Monday, February 14, 2011

Kisah Poligami 1


Assalamualaikum.... post kali ini penulis ingin berkongsi soal Poligami... mengapa Islam benarkan Poligami dan Siapakah yang dibolehkan berPoligami.... ye benar,tidak semua boleh poligami..ade yang di haruskan berpoligami dan ade yang wajib berpoligami dan yang paling penting DIHARAMKAN berPOLIGAMI!! yang terakhir inilah yang ramai tidak ambil peduli tetapi hanya mengikuti Nafsu semata-mata...

Sebenarnya penulis berasa kasihan kepada Isteri-isteri yang di madukan dan tidak mendapat hak mereka sebagai seorang isteri...hak yang penulis katakan adalah untuk semua isteri tidak kira nombo satu,dua,tiga mahupun yang menjadi isteri keempat....

untuk post kali ini penulis tidak ingin melampirkan dalil-dalil yang menyebabkan pembacaan post ini menjadi berat,tetapi penulis ingin para pembaca membaca dan berfikir sejenak secara rasional dan bandingkan serta bersyukur atas keizinan Allah s.w.t. dengan memberi izin untuk berPoligami.

Begini...yang pertama nya mari kita renung satu kisah yang agak menyedihkan hati.....ceritanya secara ringkas adalah seorang isteri(isteri kedua) yang berkahwin dengan suaminya atas dasar cinta sama cinta suka sama suka(kahwin lari)...seperti biasa lelaki tersebut berjanji untuk menceraikan isteri pertamanya atas sebab tertentu yang tidak kukuh...setelah berkahwin janji hanya tinggal janji...tapi,ini bukanlah soal utama yang penulis ingin ceritakan...alhamdulillah setelah berkahwin dikurniakan anak kepada pasangan tersebut...tentang kelahiran anak inilah yang penulis ingin kongsikan..

bayangkan seorang wanita yang sarat mengandung dan masih belajar tidak ditemani suami disebabkan suaminya kerja di negeri lain dan masih tinggal bersama isteri pertama dan anak-anak mereka....malahan suami ini juga diugut isteri pertamanya supaya tidak menghiraukan isteri keduanya itu setelah kantoilah kan kawen dua...wanita yang sarat mengandung sudah pasti ingin dibelai dijaga rapi oleh suami mereka...malah kasih sayang yang mereka harapkan sudah pasti lebih kerana mereka dalam keadaan yang susah sakit menderita dengan emosi yang tidak stabil dan berbagai perkara lain yang berlaku ketika mengandung sepanjang 9bulan....

sampai masa yang ditetapkan Allah wanita tersebut pun akan melahirkan anak kedua mereka...dalam keadaan sakit wanita tersebut cuba menelefon suaminya supaya datang untuk menemaninya...tapi malang sungguh alasan si suami itu adalah isteri pertama tidak benarkan dan mengugut mencederakan diri sendiri dan anak-anak mereka...si suami terpaksa akur dan membiarkan isteri keduanya melahirkan anak tanpa ditemaninya...

dengan bantuan jiran dan rakan-rakan wanita tersebut selamat melahirkan anak nya dalam keadaan sehat....pendekkan cerita si suami masih tidak timbul-timbul setakat yang penulis tahu 4hari(mungkin lebih pun) selepas kelahiran anaknya...yang azan dan iqamah kan ditelinga anaknya itu adalah jiran nya....

itulah akhir ceritanya...penulis ingin mengucapkan tahniah dan berdoa semoga sesiapa sahaja yang memberikan bantuan ketika itu di panjangkan umur berserta keberkatan, murah rezeki, dan Allah merahmati mereka semua...

