Saturday, October 16, 2010

Adakah Islam Kejam?


Mungkin kah Islam itu kejam? jawabnya sudah pasti tidak....mengapa saya timbulkan perkara begini adalah kerana ada yang berpendapat hukuman yang ditetapkan Islam sangat kejam... dan paling menyedihkan mereka yang beragama Islam juga mengatakan sedemikian...hukuman yang saya maksudkan seperti hukuman sebat, rejam, potong tangan dan sebagainya.

mungkin disini saya hanya ingin mengajak pembaca berfikir beberapa perkara....seperti yang berlaku baru-baru ni tidak sampai 6tahun yang lepas di Iran dan juga Somalia yang mana seorang wanita (di Iran) dan seorang lelaki (di Somalia) dijatuhkan hukuman rejam sampai mati menimbulkan beberapa bantahan daripada masyarakat dunia kononnya(segenlintir yang menyibuk tentang Islam sahaja sebenarnya). Mereka ini sebenarnya hanya berfikir untuk memburukkan Islam semata-mata, mereka tidak berfikir panjang. mereka mengatakan hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah tersebut kejam, sedangkan mereka tidak berfikir mengenai perbuatan yang dilakukan tersebut adalah lebih kejam sebenarnya. mengapa saya katakan sedemikian adalah kerana mereka ini sudah pun mempunyai isteri atau suami tetapi masih berZINA dengan lelaki atau wanita yang bukan mahramnya. sedangkan Islam telah menyediakan jalan yakni berpoligami ataupun menuntut fasakh. siapakah yang kejam sebenarnya??

bayangkan sekiranya hukuman seperti ini tidak dilakukan ianya akan menimbulkan suatu dendam dan permusuhan diantara keluarga suami dan isteri tersebut yang kemungkinan besarnya akan terjadi juga pembunuhan malah bukan satu nyawa mungkin lebih banyak nyawa yang akan melayang. mungkin dendam ini akan berlangsung bertahun-tahun lamanya. dengan sebab ini juga akan menyebabkan lebih ramai manusia yang hati mereka menjadi tidak tenteram dan tidak tenang. bayangkan jika anda hidup dalam keadaan ketakutan sepanjang masa bagaimana?? nak pergi Giant cuak...nak pergi Jusco sikit lagi nak terkencing...nak pergi Tesco dah macam nak mati....makin jauh nak berjalan makin takut dikejar oleh keluarga disebelah sana. wahh...takut kan...takleh nak wat pe la macam tuh..lepak umah pun takut umah kene bom..so, ini lah jalan penyelesaiannya yakni HUKUMAN MATI bagi mereka yang bersalah kalau tak kita yang mati.

alaaa...sebenarnya Islam bukanlah nak sangat atau suka sangat menghukum manusia dengan cara yang keras atau kejam macam tuh...Allah tu Maha Pengampun dan Maha Penyayang...saya katakan begini adalah kerana kisah yang berlaku di zaman Nabi Muhammad sendiri menunjukkan sebegitu....kerana sewaktu dilaporkan kepada Nabi Muhammad tentang pengakuan salah seorang yang penzina muhsan Nabi s.a.w mengatakan kamu sepatutnya menyorokkan perkara tersebut di dalam jubah kamu. tapi disebabkan ianya telah sampai ke pengetahuan pemerintah makan pemerintah perlu melaksanakan hukuman yang telah ditetapkan itu. dan perkara ini juga atas pengakuan pesalah tersebut...dan jika sewaktu direjam itu pesalah tersebut menarik balik pengakuannya maka hukuman tersebut juga perlu di hentikan. adakah ini dinamakan kejam?? dan jika mereka yang berzina tersebut bertaubat dan tidak sampai ke pengetahuan pemerintah mereka tidak dikenakan hukuman rejam atau sebat malah inilah yang di isyaratkan Nabi s.a.w. berkenaan saksi zina pula, Islam meletakkan syarat 4orang saksi bebbb..nyusah kot nak kantoi...video kamera ke cctv ke tak kira,tak leh jadi saksi..nak 4orang yang dipercayai plak tuh, yang adil gitu lah...tu la kat Malaysia ni pun yang kantoi semuanya dituduh berkhalwat sahaja,sebab mmg takkan dapat la nak kumpul 4orang saksi tu,susah la dowhh..bukan aku cakap macam ni galakkan zina yek..just nak bitau tentang kebaikan Islam la yang mudah dan Allah Maha Penerima Taubat. jadi,jangan la buat benda yang diharamkan Allah...tak malu ke??andaikan orang tu buat baik sangat kat kita,tergamak ke kita nak balas jahat dengan lakukan perkara yang orang tu tak suke??mesti tak kan...kalau ye tu,korang bukan berhati manusia mahupun binatang tetapi berhati syaitan la kot..

