Wednesday, April 7, 2010

Cinta Dan Perpisahan


Setiap daripada kita pasti ingin merasai dicintai dan mencintai. Dan dicintai itu pasti terkena pada semua orang cuma individu itu sedar ataupun tidak. Kerana Nabi s.a.w mencintai umatnya seluruhannya. Sesiapa yang bercinta pasti akan ada saat perpisahannya kecuali cinta kepada Allah.


Ramai dikalangan kita sudah mempunyai pasangan yang mereka cintai. Tapi ingat jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Tujuan penulis mengatakan sedemikian bukanlah untuk pasangan yang belum berkahwin tetapi kepada suami isteri, anak-anak kepada ibu bapa mereka, atau bakal isteri mereka, inilah maksud penulis.


Kesempatan ini juga penulis ingin meluahkan rasa dan pandangan… Bagi penulis ramai remaja dikalangan kita yang mungkin ingin berkahwin tetapi dihalang dan disekat kerana beberapa faktor yang sebenarnya kecil tetapi dianggap besar dan jadikan ia besar, terutamanya faktor wang. Faktor-faktor lain pula seperti masih belajar, belum bekerja, tiada pendapatan, tidak mampu dan sebagainya. Sebenarnya faktor-faktor ini semua adalah kecil jika dibandingkan dengan maksiat yang mungkin berlaku seterusnya tersiar di dada akhbar kes-kes buang bayi, seks luar nikah atau zina, pergaulan bebas, parti-parti liar dan sebagainya. Tidak percayakah kita bahawa Allah yang memberi rezeki? Tidak percayakah kita bahawa Allah pasti membantu hamba-hambaNya? Sebenarnya Nikah yang Islam bawa sangat mudah, tidak memerlukan 3ribu, 5ribu, 10ribu mahupun beribu-ribu lemon. Islam yang mudah dipersusahkan dengan adat dan pemikiran manusia itu sendiri. Benda yang perlu diberatkan diringankan dan benda yang perlu diringankan diberatkan pula. Hishhhh, pening dan sakit hati jika difikirkan. Zaman sekarang ni Jenayah arak hukumannya hanya basuh tandas. Sedangkan arak itu raja kejahatan yang mungkin boleh menyebabkan kes rogol, zina, kemalangan jalan raya, bunuh dan sebagainya. Sudahlah…. Mari sambung tentang CINTA.


Apa sebenarnya cinta? Adakah cinta dengan cara kita melaksanakan segala yang disuruh kekasih kita itu? Atau melakukan segala yang disukainya? Ataukah dengan memberi segala yang dimintanya? Bermacam-macam pendapat tentang cinta, ada yang kita cinta itu begini….. ada pula yang mengatakan cinta itu begitu…. Asalkan jangan gitu-gitu(Suka-suka bukan nak kahwin pun, saja seronok) sahaja sudahlah. Harapnya cinta ini dapat membawa hingga ke syurga. Firman Allah: ”Sahabat-sahabat karib pada hari itu,sebahagiannya akan menjadi musuh sebahagian yang lain,kecuali mereka yang persahabatannya berdasarkan takwa.”(Zukhruf:67)


Cinta sangat besar ertinya didalam Islam, kerana cinta merupakan fitrah manusia itu sendiri. Tetapi dapatkah kita meletakkan cinta itu pada tempat yang betul? Yang manakah yang patut kita lebihkan dalam percintaan? Firman Allah: ”Diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah,mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.”


Cinta…. Cinta….. Cinta…… kerana cinta bunuh diri…. kerana cinta maruah tergadai….. kerana cinta bayi dibuang….. kerana cinta segala-galanya boleh jadi. Ada cinta yang akan membawa kebaikan, ada juga cinta yang membawa keburukan. Cinta yang membawa keburukan inilah yang sangat ditakuti.


Sabda Nabi s.a.w.:”Jauhilah oleh kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan/lelaki.Demi Allah,tiada bersunyi antara seorang lelaki dengan seorang perempuan,melainkan masuklah syaitan antaranya.”


