Friday, May 13, 2011

Negara Sesumpah- DSAI ESKAY



Perlukah Anwar bersumpah?

first sekali...penulis di sini tidak pernah menyokong PKR..huhuhu
perbicangan ini sekadar ilmu yang penulis tahu setelah berbincang dan membaca beberapa kenyataan dan artikel...ini penting bagi menjadi perbincangan ini adil dan pertengahan menurut pandangan(kesimpulan) penulis....

Pertamanya kita perlu faham bagaimana hendak menjatuhkan hukuman terhadap penzina....
1) atas pengakuan diri penzina tersebut....
sepertimana kisah Ma'iz yang mengaku berzina dan dijatuhkan hukuman rejam kerana Ma'iz sudah berkahwin....dalam kisah ini ada dua pengajaran yang sangat penting;
i) Nabi s.a.w bertanya mengapa sahabat yang menyuruh Ma'iz melaporkan kes zina ini kepada baginda s.a.w. dengan kenyataan Nabi s.a.w supaya disorok keaiban seseorang itu lebih baik.

ii) ketika dijatuhkan hukuman Ma'iz penarik semula pengakuannya...walaubagaimanapun hukuman tetap dijalankan oleh sahabat yang lain....setelah hukuman itu terlaksana sahabat menceritakan penarikan pengakuan Ma'iz ketika hukuman dijalankan dan Nabi s.a.w bertanya mengapa tidak dilepaskan Ma'iz ketika itu...

2) dengan kehadiran 4orang saksi yang berkelayakan...dalam erti kata mudah yang tidakmelakuakan dosa besar dan kecil dalam keadaan terang-terangan....kes ini tidak pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w dan juga para sahabat...kerana untuk mendapatkan 4 orang saksi sangat susah...dan saksi tersebut keempat-empat mereka perlu nampak dengan jelas akan kemasukan zakar ke dalam faraj tanpa ada syak atau keraguan walau sedikit pun...di zaman Saidina Umar, beliau selaku pemerintah, beliau pernah bertanyakan bagaimana sekiranya yang nampak hanya seorang sahaja...dan orang itu adalah pemerintah...kemudian Saidina Ali mengatakan tetap tidak boleh dan orang yang menuduh itu akan dikenakan qazaf...maka ada sahabat lain bertanya kepada Saidina Umar..apa yang kamu telah lihat? saidina Umar terus menjawab aku tidak melihat apa-apa...

ini adalah dua keadaan yang boleh dijatuhkan hudud atau hukuman boleh dijatuhkan keatas penzina....tiada lagi syarat atau hukum lain..ianya adalah qat'ie....Islam bukanlah agama yang suka menghukum umatnya...ianya hanya untuk memberi kesedaran dan keinsafan..malah cukuplah hanya dengan bertaubat..insyaAllah akan diampuni Allah sekiranya syarat-syarat taubat dilaksanakan...tetapi sekiranya telah sampai ke pengetahuan pemimpin seperti kisah Ma'iz tadi maka pelaksanaan hukuman wajib dilakukan...hudud adalah hak Allah...

Mubahalah pula adalah sumpah laknat keatas diri disebabkan dua perkara:

1) sumpah li'an...yakni sumpah yang dilakukan oleh sepasang suami isteri yang menuduh pasangan mereka telah berzina tanpa saksi dan pengakuan...ini hanya untuk pasangan suami isteri sahaja...

2) sumpah yang berlaku ketika Nabi s.a.w berdebat dengan golongan nasrani atau yahudi yang mana mereka tidak mahu mengakui bahawa di dalam kitab mereka telah ada menceritakan tentang Nabi s.a.w dengan lengkap...maka Nabi s.a.w mengajak mereka bersumpah jika benar tiada di dalam kitab mereka tetapi mereka enggan kerana takut dan cerita tentang kerasulan terakhir sudah sememangnya termaktub didalam kitab mereka...maka sumpah ini tidak dilakukan...

selain daripada kedua-dua keadaan ini ianya hanya lah qasam yakni sumpah biasa bukan mubahalah....

jadi disini adakah perlu Anwar bersumpah??
pertamanya: jawapan saya untuk setakat ini adalah tidak perlu kerana tuduhan yang dilakukan Eskay secara automatiknya gugur..dakwaannya tidak boleh diterima kerana tiada saksi yang mencukupi dengan syarat yang telah ditetapkan dan tidak pula berlaku pengakuan oleh Anwar....dan keadaan ini menurut perundangan Islam, Eskay perlu dijatuhkan hukuman Qazaf kerana menuduh orang berzina tanpa saksi yang cukup berserta syarat yang telah ditetapkan Islam...