senang kata lah...sebenarnya Islam memang melarang keras terhadap perbuatan ZINA antara mereka yang telah berkahwin dan mereka sendiri juga tidak ada alasan untuk melakukan perbuatan terkutuk itu kerana sudah berkahwin(suami ada cari lain watpe!!!???isteri ada cari lain watpe!!!???). macam yang kita pernah dengar tentang hikayat melayu dulu-dulu tu kan...raja nak kahwin dengan puteri gunung ledang, dan diberikan syarat-syarat yang tak masuk akal antaranya hati nyamuk satu baldi la,darah lalat satu tong la,jambatan emas dari istana sampai ke gunung tu la...dan ntah ape-ape lagi ntah syaratnya...benda tu masuk akal ke??boleh ke raja tu penuhi syarat-syarat tu???manusia normal yang waras dan sihat mesti kata takkan mampu raja tu penuhi syarat tu semua...so kat sini sebenarnya puteri tu tak nak kahwin la dengan raja tu...tak yah la fikir nak tunaikan syarat tu semua...hahaha lawak lah.. Islam pun senang kata memang tak kasi langsung orang yang berkahwin tu BERZINA tu la hukumannya REJAM....yang dok bising sangat Islam kejam sebab rejam ni kenapa???NAK BERZINA dengan LAKI atau BINI orang ke???? kalau ye la Islam ni kejam sebab rejam, kejam lagi orang yang menyebabkan Islam ni jadi kejam... sebab dia BERZINA la Islam jadi kejam..tapi kene ingat dalam masa yang sama Islam telah menyelamatkan (penyelamat daripada penyakit HIV, penyakit kelamin dan penyakit-penyakit lain dari segi jasmani dan rohani) berjuta pasangan kerana mereka akan takut untuk BERZINA..kejam atau rahmat hukuman rejam ni??

sama la jugak dengan pencuri kena potong tangan...sorang je kene cukup dah insyaAllah, confirm takut yang lain nak mencuri...tak kan orang mencuri ni kita kasi dia kerja plak kan..kalau macam tu ramai la graduan universiti yang tak dapat kerja mencuri..sebab kalau mencuri kerajaan kasi kerja sebab tak nak die orang mencuri lagi..hahaha..potong tangan pencuri tu tunjuk kat buletin utama tv3 setiap hari,mesti takut orang yang tengok tu nak mencuri...yang dah kena tu takkan berani lagi nak mencuri,hari-hari rasa kesan akibat daripada perbuatan die tuh..curi ni pun bukan la seringgit dua ringgit punya kes..bodoh la kalau curi singgit pun nak kena potong tangan kan..pikir la sendiri...jangan nak mencari kesalahan Islam..buka hati tu lihat dalam-dalam hikmah dan kebaikan disebalik setiap perkara yang suruh Islam tu..kita beli handphone, komputer, kereta dan barang-barang lain yang mungkin awal-awal tu rumit nak guna aplikasinya pasti kita akan rujuk atau bukak manual book yang disertakan...so sama lah dengan kita ni manusia, Allah jadikan kita dan Allah dah sediakan manual book(Quran dan Sunnah) untuk kita..guna lahh...guna otak sendiri untuk settle kan memang tak kan selesai..tak caya try guna hukuman Islam ni secara menyeluruh, tengok kesan dia macam mana...sekarang ni pun boleh bandingkan jenayah Arab Saudi dengan Amerika macam mana..satu hari kat Amerika tu macam setahun kat Arab Saudi kes jenayah yang berlaku...so,nak kata apa lagi???kejam???hahaha...kata la nak kata apa pun...malas dah aku nak cakap..mungkin orang yang kata kejam ni lah orang yang dalam hati dia tu dah ada niat nak mencuri,rasuah,berzina,membunuh dan lain-lain perkara jahat yang mungkin die sendiri dah buat atau terfikir nak buat...tu yang takut tuh..dok sembang Islam kejam...giler punya orang...ni aku cakap ni bukan untuk orang yang bukan Islam,tapi aku lebih tekankan pada mereka yang mengaku diri mereka Islam tapi tak percaya dengan hukum Islam.