cerita ini tidak ada kene mengena dengan diri penulis hanya di ceritakan sahaja kepada penulis....dan cerita ini juga mungkin tidak tepat sepertimana yang berlaku...andai kan sahaja lah cerita ini direka untuk diambil iktibar :)

kesimpulan dan tujuan utamanya adalah....
1) layakkah lelaki ini berPoligami?
2) dimanakah perginya rasa kasih sayang sesama insan di dalam diri isteri pertama tersebut?
3) dimanakah rasa hormat seorang anak sanggup kahwin lari tanpa restu ibu dan ayah?
4) siapakah yang diamanahkan menjadi pemimpin,lelaki atau wanita? maka kenapa suami tersebut berlaku dayus pengecut pijak semut tak mati terhadap isteri pertamanya?
5).......
6)..............

banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan daripada kisah ini....salah siapa?adakah disebabkan Islam membenarkan Poligami maka Islam lah yang bersalah? siapa yang pendek akal fikirannya sudah pasti mengambil jalan mudah dengan mengatakan sistem Poligami ini tidak bagus dan tidak boleh dipraktikkan lagi kerana akan berlaku kes-kes seperti ini yang menyebabkan kaum wanita diabaikan dan ditindas....

seperti diawal tadi penulis sudah katakan bahawa berPoligami ini terbahagi kepada 3 jenis hukum yakni Harus,Wajib dan HARAM....bila manakah ianya menjadi Harus, Wajib dan HARAM inilah yang ramai tidak faham dan tidak mahu mengakuinya tetapi hanya ikut nafsu semata-mata dan memberi alasan ianya Sunnah Nabi s.a.w.....seperti kisah tadi ini terbukti bahawa lelaki ini hukumnya HARAM berPoligami...mengapa?paling mudah kita dapat lihat lelaki ini kahwin lari bersama isteri keduanya itu...nampak benarlah lelaki ini seorang yang pengecut dan bacul !!! mudah kan ilmu matematiknya :)

jadi jelaslah Islam tidak menghalalkan lelaki jenis ini berPoligami...maka lelaki bagaimanakah yang diHaruskan berPoligami? lelaki yang dibenarkan berPoligami sudah pasti mereka yang sanggup menerima tanggungjawab dan mampu dari segi fizikal dan mental....bukan mereka yang bersifat pengecut dan bacul yek!!

mengapa Islam membenarkan Poligami? wah..inilah yang hebatnya Islam berbanding agama lain...Islam mengangkat tinggi martabat seorang wanita malah membebankan kepada lelaki untuk memikul tanggungjawab ini...lihat semula sejarah masyarakat Jahiliyah sebelum Nabi Muhammad s.a.w diutuskan..mereka membunuh anak wanita atas alasan membawa sial dan menjatuhkan maruah mereka....Islam datang mengangkat martabat wanita..mengapa penulis katakan seperti ini adalah kerana dahulunya lelaki boleh berPoligami tanpa had..setelah Islam datang dihadkan hanya kepada 4orang sahaja dalam satu masa....kemudiannya wanita dimuliakan dan dipermudahkan dalam pelbagai urusan ibadah dan kehidupan mereka di dunia ini berbanding lelaki yang perlu melaksanakan pelbagai tanggungjawab yang lebih banyak...(perkara ini insyaAllah penulis akan huraikan dalam post akan datang)...

berbalik semula kepada persoalan mengapa Islam membenarkan Poligami....lihatlah berapa ramai Janda?Ibu Tunggal?Anak Dara Tua?Sugar Daddy?Sugar Mummy?anak ikan la...anak ayam la...ntah berbagai istilah lagi lah yang penulis sendiri pening...huhuhu