kedua: sekiranya benarlah Anwar berzina beliau mempunyai hak untuk tidak mengaku dan bertaubat kepada Allah....ini adalah hak beliau...kita tidak boleh menuduh orang sesuka hati...

ketiga: mengapa Anwar tidak sahaja bersumpah supaya fitnah tidak berlaku keatas diri beliau? jawapannya mudah sahaja...mengapa perlu Anwar takut kepada manusia hingga sanggup melakukan perkara yang bid'ah....yang sememangnya sesat dan berdosa...redha Allah atau redha manusia kita harapkan?

keempat: sumpah memainkan peranan yang sangat penting didalam Islam....maka sekiranya Anwar bersumpah ianya akan menjadi trend masa kini untuk bersumpah untuk menuduh orang...bayangkan jika Sultan disumpah melakukan perkara seperti ini,bagaimana??ini akan menyebabkan fitnah dilakukan sewenang-wenangnya untuk menjatuhkan martabat dan maruah umat Islam yang lain....apatah lagi perbuatan ini tidak terkandung di dalam ajaran Islam..takkan kita mahu menyokong perbuatan bid'ah ini dan menjadi orang yang bersetuju ianya dilakukan??jangan kita jadikan Negara Malaysia Negara Sesumpah!!!

setakat ini sahaja yang penulis hendak berkongsi bersama...maaf diatas kekurangan yang amat sangat kerana ketiadaan dalil disertakan...insyaAllah penulis akan cube edit semula post ini berserta dalil yang shahih(insyaAllah maklumat yang diberikan adalah benar walaupun ianya mungkin kurang tepat)...moga ini dapat membuka minda kita dan berfikir berdasarkan ilmu bukan nafsu....penulis bukan penyokong Anwar..maaf ye..hanya berdasarkan ilmu..sekiranya ada yang salah dan silap harap ditegur...jangan kita biarkan kesalahan itu berleluasa...seronok sekiranya UMNO masuk PAS...penulis sokong PANO (Pas + Umno)...yang penting tegakkan ISLAM...jika DAP tegakkan Islam maka penulis akan menyokong DAP mahupun SNAP,MIC,MCA or ape-ape je la parti hahahaha...sekian wassalam :D

Friday, May 6, 2011

Ibu...Ibu....Ibu



Manusia manakah yang sanggup untuk menyakiti orang yang menyayangi dirinya?

berapa kali Nabi s.a.w menegaskan ibu?....ibu...ibu...dan ibu....kemudian barulah ayah...

apakah kalian tidak sanggup menjaga ibu kalian semasa tua sedangkan ibu kalian menjaga kalian dengan penuh rasa kasih sayang...sedangkan waktu itu kalian hanya sebesar tapak tangan sahaja...ibu menjaga kalian hingga dewasa...tapi mengapa kalian berlaku zalim terhadap ibu??

owhh...ibu...aku tidak sanggup kehilangan mu...kau lah kehidupan ku...bagaimana agaknya kehidupan ku tanpa mu...ibu..aku mungkin aku pernah menyakiti hati mu...mungkin aku pernah meninggi suara ku...ibu...mungkin aku menyusahkan diri mu...ibu...aku mungkin tidak menghiraukan dirimu...aku tidak sensitif akan kesihatan mu...ibu...aku tidak membantu mu dalam urusan yang aku mampu....ibu....kau sentisa mengingati diri ku..tapi aku jarang sekali menelefon bertanyakan khabar mu.....ibu...sms juga tidak ku kirim...aku sibuk akan dunia yang membutakan diri ku....ibuuu....sewaktu ku kecil,aku mengganggu tidur mu tapi tidak pernah kau merungut....tapi kini kau meminta ku bantuan sedikit sudah ku rasa terganggu....

ibuuu...andai dahulu kau biarkan diri ku ini sudah pasti aku sudah tiada lagi....tiada dapat ku lihat dunia seperti sekarang ini...mulia sungguh kau wahai ibuu....kau berjuang membawa ku...melahirkan ku....membesarkan ku...ibu yang seorang mampu menjaga anak yang berbelas....tapi anak yang berbelas belum tentu dapat menjaga ibu yang satu......sungguh hinalah mereka yang menderhaka kepada mu ibu....

