam sunannya 2/196 no 2388. Abdurrozzaq dalam mushonnafnya 4/217 no 7558, 7559, dan 7561 juga meriwayatkan atsar dari Ibnu Umar dengan makna yang sama dengan riwayat diatas)

Ibnu Qudamah berkata, "Tidak ada dari para sahabat yang menyelisihi mereka berdua (Ibnu Abbas dan Ibnu Umar)" (Al-Mughni 4/394)

Syaikh Al-'Utsaimin berkata, "Dan perkataan (pendapat) seorang sahabat adalah hujjah selama tidak menyelisihi nash" (As-Syarhul Mumti' 6/446)

Disini bagi pandangan penulis pendapat kedua adalah lebih rajih kerana ianya daripada sahabat dengan sanad yang shahih. Mungkin sahaja perkara seperti ini pernah berlaku di zaman Nabi saw dan diketahui oleh sahabat tetapi tidak sampai hadith tersebut kepada kita. Ini hanya andaian dan andaian tidak boleh dibawa berhujah maka cukup lah kita katakan ianya Ijtihad Sahabat dan tidak ada sahabat lain yang menyelisihi pendapat mereka. Dan dari sudut yang lain pendapat kedua ini lebih tepat sekiranya berlaku beberapa situasi lain seperti:

1) seorang wanita mengandung itu disahkan doktor untuk tidak berpuasa kerana boleh memudharatkan dirinya atau janin nya maka adalah amat sulit dan susah untuk seseorang itu mengganti semula puasa nya selama 30 hari malah mungkin juga ketika menyusukan anak menyebabkan beliau lemah atau kurang susu untuk anaknya maka pasti beliau tidak juga berpuasa untuk 2tahun yang akan datang kerana menyusu. Maka adalah sangat berat untuk wanita ini menggantikan puasanya selama 90hari yang ditinggalkan. Dan sekiranya beliau mengandung lagi dan menyusukan lagi mungkin sahaja menjadikan hari yang ditinggalkan itu beratus hari. Maka ini sangat menyulitkan menyusahkan sepertimana yang disebut sebagaimana tidak mampu (يُطِيقُونَهُ).

2) Pekerja binaan, pertanian, pelantar minyak dan yang seangkatan dengannya yang sangat memerlukan tenaga dan tumpuan. Dan mereka juga tiada pekerjaan lain. Mungkin sahaja mereka tidak mampu untuk berpuasa maka adalah lebih baik mereka berbuka daripada mereka "mencampakkan diri mereka kearah kebinasaan". Mungkin sahaja mereka terhalang untuk berpuasa secara berterusan selama sebulan ramadhan tersebut. Walaubagaimanapun perlu diingatkan sekali lagi BERPUASA ADALAH LEBIH BAIK. Setiap individu mempunyai daya tahan yang berbeza.

Mengapa berlaku khilaf/perbezaan pandangan? kerana Athar ini adalah Ijtihad sahabat, atau qaulusshohabiy yakni perkataan sahabat. Ianya tidak marfu' pada Nabi saw. Jika ianya marfu'/bersambung pada Nabi saw maka ianya adalah hadith dan pasti tidak akan adanya perbezaan pandangan dalam hal ini. Mungkin juga athar ini tidak diketahui oleh mereka yang berijtihad seperti pendapat yang pertama tadi. Malah tidak ada salahnya berbeza pendapat dengan ijtihad sahabat dalam beberapa pandangan dalam hal ini.