adakah wanita-wanita ini perlu berkerja keras untuk menyara anak mereka tanpa suami?adakah ini fitrah untuk wanita?jika pembaca mengatakan tiada masalah,ramai yang berjaya walaupun tanpa suami dalam membesarkan anak-anak..kira lah pula yang tidak berjaya?yang tidak mampu?yang lemah?berapa ramai yang berjaya itulah jumlah mereka yang tidak berjaya juga sebenarnya malah adalah lebih....penulis katakan begini bukanlah hanya merujuk di negara kita sahaja tetapi di seluruh Dunia..kerana Islam adalah rahmat sekalian alam bukan Malaysia sahaja atau melayu sahaja...adakah mereka yang andartu ini suka keadaan diri mereka yang tidak dijaga oleh seorang lelaki yang bergelar suami?tanyalah pada mereka dari hati ke hati...sudah pasti mereka menginginkan seorang suami...Janda ke...Ibu tunggal ke...apa sahaja la kan yang mana namanya adalah Wanita mereka sudah pasti memerlukan Lelaki sebagai teman hidup...kerana ini adalah fitrah manusia yang NORMAL....begitu jugalah dengan lelaki yek,bukan pompuan je..faham-faham sendiri lah..jangan kata penulis ni tak adil pulak...

akhir sekali..jangan kita mengkritik sesuatu perkara itu tanpa kita berfikir secara mendalam dan mengkajinya secara ilmiah bukan emosi...kita fikir kita je tak nak dimadukan...kita fikir kita je nak seronok poligami...kita fikir kita je nak orang punya...kita fikir...kita fikir...fikir lah orang lain pulak ye...jangan kita fikir kita punye fikir je..orang lain pun berfikir gak.....nak selamat kahwin satu jangan kahwin lebih...siapa cakap?Allah firman dalam surah An-Nisaa` ayat 3.
nak kahwin lebih boleh tapi perlu mampu dari pelbagai segi...niat untuk membantu dan menjaga wanita bukan hanya untuk nafsu semata-mata...ingat mak,kakak,adik,makcik,sedara mara dan sebagainya...bagaimana kalau mereka tidak kahwin?bagaimana kalau mereka diPoligamikan tetapi tidak terbela?fikir...fikir...dan fikir...dalilnya?jika berkesempatan penulis akan bincangkan secara lebih mendalam soal poligami ini dengan dalil Quran dan Hadis insyaAllah..

Firman Allah: "Nikahilah wanita-wanita (lain) yang kalian senangi masing-masing dua, tiga, atau empat—kemudian jika kalian takut tidak akan dapat berlaku adil, kawinilah seorang saja—atau kawinilah budak-budak yang kalian miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat pada tindakan tidak berbuat aniaya." (an-Nisa’: 3).

Firman Allah: "Sekali-kali kalian tidak akan dapat berlaku adil di antara istri-istri kalian walaupun kalian sangat menginginkannya. Oleh karena itu, janganlah kalian terlalu cenderung (kepada salah seorang istri yang kalian cintai) hingga kalian membiarkan istri-istri kalian yang lain terkatung-katung." (an-Nisa’: 129).

sekian sahaja...

Wednesday, February 9, 2011

Kahwin dengan Mahram??


Tajuk kali ini agak pelik sebenarnya....tetapi ramai diantara kita yang masih tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan Mahram...dan yang paling utamanya adalah soal aurat dengan Mahram dan bukan mahram.

Jadi disini yang perlu kita fahami terlebih dahulu adalah maksud Mahram...dalam bahasa mudahnya adalah Mahram ialah "orang yang haram dinikahi". Kemudiannya yang perlu kita ketahui adalah jenis Mahram iaitu terbahagi kepada dua: "Mahram Selamanya" dan "Mahram Sementara"

Apa itu Mahram Selamanya?

Mahram selamanya terbahagi kepada dua;

1) Nasab atau keturunan....iaitu lah Ayah(termasuk datuk sebelah ayah dan ibu), Anak(termasuk cucu dan keturunan mereka), Adik-beradik(termasuk adik beradik lain ayah mahupun lain ibu sahaja), Anak buah(yakni anak saudara tidak kira dari belah lelaki mahupun perempuan), Pak cik dan Mak cik(tidak kira sebelah ayah mahupun ibu)[Bahawasannya pakcik termasuk mahram adalah pendapat jumhur ulama’. Hanya saja imam Sya’bi dan Ikrimah, keduanya berpendapat bahawa pakcik bukan termasuk mahram karena tidak disebutkan dalam ayat (An-Nur 31), juga kerana hukum pakcik mengikuti hukum anaknya.” (Lihat tafsir Ibnu Katsir 3/267, Tafsir Fathul Qodir 4/24, dan Tafsir Qurthubi 12/155)]