ibuuu...aku berdosa pada mu ibu...tiada yang dapat ku lakukan untuk mambalas jasa mu ibu...walau setitik susu mu juga tidak mampu ku balas....ibuu....kau ibu ku yang tiada ganti...hanya satu Allah kurniakan kepada ku....ibuu...ibuu...

ibuu....aku anak mu yang berdosa...ampun diriku ini wahai ibu...sesungguhnya redha Allah terletak pada redha mu wahai ibu ku...mana mungkin aku dapat membau haruman syurga jika aku derhaka pada mu...tiada guna solat ku berpuluh tahun jika aku membuat kau menitiskan air mata kerana kekesalan atas diri ku ini....owhh...ibuu...ampunkan diri ku ini...mana mungkin ade pengganti mu lagi...hanya kau ibu ku....ibuu...aku menyayangi mu melebihi segalanya kecuali Allah dan Rasul...



"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”

“Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” .
( Al Isra’ ayat 23-24 )

Thursday, May 5, 2011

Tuhan untuk Semua




Alhamdulillah...Allah masih memberi kesempatan kepada penulis untuk bertaubat dan beribadah kepadaNya...Post kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca tentang kehadiran sebuah buku baru di pasaran yang bertajuk "Tuhan Untuk Semua"...

Buku ini di tulis oleh sahabat penulis yang tidak pernah ketemu melainkan dengan sms dan facebook sahaja :) beliau adalah Faisal Abdur Rahman, merupakan pelajar Ph.D jurusan bioteknologi di Falkulti Sains Teknologi UKM. Beliau berasal dari Acheh, dilahirkan pada 2 July 1978...bergiat aktif dalam bidang dakwah seperi IIS (Islamic Information and Services)...

buku ini merupakan bahan bacaan yang ringan...mudah di fahami...sesuai untuk semua semua golongan tidak kira umur...memberi penjelasan yang terang mengenai Islam, serta memperbetulkan beberapa persepsi yang salah di dalam minda masyarakat terhadap Islam....

kandungan buku ini yang menarik perhatian penulis adalah mengenai kandungan:
1) mengapa Allah mencipta Neraka dan Mengapa orang bukan Islam masuk Neraka....
2)Hudud dan penjelasannya...
3)adakah jihad menurut Islam adalah Holywar?
4)Mengapa Bible tidak di iktiraf oleh Islam?
5)Adakah umat Islam menyembah kaabah?
6)Wanita dalam Islam

tajuk-tajuk diatas ini sangat penting untuk memperbetulkan fahaman tentang Islam terutamanya adalah untuk umat Islam sendiri memahami Islam kerana umat Islam sendiri sudah semakin jauh dengan ajaran Islam menyebabkan mereka sendiri kadangkala tidak memahami malah meremehkan perkara-perkara seperti ini...daripada buku ini dapat membuktikan dengan dalil naqli dan aqli...ayat yang digunakan ringkas tetapi padat cukup untuk menerangkan isi yang hendak disampaikan...

penerangan yang diberikan berdasarkan dalil berserta analogi yang memberi ruang kepada kita untuk berfikir secara logik dan rasional.... sebagai contoh: "Jimmy dan Ahmad berkerja di kedai alat tulis yang dimiliki oleh anda. kemudian anda terangkan tugasan yang perlu dilakukan dan setiap petang perlu memasukkan hasil jualan ke dalam akaun syarikat. Jimmy merupakan pekerja yang rajin dan tidak pernah lambat. Ahmad pula selalu datang lewat dan agak pemalas berbanding Jimmy. Setiap petang Ahmad akan memasukkan hasil jualan ke dalam akaun syarikat tetapi Jimmy pula menggelapkan wang syarikat tersebut. Selepas sebulan bekerja anda akan membayar gaji pekerja, disebabkan Ahmad selalu lambat dan agak malas anda memotong gaji Ahmad, manakala anda tidak akan membayar gaji kepada Jimmy kerana telah menggelapkan wang syarikat malah anda melaporkan perkara itu kepada pihak polis kerana penyelewengan dan penipuan. Walaupun Jimmy lebih rajin dan datang awal mengapa anda membuat laporan polis? Jawapannya adalah disebabkan Jimmy tidak mengikut perintah/arahan anda."

