Thursday, May 5, 2011

Tuhan untuk Semua




Alhamdulillah...Allah masih memberi kesempatan kepada penulis untuk bertaubat dan beribadah kepadaNya...Post kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca tentang kehadiran sebuah buku baru di pasaran yang bertajuk "Tuhan Untuk Semua"...

Buku ini di tulis oleh sahabat penulis yang tidak pernah ketemu melainkan dengan sms dan facebook sahaja :) beliau adalah Faisal Abdur Rahman, merupakan pelajar Ph.D jurusan bioteknologi di Falkulti Sains Teknologi UKM. Beliau berasal dari Acheh, dilahirkan pada 2 July 1978...bergiat aktif dalam bidang dakwah seperi IIS (Islamic Information and Services)...

buku ini merupakan bahan bacaan yang ringan...mudah di fahami...sesuai untuk semua semua golongan tidak kira umur...memberi penjelasan yang terang mengenai Islam, serta memperbetulkan beberapa persepsi yang salah di dalam minda masyarakat terhadap Islam....

kandungan buku ini yang menarik perhatian penulis adalah mengenai kandungan:
1) mengapa Allah mencipta Neraka dan Mengapa orang bukan Islam masuk Neraka....
2)Hudud dan penjelasannya...
3)adakah jihad menurut Islam adalah Holywar?
4)Mengapa Bible tidak di iktiraf oleh Islam?
5)Adakah umat Islam menyembah kaabah?
6)Wanita dalam Islam

tajuk-tajuk diatas ini sangat penting untuk memperbetulkan fahaman tentang Islam terutamanya adalah untuk umat Islam sendiri memahami Islam kerana umat Islam sendiri sudah semakin jauh dengan ajaran Islam menyebabkan mereka sendiri kadangkala tidak memahami malah meremehkan perkara-perkara seperti ini...daripada buku ini dapat membuktikan dengan dalil naqli dan aqli...ayat yang digunakan ringkas tetapi padat cukup untuk menerangkan isi yang hendak disampaikan...

penerangan yang diberikan berdasarkan dalil berserta analogi yang memberi ruang kepada kita untuk berfikir secara logik dan rasional.... sebagai contoh: "Jimmy dan Ahmad berkerja di kedai alat tulis yang dimiliki oleh anda. kemudian anda terangkan tugasan yang perlu dilakukan dan setiap petang perlu memasukkan hasil jualan ke dalam akaun syarikat. Jimmy merupakan pekerja yang rajin dan tidak pernah lambat. Ahmad pula selalu datang lewat dan agak pemalas berbanding Jimmy. Setiap petang Ahmad akan memasukkan hasil jualan ke dalam akaun syarikat tetapi Jimmy pula menggelapkan wang syarikat tersebut. Selepas sebulan bekerja anda akan membayar gaji pekerja, disebabkan Ahmad selalu lambat dan agak malas anda memotong gaji Ahmad, manakala anda tidak akan membayar gaji kepada Jimmy kerana telah menggelapkan wang syarikat malah anda melaporkan perkara itu kepada pihak polis kerana penyelewengan dan penipuan. Walaupun Jimmy lebih rajin dan datang awal mengapa anda membuat laporan polis? Jawapannya adalah disebabkan Jimmy tidak mengikut perintah/arahan anda."

di sini dapat kita fahami mengapa Allah memasukkan mereka yang kufur kepadaNya ke dalam neraka. diantara tajuk yang menarik juga di dalam buku ini adalah berkenaan hudud....ciri-ciri saksi zina di dalam Islam...siapakah mereka yang boleh dikenakan hukuman potong tangan jika mencuri....apakah jihad itu berperang membunuh orang atau jihad itu sebenarnya dalah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah....wanita disanjung tinggi di dalam Islam...mengapa perlu wanita memakai tudung? mengapa dibenarkan poligami untuk lelaki....dan benarkah wanita yang dirogol perlu membawa 4 orang saksi seperti zina?.....

semua perkara ini diterangkan didalam buku setebal 107 muka surat sahaja..dengan harga hanya RM11 sahaja edaran PTS, sangat murah jika dibanding ilmu yang terkandung didalamnya...kesimpulannya adalah, saya mengesyorkan kepada para pembaca sekalian membeli dan membaca buku ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita serta boleh di hadiahkan kepada mereka yang bukan Islam untuk menyampaikan Islam dengan cara yang mudah....buku ini merupakan bahan bacaan yang ringan(ayat yang mudah) tetapi padat. Moga Allah memberkati usaha penulis buku ini Faisal Abdur Rahman...ameen

No comments:

Post a Comment