2) Penyusuan...iaitulah Ayah susuan(suami ibu susuan), Anak lelaki dari Ibu susuan(termasuklah cucu dan keturunan mereka), Saudara lelaki dan perempuan sepersusuan, Anak buah sepersusuan(lelaki mahupun perempuan), Pakcik dan Makcik(saudara bapa dan ibu susuan)

Apa itu Mahram Sementara?

Mahram sementara/Mushaharoh adalah disebabkan Pernikahan.

Berkata Syaikh Abdul Karim Zaidan; ” Mahram wanita yang disebabkan mushoharoh adalah orang-orang yang haram bernikah dengan wanita tersebut selama-lamanya seperti ibu tiri, menantu perempuan, mertua perempuan. [Lihat Syarah Muntahal Irodah3/7]

Dalil Mahram Sebab Perkahwinan: Firman Allah: “Dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka….” [An-Nur:31]

“Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu…” [An-Nisa':22]

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) …ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isteri kamu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya;(dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu);,…[An-Nisa :23]

Ringkasannya:

1. Persaudaraan / keturunan:
a. Bapa,Ibu, nenek disebelah ibu dan bapa atau yang disebut sebagai asal-usul seseorang.
b. Anak perempuan, cucu perempuan bagi anak-anak.
c. Adik beradik samada seibu sebapa atau adik beradik tiri.
d. Anak-anak saudara seibu sebapa atau tiri.
e. Ibu-ibu dan bapa-bapa saudara sebelah ibu bapa.

2. Perkahwinan
a. Isteri bapa dan isteri datuk.
b. Suami ibu dan suami nenek.
c. Menantu.
d. Cucu.
e. Mertua.
f. Anak-anak tiri isteri dengan syarat setelah meniduri isteri terlebih dahulu.

3. Penyusuan:
a. Ibu susuan dan dan keturunannya disebelah atas ( ibu kepada ibu susuan, bapa kepada ibu susuan.
b. Adik beradik susuan.
c. Anak-anak kepada adik beradik susuan.
d. Suami kepada ibu susuan.
e. Ibu saudara susuan disebelah bapa ataupun ibu (iaitu mereka yang menyusu dengan ibu yang sama dengan ibu dan bapa kita)
f. Anak perempuan susuan yang disusukan oleh isteri.

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاَتُكُمْ وَبَنَاتُ اْلأَخِ وَبَنَاتُ اْلأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاَّتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاَّتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللاَّتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلاَئِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلاَبِكُمْ

“Diharamkan atas kalian menikahi ibu-ibu kalian, putri-putri kalian, saudara-saudara perempuan kalian, ‘ammah kalian (bibi/ saudara perempuan ayah), khalah kalian (bibi/ saudara perempuan ibu), putri-putri dari saudara laki-laki kalian (keponakan perempuan), putri-putri dari saudara perempuan kalian, ibu-ibu susu kalian, saudara-saudara perempuan kalian sepersusuan, ibu mertua kalian, putri-putri dari istri kalian yang berada dalam pemeliharaan kalian dari istri yang telah kalian campuri. Tetapi jika kalian belum mencampuri istri tersebut (dan sudah berpisah dengan kalian) maka tidak berdosa kalian menikahi putrinya. Diharamkan pula bagi kalian menikahi istri-istri anak kandung kalian (menantu)…” (An-Nisa`: 23)

Jadi disini perlulah kita fahami bahawa selain daripada golongan yang dinyatakan sebagai Mahram kita maka perlulah kita menjaga aurat kita sepertimana biasa. Perkara ini biasanya berlaku kerana kita tidak memahami siapakah Mahram kita hinggakan kita membuka aurat kepada mereka yang tidak berhak dan diharamkan seperti kakak dan abang ipar,adik ipar dan sepupu sebelah ayah mahupun ibu. Jawapan kepada tajuk post ini sudah pasti TIDAK BOLEH!!.