di sini dapat kita fahami mengapa Allah memasukkan mereka yang kufur kepadaNya ke dalam neraka. diantara tajuk yang menarik juga di dalam buku ini adalah berkenaan hudud....ciri-ciri saksi zina di dalam Islam...siapakah mereka yang boleh dikenakan hukuman potong tangan jika mencuri....apakah jihad itu berperang membunuh orang atau jihad itu sebenarnya dalah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah....wanita disanjung tinggi di dalam Islam...mengapa perlu wanita memakai tudung? mengapa dibenarkan poligami untuk lelaki....dan benarkah wanita yang dirogol perlu membawa 4 orang saksi seperti zina?.....

semua perkara ini diterangkan didalam buku setebal 107 muka surat sahaja..dengan harga hanya RM11 sahaja edaran PTS, sangat murah jika dibanding ilmu yang terkandung didalamnya...kesimpulannya adalah, saya mengesyorkan kepada para pembaca sekalian membeli dan membaca buku ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita serta boleh di hadiahkan kepada mereka yang bukan Islam untuk menyampaikan Islam dengan cara yang mudah....buku ini merupakan bahan bacaan yang ringan(ayat yang mudah) tetapi padat. Moga Allah memberkati usaha penulis buku ini Faisal Abdur Rahman...ameen

Sunday, April 10, 2011

Hiburan Bersama Keluarga


dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang lagi Pengasih...tetiba penulis terfikir mengapa situasi seperti ini boleh berlaku pada keluarga Islam:

1) seluruh ahli keluarga boleh berkumpul bersama untuk menonton tv yang mana rancangannya adalah seperti mentor,akedemi fantasia,raja lawak dan berbagai lagi rancangan yang seangkatan dengannya yang membanjiri saluran tv kite di Malaysia ini....

2) seluruh ahli keluarga boleh berkumpul bersama untuk menonton wayang,teater dan yang seangkatan dengannya....

3) seluruh ahli keluarga boleh pergi bercuti bersama di pantai, di pulau, di luar negara dan seangkatan dengannya....

4) seluruh ahli keluarga boleh berkumpul untuk makan bersama di restoran dan seangkatan dengannya....

5) seluruh ahli keluarga boleh berkumpul bersukan bersama...

situasi di atas ni bukan hanya bersama keluarga sahaja tetapi termasuk juga dengan rakan-rakan....

tetapi mengapa kita sebagai umat Islam khususnya keluarga Islam tidak dapat meluangkan masa untuk bersama dalam melakukan aktiviti:

1) menonton rancangan halaqah,al-hidayah,mari membaca al-quran,mari bertaranum,hal ehwal islam,halaqah sentuhan qalbu,tanyalah ustaz atau ustazah, dan seangkatannya bersama-sama??

2) menonton cerita tentang palestin,cerita Sultan Salahuddin al-ayubi,Sultan Muhammad al-fatih dan seangkatan dengannya??

3) mendengar ceramah di masjid dan surau serta forum-forum yang berkaitan dan perkara seangkatan dengannya..??

4) membuat kerja amal di rumah orang tua-tua,anak yatim,oku dan seangkatan dengannya??

5) beriktikaf dan berqiamullail di masjid dan surau pada setiap bulan bukan hanya pada bulan Ramadhan(tu pun kalau pergi) sahaja...??

mengapa tidak kita bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan kita dalam melaksanakan perkara-perkara ini bersama? kita menangis bersama??muhasabah diri kita bersama??kita mungkin mampu melaksanakan berseorangan tetapi mengapa tidak kita lakukan bersama???mengapa kita berhibur bersama ahli keluarga kita dengan hiburan yang tidak bermanfaat mampu kita lakukan tetapi mahu berhibur dengan cara Islam untuk mendapatkan Rahmat Allah tidak mampu kita lakukan???mengapa kita lebih mudah menegur orang lain tetapi bukan ahli keluarga kita sendiri??

Allah...lemahnya aku rasakan diriku ini..aku sendiri banyak melakukan maksiat,aku hambaMu yang hina lagi tidak sedar diri,aku sombong dan bongkak sedangkan segalanya adalah dengan pemberianMu dengan rahmat dan kasih sayangMu...aku hambaMu yang lupa dan alpa...aku lemah lagi tidak berdaya melainkan dengan izinMu...aku tidak tahu di mana kedudukan ku andai Engkau mematikan aku....aku tidak layak wahai Allah untuk syurga Mu..tetapi aku juga tidak sanggup menanggung seksa neraka Mu wahai Allah.... ampunkanlah diriku ini dan seluruh ahli keluarga serta sahabat-sahabat ku wahai Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang... permudahkan urusan ku di dunia dan terutamanya di akhirat wahai Tuhan yang Penyayang...Ya Allah..bantu aku Ya Allah...tidak mungkin aku mengenali Mu kecuali dengan keizinan dan rahmat Mu...jika bukan kerana Engkau maka sesat lah aku tanpa ada rasa Iman dan ihsan...