Sabda Nabi s.a.w.:”Dicucuk kepala kamu dengan jarum daripada besi adalah lebih baik daripada menyentuh kulit perempuan/lelaki yang tidak halal bagimu.”


Sabda Rasulullah kepada sekelompok kaum muslimin yang baru pulang dari medan perang:”Selamat datang!kamu sekalian pulang dari jihad yang kecil,menuju jihad yang lebih besar yakni Jihad melawan hawa nafsu.”


Cinta itu resah,

Membuat hati berpusing dari langit ke bumi;

Bagaimana hendaknya aku jelaskan,

Apa rasanya cinta?


”Sejak kamu berpisah daripadaku,

Bagai lilin aku cair dalam api cinta,

Terpisah dari kemuliaan jiwamu,

Aku kehancuran,

jiwaku kekosongan.”


Dengan cinta juga kehidupan seseorang itu bahagia, dengan cinta juga manusia mendapat zuriat, dengan cinta juga manusia mengecapi kebahagian yang abadi dengan mencintai Allah s.w.t. Jangan kita jadikan manusia keseluruhannya sebagai tandingan bagi Allah kerana Allah sahajalah yang paling berhak kita cinta.


Firman Allah: ”Diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah,mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.”


Sabda Rasulullah:”Sesungguhnya Allah mempunyai rasa cemburu.Dan sesungguhnya seorang mukmin mempunyai rasa cemburu.Dan rasa cemburu Allah ialah supaya seorang hamba tidak melakukan perbuatan haram.”


Hal yang paling baik untuk manusia adalah Agama,harta,rasa malu,akhlak yang baik dan kedermawanan.Jika hal tersebut terhimpun dalam diri seseorang,maka ia adalah seorang yang berhati suci,bertakwa,kekasih Allah dan terjauhkan dari syaitan.~Lukman memberitahu kepada puteranya~


Cinta tidak akan kekal tidak kira sama ada cinta yang hadir antara suami dengan isteri,ibu bapa dengan anak-anak, antara rakan-rakan, dengan atuk dan nenek, dengan tunang, atau sesiapa sahaja, kecuali cinta kepada Allah s.w.t. Tidak kira tahap kecintaan kita kepada mereka menggunung tinggi sekalipun pasti suatu hari nanti kita akan berpisah. Bayangkan keadaan ketika berpisahnya Nabi s.a.w dengan para sahabatnya sehingga Abu Bakar r.a meleraikan pertelingkahan yang berlaku. Dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri gagah dihadapan para muslimin lalu mengeluarkan kata-katanya yang tegas :

أيها الناس ! من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات , ومن كان يعبد الله فإن الله حي لا يموت

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati

Selepas itu beliau membaca ayat 144 surah ali Imran :

وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل , أفإن مات أو قتل انقلبتم على أعقبكم , ومن ينقلب على عقبيه فلن يضر الله شيئا , وسيجزي الله الشكرين .

Maksudnya : “ Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur.”

Akhir sekali, penulis berpesan kepada diri penulis sendiri dan kepada semua pembaca supaya meletakkan cinta pada tempat yang sepatutnya. Pilih priority yang betul dalam bercinta dan cuba tidak melakukan maksiat. Kerana cinta yang tidak menepati syarak tidak akan membawa apa-apa kebaikan. Umur kita ni tidaklah panjang pun hanya sekitar 60tahun dan 70tahun sahaja, lepas itu MATI jugak. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat. Sekian sahaja dari saya, Moga Allah memberi jalan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Wassalam…

2 comments:

  1. salam.

    lebih baik jgn bercinta sekarang.tak semuanya manis.jangan sebab orang lain bercinta,kita pun nak bercinta jugak

    ReplyDelete
  2. Salam... Yep,seeloknya kalau boleh dielakkan adalah lebih baik..terutamanya kalau belum mampu... tapi kadang-kadang cinta ini hadir tanpa diminta... cinta merupakan fitrah,tanpa cinta tiada manusia :)
    Cintailah Allah dan Rasul, Ibu dan Bapa... Inilah Cinta yang agung... Cinta yang abadi...
    Bercintalah dengan perkara yang baik,semoga Allah permudahkan segala urusan hambaNya...

    ReplyDelete