Firman Allah: "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur: 31)

Segala salah silap harap diperbetulkan dan dipermudahkan, moga kita sama-sama mendapat amal kebajikan. Jika kurang faham dengan penerangan penulis, sila lah layari rujukan dibawah, terima kasih :)

Rujukan:

http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=98&Itemid=1
http://akhwat.web.id/muslimah-salafiyah/muslimah/surat-an-nisa-satu-bukti-islam-memuliakan-wanita/
http://ustaznaim.blogspot.com/2009/08/kekeliruan-tentang-mahram.html
http://zhafran-alfaruq.blogspot.com/2008/05/panduan-menutup-aurat-buat-kesekian.html
http://ustadchandra.wordpress.com/2009/12/18/lihatlah-siapa-mahrammu-2/

Wednesday, January 19, 2011

Cita-cita atau Fantasi


wahh...start sem baru ni memang betul-betul banyak kerje...tapi penulis macam biase la...relax je memanjang..tak tahu la nape penulis ni macam ni..susah btol nak rajen...

pasal diri penulis yang m_la_ ni toksah citer la yek...ade kala terlebeh rajen gak ;P

so,ape yang penulis nak berkongsi sebenarnya dalam post ni adalah berkenaan "cita-cita"..atau cita-cita ini hanyalah sekadar "fantasi"...

mungkin tahun baru masihi yang ke 2011(kenape yek kita suke gune kalender kristian??kalender hijrah mana pi??kesan penjajahan masih belum hilang kan :S) ini baru bermula jadi ramai yang mempunyai azam atau target yang untuk dicapai yang mana ianya sudah pasti akan bersangkutan dengan cita-cita. tapi mungkinkah ianya benar-benar cita-cita atau hanya fantasi?

soalan yang diajukan oleh lecturer pada penulis dalam kelas Artificial Intelligence tempoh hari berbunyi "what is your ambition?" jadi,disini penulis terfikir,apakah cita-cita aku ni....nak kata nak jadi Engineer Electronics mcm tak brape best,english pun tak power..busy pun ye jugak...takdek life :P
nak bukak business sendiri takut risiko...kang tak menjadi nak makan ape nanti?? :S
nak jadi seorang Ustaz ilmu tak cukup di dada..takat sijil and diploma ape kelayakan untuk mengajar orang sedangkan b.arab pun tak reti..akhlak pun teruk...sendiri jalan senget nak ajar orang jalan straight?? nanti memburukkan nama Islam je..hurmm.. :(

bile fikir time tuh...dengan rase agak tak malu nye penulis menjawab "i don't have ambition yet" lebey kurang gitu lah penulis jawab...so,mengucap panjanglah lecturer tu..pelik dia agaknya tengok budak umur 22-23 camni tak tahu ape nak jadi lagi...huhu

bile balik tu la kan...terfikir gak..ape nak jadi ni?hahaha...nak jadi ape yek...hurmmm

bile dah fikir dengan tenang..rase-rasenye nak jadi macam Sheikh Dr Fathi Yakan, Dr. Daniel Zainal Abidin, Dr. Azhar Mulkan dan tokoh-tokoh yang seangkatan dengan mereka.....agak-agaknya ini cita-cita atau fantasi yek??susah nak jadi individu macam ni...bukan tugas mudah..tapi insyaAllah boleh...kene kuatkan usaha la kan..ini bukan fantasi...dan ini juga bukan cobaan..tapi ini betul-betul :D
doakanlah penulis yek...tenkiu :)

kenapa penulis nak jadi macam dieorg yek?

mungkin kat sini ade yang tidak kenal dengan 3 orang tokoh ni...kalau nak tahu kita kene usaha kan??zaman skang ni dah mudah dah..taip je kat Encik Google,insyaAllah keluar...search la yek.. insyaAllah menarik,tak tipu punyer lah :)

sampai sini sahaja perkongsian penulis..harap dapat difahami ape yang penulis hendak sampaikan...moga dapat diambil manfaat... tata :)



"Janganlah sekali-kali kamu menujukan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (orang-orang kafir itu), dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman." (15:88)

Katakanlah (wahai Muhammad) : Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.(Surah at-Taubah: 51)

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (Surah al-Qamar: 49)

Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: 186).

