Thursday, June 2, 2011

Islamic atau Convensional?



Salam...
post kali ini hanya ingin menjelaskan sedikit sahaja secara surf face mengenai perbezaan Islamic Banking and Convensional Bank....

ramai yang masih tidak faham dengan mengatakan Islamic Banking juga mengenakan RIBA' seperti Convensional Bank....ini adalah perkara yang sangat salah!!

perlu kita faham perbezaan kedua-dua jenis perbankan ini...

contoh untuk Convensional Bank:
kita nak beli kereta RM40k...kita gi kat bank bitau nak beli kereta..so bank pun akan luluskan pinjaman untuk kita beli kereta rm40k + KPA + BLR(tahun lepas 5.5% tahun naik 6.6%) di sini adanya unsur gharar dan riba'...kita tidak tahu brape jumlah akhir yang perlu dibayar pada bank kerana perubahan yang berlaku pada BLR...

contoh untuk Islamic Bank:
kita nak beli kereta rm40k...kita gi kat bank bitau nak beli kereta...so bank akan membeli kereta tersebut dari proton edar misalnya...harga rm40k lah...kemudian bank akan menjual semula kereta tersebut kepada kita dengan harga rm55k.....disini berlakunya jual beli bukannya riba'...rm15k itu adalah keuntungan bank atas urusan jual beli yang berlaku....dan yang paling utama adalah GRAND TOTAL FIXED rm55k tidak boleh lebeh walaupun satu sen...jika lebeh sudah dikira sebagai riba' dan wujud unsur gharar...

kes-kes yang menyebabkan salah faham berlaku:

1)Islamic Bank juga menggunakan perkiraan dengan kadar peratusan(%)...ianya seolah-olah sama dengan convensional bank...

2)Isamic Bank mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan perubahan BLR yang tidak menentu disebabkan satu dunia menggunakan sistem kapitalis..maka Bank Islamic meletakkan harga yang terlampau tinggi supaya sekiranya BLR melambung tinggi Bank tidak mengalami kerugian...contohnya,bank menjual kereta berharga rm40k menjadi sehingga rm65k...disini bank menggunakan sistem hibah dengan cara pembayaran bulanan andaikata rm490 sebulan selama 9tahun..jumlah adalah rm52920...bukan rm65k...disini nilai selebihnya dikira sebagai hibah/hadiah...(hibah tidak boleh ada di dalam awal perjanjian jual beli,kes seperti ini selalunya untuk personal loan-disini juga ada sedikit masalah mengenai pandangan Ulama berkenaan Bai' Al-Inah)

3)sekiranya lambat bayar denda akan dikenakan oleh Bank Islamic...ianya bukan riba'...denda ini disebut ta'widh..ianya berbeza dengan konvensional bank kerana ta'widh ini tidak boleh dimasukkan sebagai keuntungan atau profit bank..ini berbeza dengan konvensional yang mengenakan denda atau interest dan dikira sebagai profit bank,ini adalah riba'...islamic banking akan menyalurkan ta'widh tersebut pada badan kebajikan tidak boleh dimasukkan walau satu sen sebagai profit bank...disini kita dapat lihat Islam mengambil berat tentang kebajikan awam...

4)bank islamic lebih mahal berbanding konvensional....rugi sedikit di dunia lebih baik dari rugi di akhirat kelak...(kalau terpaksa tak leh nak buat apa-apa lah..kira darurat lah tuh)

kesimpulan paling penting:
Islamic Banking TIDAK MENGAMALKAN RIBA'....mahal murah lain cerita..nak dosa atau pahala??hehe :)
tapi sekarang ni dah ok dah Islamic Banking....lebih kurang sama je..malah lagi elok pun.. ;)


untuk lebeh memahami mengenai Islamic Banking bolehlah layari website Ustaz Zaharuddin http://www.zaharuddin.net/....apa yang penulis nyatakan di dalam post ini sekadar ringkasan kefahaman penulis sendiri sewaktu belajar Islamic Banking bersama Sheikh/Ustaz Hamdan selaku lecturer UIA...,ianya hanya teori secara usul..mungkin ade fatwa atau pandangan lain yang digunakan di Malaysia..secara umumnya inilah perbezaan antara kedua-dua jenis perbankan ini....
perlu memahami apa itu Riba'...fiat money...gold reserve...dinar dan dirham emas...Bai' Inah,Salam,Mudharabah,Bitamin Ajil dan lain-lainnya berserta dalil dari Quran dan Sunnah...insyaAllah faham :)

kalau ada yang salah atau tak tepat harap ditegur,on da spot nya post..benda lama tak ngulang...ilmu tak banyak dalam kepala...sory yek :)

sekian...

1 comment:

  1. terima kasih yang tak terhingga atas perkongsian

    terlerai sudah ke confusan saya

    follow sini

    ReplyDelete