Pendapat sendiri:
Penulis sendiri berpendapat sepertimana pendapat kedua yakni Athar Sahabat Ibnu Abbas dan Ibnu Umar untuk perempuan mengandung. Walaubagaimanapun penulis merasakan seseorang itu perlu melihat sendiri terhadap sebab kenapa mereka tidak berpuasa apakah kerana safar, sakit atau tidak mampu. Sepertinya driver lori yang dalam keadaan safar ditugaskan sebulan penuh ketika bulan ramadhan, apakah beliau tidak berpuasa kerana tidak mampu atau safar. Begitu juga wanita yang mengandung yang telah cuba berpuasa dan berjaya pada sebahagian hari dan gagal pada sebahagian hari, apakah kerana beliau sakit atau tidak mampu. Tetapi dalam hal ini orang yang safar tidak terikat dengan mampu atau tidak mampu untuk berpuasa kerana telah jelas didalam ayat tersebut orang yang sakit dan safar boleh berbuka tanpa ada sebab lain. Berbeza dengan wanita yang mengandung atau menyusukan anak, mereka tidak boleh berbuka atas alasan ini sahaja tetapi perlu kepada sebab ketidakmampuan atas faktor luar yang menyumbang seperti kesihatan janin atau bayi yang disusukan atau kerana diri sendiri tidak mampu atau sakit ketika berpuasa. Maka disini penulis merasakan sekiranya bilangan hari yang tidak berpuasa itu terlalu banyak dan menyulitkan maka ia tergolong dalam golongan yang tidak mampu tadi, tetapi sekiranya hanya sekadar dua tiga hari atau sepuluh hari (atau tidak lebih 15hari sepertimana wanita haid) yang tidak berpuasa disebabkan sakit yang mendatang dan pergi itu maka ianya tergolong dalam golongan yang sakit. "illah yang sama yakni sakit dan yang kedua juga "illah nye same yakni tidak mampu bukan menjerus kepada sakit atau safar semata mata. Walaubagaimanapun hujah ini tiada dalil yang kuat melainkan logik akal, andaian yang menyamakan beberapa keadaan. Masih dalam perbincangan berkenaan pendapat sendiri ini.

Maka sekiranya wanita mengandung atau menyusu hanya perlu membayar fidyah walaupun hanya sehari atau dua hari berdasarkan athar sahabat tadi ianya lebih shahih dan rajih.

Fidyah pula perlu diberi makan kepada orang miskin  طَعَامُ مِسْكِينٍ. Makanan yang lengkap kepada orang miskin yakni yang tidak berkemampuan. Sekadar contoh, makanan yang lengkap ini secara ruji nye di Malaysia untuk Tengah hari atau malam adalah Nasi, lauk Ayam atau Ikan, Sayur dan Air. kalau makan pagi, Nasi lemak dan air atau mungkin juga roti canai dan air. Mengikut kefahaman penulis boleh dipilih untuk memberi makan pagi, tengah hari atau malam. Yang penting makanan yang diberikan itu makanan yang ruji atau biasa untuk diri kita sendiri. Tidak lah dibahagikan dengan zakat fitrah yang akhirnye hanya bernilai rm1.80 kerana memberi makan tidak boleh disamakan dengan membayar wang. Ianya perlulah diberi makan kepada orang miskin sepertimana kita sendiri makan dengan makanan yang lengkap. Untuk selamat diberi makan bukan dibayar dengan wang sepertimana Al-Quran nyatakan. jumpe orang miskin bagi rm3 soh die beli sendiri tak sama dengan kite gi kedai beli atau menyerahkan pada ngo yang memberi MAKAN pada orang miskin. Ianya berbeza. Maka perlu ditunaikan dalam bentuk makanan. Ini juga sepertimana yang dilakukan sahabat Nabi saw Anas Bin Malik ra yang memberi makan kepada 30 orang miskin yang mana ketika usia tuanya beliau tidak mampu lagi berpuasa.



link dibawah ini sekadar perkongsian, segala yang ditulis adalah kesimpulan daripada pembacaan dan perbincangan penulis sendiri. Moga Allah Jalla wa 'Ala mengampunkan kesalahan yang berlaku dan menambahkan ilmu dan amal dengan rahmatNya.



يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ {183} أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةُ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرُُ لَّهُ وَأَن تَصُومُوا خَيْرُُ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ {184} 

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu), memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (Al-Baqarah: 183-184). 



http://firanda.com/index.php/konsultasi/fiqh/49-kewajiban-fidyah-bagi-wanita-hamil-dan-wanita-menyusui

https://tafsirsunnah.wordpress.com/2013/04/01/tafsir-surah-baqarah-ayat-177-184/

http://cintasunnah.com/2013/03/06/memahami-nasikh-dan-mansukh/

http://almanhaj.or.id/content/1138/slash/0/f-i-d-y-a-h/

http://muslimah.or.id/fikih/qadha-fidyah-bagi-wanita-hamil-dan-menyusui-1.html

http://www.merdeka.com/ramadan/hukum-puasa-bagi-wanita-hamil.html

http://www.darul-ilmi.com/2013/07/puasanya-musafir-orang-orang-yang-sedang-bepergian/

http://almanhaj.or.id/content/3146/slash/0/fidyah-di-dalam-puasa/

https://www.youtube.com/watch?v=MhmsKX7ghlU

https://www.youtube.com/watch?v=yAE48P7ZK_o

No comments:

Post a Comment