Wednesday, December 15, 2010

Ketuanan Melayu- TGNA


Dari katil wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya dibekalkan dengan akhbar untuk dibaca saban hari. Nampaknya isu ketuanan Melayu masih menjadi ratib yang tidak henti-henti keluar dari mulut pimpinan UMNO. Peliknya tidak pula istilah ini disebut ketika Konvensyen BN 2010 yang lepas. Adakah Ketuanan Melayu tidak boleh menembusi pintu Dewan San Choon, Wisma MCA di mana konvensyen itu berlangsung?

Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di Negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau. Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah SWT? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah SWT?

Firman Allah SWT :

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ

Yang bermaksud : Sesungguhnya benar-benar Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al hikmah. dan Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali-Imran : 164)

Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam. Menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam. Bila menolak Islam ertinya menolak anugerah daripada Allah SWT. Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengenepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka.

Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis. Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu. Apa yang peliknya, di samping menjulang Ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab Ketuanan Melayu? Melaungkan Ketuanan Melayu dengan mengenepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia.

Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini. Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh Ketuanan Melayu. Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman. Hakikatnya, perjuangan Ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia.

Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah). Dalam hal ini, saya berterima kasih kepada salah seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mendoakan kesihatan saya agar terus dapat berjuang menentang UMNO. Semoga doanya dimakbulkan Allah, insya-allah Amin.


Marilah balik kepada Islam sebagai penyelesaian yang sempurna, yang datang daripada Allah SWT. Ia sudah sempurna, tanpa cacat cela sedikitpun.

Firman Allah SWT :

وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Yang bermaksud : Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan dia lah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An’am, ayat 115)

Al-Quran ialah manual yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dunia. Justeru, apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasih orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada Al-Quran.

Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku. Tidak guna jika menggunakan ubat yang salah, penyakit tidak sembuh bahkan semakin melarat. Dalam hal ini, Ketuanan Melayu ialah ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.

Al-Quran menyatakan bahawa sesuatu bangsa tidak mempunyai sebarang kelebihan ke atas bangsa yang lain, yang melebihkannya hanyalah taqwa kepada Allah SWT. Renunglah sejenak sekali lagi firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Yang bermaksud : Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Kemuliaan tidak pernah bergantung kepada bangsa. Ia hanya wujud apabila sesuatu bangsa itu bertaqwa kepada Allah SWT. Bangsa Arab yang melakukan hampir kesemua jenis jenayah di dunia, akhirnya menjadi mulia apabila menerima Islam. Jika bangsa Arab yang sedemikian jahil itupun dimuliakan Allah SWT dengan Islam, apa peliknya jika bangsa Melayu pun boleh dimuliakan oleh Allah SWT, syaratnya berpegang dengan Islam?

Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela. Alhamdulillah, di Kelantan, saya telah menerajui kerajaan negeri selama 20 tahun dengan tidak pernah menyebut Ketuanan Melayu, namun orang Melayu tetap terbela dan terjaga. Manakala KDYMM Sultan Kelantan pula disayangi oleh semua bangsa di Kelantan. Kaum bukan Melayu pula tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di Kelantan. Bimbang saya andainya Ketuanan Melayu disebut-sebut dan diulang-ulang, ia hanya akan memarakkan dendam dalam diam dan membakar di dalam senyap.