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."
(Al-Baqarah: 186)

"Dan Tuhan-mu Berfirman, ”Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku Perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang -orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(Al-Ghafir: 60)


"Wahai org-org yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, dan keras, yg tidak durhaka kpd Allah terhadap apa yg Dia perintahkn kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan" (At-Tahrin:6)

“Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).

“Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan”
(Az-Zumar:54).

Thursday, February 17, 2011

Kepimpinan Baru Pelajar UniKL-BMI


Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah yang memberikan kita kekuatan dan keupayaan dalam mengabdikan diri kita sepenuhnya kepadaNya....


post kali ini hanyalah ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat penulis yang dikasihi Khairil Azuar Shaharudin yang memenangi pilihan raya kampus dengan undian tertinggi tempoh hari :)


dengan kemenangan ini bermakna saudara(serta rakan seangkatan yang lain / JPM) telah menerima satu lagi tanggungjawab yang perlu dipikul....penulis dengan rendah hati mengingatkan bahawa tanggungjawab yang diterima ini ada dua kemungkinan iaitu ianya akan membawa keuntungan atau kerugian pada saudara di dunia dan di akhirat terutamanya... jika kepimpinan tersebut berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah atau sekurang-kurangnya selari dan tidak bercanggah maka ini akan membawa keuntungan pada saudara. jika kepimpinan tersebut bercanggah dengan Al-Quran dan As-sunnah maka ianya sudah pasti akan membawa kecelakaan kepada saudara malah masyarakat yang dipimpin saudara juga akan tempias atas kerosakan dan kepincangan kepimpinan yang berlaku.


penulis juga ingin berpesan kepada saudara supaya bersabar menempuhi ujian, jangan hiraukan mereka yang mempunyai perasaan hasad...biarlah mereka mahu katakan apa sekalipun...jagalah akhlak saudara kerana ini lah yang membezakan mereka yang ikhlas dengan mereka yang inginkan kemenangan dan jawatan. walaupun saudara tidak menjadi wakil kepada mana-mana pihak tetapi saudara perlu ingat bahawa saudara adalah Hamba Allah maka selalulah ke rumah Allah sebagai contoh kepada yang lain. tegakkanlah ajaran Islam di Kampus kita...martabatkan Islam sebagai cara dan panduan hidup khususnya pada pelajar UniKL-BMI... jika ada yang mengucapkan tahniah dan mengatakan dengan keadan sinis atau sindiran bahawa sebelah kaki saudara telah berada di Neraka maka katakan lah juga bahawa sebelah lagi kaki saudara berada di syurga...berapa ramai Ulama yang menjadi pemimpin,malah sahabat Nabi s.a.w juga merupakan pemimpin...cume yang membezakan adakah saudara akan membawa kepimpinan saudara ke arah kebaikan ataupun keburukan...


Tahniah sekali lagi kepada Khairil Azuar Shaharudin serta rakan seangkatan yang lain / JPM...moga Allah memberi kekuatan dalam kepimpinan saudara yang selari dengan ajaran Islam...
sekian sahaja daripada sahabatmu ini....



Renung-renungkanlah:

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (Islam iaitu Quran dan Sunnah) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai," (Ali-Imran: 103)


"Barangsiapa yang tidak menyukai sesuatu dari pemimpinnya maka hendaknya dia bersabar, karena sesungguhnya barangsiapa yang meninggalkan Jama'ah sejengkal, dia akan mati seperti matinya orang jahiliyah." [HR Bukhari (21 /443 no. 6531 ) dan Muslim (9 /390 no. 3438 )]


Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sekelian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan."...Sahabat-sahabat baginda bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?"...Baginda menjawab, "Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga, dan sesiapa yang durhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan." (HR Bukhari )


Abu Bakar As-Siddiq berkata: "Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"


Musthafa Assibai berkata: Setengah pintar yang disertai tawadhu (rendah hati) lebih disenangi oleh hati manusia dan lebih bermanfaat bagi masyarakat dibandingkan dengan kecerdasan dan kepandaian yang tinggi yang disertai dengan kesombongan.




JANGAN JADI SEPERTI INI


JADILAH SEPERTI INI