Di sudut yang lain pula, Ketuanan Melayu jugalah yang telah menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah satu ketika dahulu sehingga hari ini melahirkan generasi yang buta al-Quran. Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu di’kebumikan’ secara terhormat oleh Ketuanan Melayu . Ketuanan Melayu jugalah yang menghapuskan bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat dan Ketuanan Melayulah yang bertanggungjawab terhadap terhakisnya tanah rezab Melayu di seluruh negara. Jenayah Ketuanan Melayu ini sebenarnya cukup panjang untuk ditulis. Ia menyimpulkan bahawa Ketuanan Melayu tidak membawa apa-apa faedah untuk negara hatta untuk bangsa Melayu sekalipun.

Marilah kita sama-sama mengingatkan satu sama lain tentang akhirat. Akhirat yang menjadi tempat tuju samada Melayu atau bukan Melayu. Ia khusus untuk Allah SWT membalas setiap perbuatan manusia. Justeru, kita diperintahkan mengulang-ngulang peringatan ini beratus ribu kali sepanjang hidup kita melalui surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam solat. Tujuh ayat yang menjadi agenda utama hidup seorang muslim diulang baca sentiasa, dan satu daripada ialah peringatan tentang hari kiamat :

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang bermaksud : Yang menguasai di hari Pembalasan.

Yakinlah, tibanya kita di stesen yang bernama akhirat, Ketuanan Melayu tidak akan membawa apa-apa harga lagi di mahkamah Allah SWT!



HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Wad 2, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian

6 Muharram 1432H / 13 Disember 2010M


di copy dari blog http://madsha88.blogspot.com/

Tuesday, December 14, 2010

Futsal dan Puasa



Wahh..assalamualaikum semua [ada yang baca ke tidak, takpe lah andaikan ada jela kan..syok sendiri pun apa salahnya ;)]
lame dah tak update blog ni..orang kate bersawang dah...nak buat macam mane..perasaan malas tu sentiasa ada dalam diri yang lemah ini..hurmmm macam mane lah nak berbakti pada masyarakat nanti kalau masa sedikit untuk update blog ni pun tak dapat nak luangkan...27/10/2010 tarikh akhir update..huhu

pengumuman juga kepada yang bertanya yakni "Panduan Hidup" soalan anda telah saya jawab diruangan yang sama pada post yang bertajuk "Tanda-tanda Cintakan Allah."
kepada pembaca yang lain sekiranya ada yang ingin bertanya adalah lebih mudah dengan cara email...kerana saya khuatir soalan anda yang telah dijawab tidak dibaca oleh anda kerana tidak mengetahui ianya sudah dijawab. walaubagaimanapun ok je nak kalau nak komen je kat bawah tu, insyaAllah akan ada maklum balas nya :D


Jangan risau...post kali ini bukan pasal kahwin,cinta,nikah,remaja tetapi pasal Futsal dan Puasa :D
tapi...bila penulis post artikel tentang cinta,kahwin ni hit counter naik laju je..kalau benda lain agak slow skit..moga generasi yang mendatang dapat kawen awal mengelakkan perkara maksiat sebab remaja sekarang yang bakal jadi ibu dan bapa suka dan setuju tentang kahwin awal kan? ;)


Penulis sebenarnya baru sahaja ber riadah maen futsal bersama rakan-rakan dari UIA, Al-Manar, dan semestinya Al-Amin :D
target 4team yang datang 6team...alhamdulillah..Moga Allah beri kesihatan yang baik kepada kita sampai tua. moga dengan futsal dapat kita eratkan lagi hubungan kita sesama Muslim menepati Firman Allah yang bermaksud: "Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan diantara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman."(Al-Anfal: 1)

dengan futsal(sukan yang lain pun asalkan halal) ni juga sebenarnya mampu memperbaiki tali persaudaran antara kita...asalkan ianya berdasarkan ketaqwaan kepada Allah dan mempunyai semangat kesukanan yang baik. (jangan dok bergaduh plak..lain matlamat lain yang jadi..aku ketok dua-dua nanti.. :P)

Firman Allah: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu(yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh selamat."(Al-Hujurat: 10)

dan bila bermain ni sudah pasti akan ada yang menang dan yang kalah,adat la kan..so yang menang tu janganlah sombong...dan yang kalah tu usaha la lagi jangan kalah je lagi ;p

Firman Allah: "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri." (Luqman: 18)

Sabda Nabi s.a.w: "Kamu tidak akan dapat memuaskan manusia dengan pemberian harta, tetapi mereka dapat dipuaskan dengan wajah-wajah kamu yang ceria dan akhlakmu yang baik."(diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

lepas bermain futsal, penulis dan beberapa rakan menghilangkan lapar dan dahaga di kedai mamak...sambil makan sambil buat lawak sambil pening-pening sikit..setting nak tengok bola Malaysia lawan Vietnam dan ntah berbagai lagi yang dibualkan termasuklah cadangan naik basikal sampai Seremban..dan alhamdulillah bersyukur sungguh penulis mempunyai teman(As-Sheikh Abdullah Umayr) yang saling ingat mengingati berkenaan ibadah iaitulah ibadah puasa di bulan Muharram ini. jadi marilah kita sama-sama lihat tentang puasa pada Hari 'Asyura ini, moga ianya bermanfaat dengan cara kita berpuasa juga, jangan baca je...

Rasulullah s.a.w tiba di Madinah mendapati kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyuura. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Hari apakah ini sehingga kalian berpuasa padanya?” Mereka (kaum Yahudi) menjawab: ”Ini adalah hari agung dimana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya serta menenggelamkan Fir’aun beserta kaumnya, lalu Musa berpuasa pada hari itu sebagai ungkapan syukur sehingga kamipun berpuasa.” Maka Rasulullah s.a.w bersabda: ”Kami (kaum Muslimin) lebih berhak atas Musa daripada kalian (kaum Yahudi). Maka Rasulullah s.a.w pun berpuasa dan menyuruh (kaum muslimin) berpuasa.” (HR Muslim)


Ibnu Abbas berkata: “Aku tidak tahu Nabi s.a.w memperhatikan puasa satu hari yang lebih diutamakannya atas yang lainnya selain hari ini (Hari ’Asyuura) dan bulan ini, maksudnya bulan Ramadhan.” (HR Bukhary dan Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda: ”Puasa hari ‘Asyuura, saya memohon kepada Allah agar menjadikannya sebagai penebus (dosa) satu tahun sebelumnya.” (HR Muslim)

”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 133)


setelah melihat dalil-dalil berkaitan Hari 'Asyura sudah pasti ada yang tidak tahu bila hari 'Asyura ni? dan bagaimana cara melakukannya? wajib ke? boleh ke puasa sama macam Yahudi? jawapannya begini...

Hari Asyura adalah hari yang kesepuluh(10) pada bulan Muharram. berpuasa pada hari ini juga tidak wajib hanyalah sunnah yang bolehlah dikatakan sangat dituntut. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Asyura adalah satu hari-hari Allah, jadi sesiapa yang ingin berpuasa pada hari itu buatlah sedemikian, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa bolehlah berbuat demikian."(HR Muslim 1136)

Pendapat Ibnu Qayyim pula mengatakan ada 3 cara melakukan puasa hari Asyura iaitu:
Terbaik adalah berpuasa sebelum atau selepasnya. Cara terbaik seterusnya adalah berpuasa pada hari (9) kesembilan dan (10) kesepuluh, cara ini merupakan yang paling banyak ditunjukkan dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Cara seterusnya ialah berpuasa pada hari yang (10) kesepuluh sahaja.


Yang terbaik ikutlah hadith Nabi s.a.w. berpuasa hari sebelum atau selepas nya juga…selamat beribadah :)


Rasulullah s.a.w bersabda: "Berpuasalah pada hari 'Asyura, tetapi lakukan berlainan dengan puak Yahudi iaitu dengan berpuasa pada hari sebelumnya atau hari selepasnya."(Musnad Ahmad 1/241 dan Sahih Ibnu Khuzaymah 2095)