so,aku pun dah membebel panjang..dengan bahasa yang tak berapa bagus pun, aku minta maaf sangat...akhir sekali aku harapkan kat Malaysia ni sendiri,walaupun masih tidak bersedia untuk melaksanakan hukuman Islam sepenuhnya kononnya(alasan yang mungkin untuk kepentingan masing-masing)..aku cadangkan hukuman sebat di penjara Malaysia sekarang ni di laksanakan tu, yang sampai terkoyak bontot tu di tayangkan kat tv1,tv2,tv3,tv7,tv9,astro dan lain-lain media supaya dapat menghadirkan perasaan takut untuk manusia lain yang dalam diri mereka tu dah ada niat jahat untuk merogol,meragut,membunuh dan lain-lain jenayah. insyaAllah dapat gak kurangkan sikit statistik jenayah menurut pandangan aku.

post kali ni hanyalah pendapat aku...nak komen pape komen je la..insyaAllah yang baik aku terima yang buruk aku ...aku.... aku tak tahu lagi lah nak buat ape..huhuhu

Akhir sekali, inilah huraian berkenaan hukuman rejam:
Di dalam ensaiklopedia al-Feqhiyah Kuwait ada menyebutkan:
Ibnu Qudamah telah berkata: Tidak ada khilaf/perselisihan di kalangan para fuqaha tentang wajibnya hukuman rejam ke atas penzina muhsan, samada lelaki ataupun perempuan. Hukuman rejam telah ditetapkan dari Rasulullah s.a.w. dengan perkataan/sabdaannya dan perbuatannya, di dalam hadis2 yang hampir kepada mutawatir. Inilah perkataan seluruh ahli ilmu dari kalangan para sahabat, tabi’in dan orang-orang selepas mereka. Ibnu Qudamah berkata lagi: Kami tidak tahu jika terdapat perselisihan mengenainya melainkan dari kalangan kaum Khawarij. Dan di sana telah terjadi persepakatan para fuqaha bahawa had/hudud utk penzina muhsan adalah rejam hingga mati, samada penzina itu lelaki ataupun perempuan. Dan, bukan seorang yang mengatakan bahawa perkara ini adalah ijma.

Rujukan tentang Hukuman Rejam sila layari:
http://abunaaielah.blogspot.com/2009/09/menjawab-syiah-ayat-rejam.html
http://sites.google.com/site/hukumjenayah/maklumbalashukumrejam

Wednesday, October 6, 2010

Mengapa Islam Bukan Buddha??


Mengapa Islam Bukan Buddha??

Jawapan yang paling mudah adalah kerana Gautama Buddha sendiri mengakui dan mengiktiraf akan kehadiran penggantinya. Nak tahu siapakah pengganti yang dinyatakan dan dinantikan pengikutnya itu??

Gautama Buddha pernah menceritakan kepada pengikut setianya Ananda tentang kedatangan seorang Antim Buddha sepertimana yang terkandung di dalam Gospel of Buddha oleh Carus pada halaman 217 disebutkan: ”Wahai Nanda, aku bukannya Buddha yang pertama dan bukan juga Buddha yang terakhir. Suatu hari nanti, bakal lahir seorang Buddha di dunia yang menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia seorang yang suci lagi teguh beragama. Dia memiliki ilmu dan kebijaksanaan. Dia bakal menjadi pemimpin dan pembimbing semua manusia. Dia bakal mengajar kebenaran sebagaimana aku mengajar kebenaran. Dia memberikan kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda, namanya adalah MAITREYA.”

Untuk memudahkan para pembaca memahami ayat diatas marilah kita lihat beberapa perkara yang mungkin memerlukan kita memahami maksud sesuatu istilah yang bukan dari bahasa kita sendiri.

Buddha = “seorang yang bijaksana” atau “dia yang mendapat petunjuk” boleh juga dikatakan sebagai “nabi”.

Antim= “yang terakhir”

Antim Buddha= “Buddha yang terakhir” atau “Nabi yang terakhir”

Jadi disini persoalannya siapakah Maitreya yang disebut oleh Gautama Buddha sebagai Antim Buddha??

Mungkin ramai yang tidak bersetuju sekiranya saya mengatakan bahawa Maitreya yang merupakan Antim Buddha yang disebutkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w. Tidak mengapa, kita lihat mengapa saya mengatakan sedemikian, jika tidak bersetuju dengan saya tidak mengapa, kerana inilah adalah pendapat saya setelah membaca beberapa bahan bacaan tentang perkara ini maka mungkin sahaja pendapat saya salah tetapi ingat apa yang diperkatakan ada logik dan bukti pada hujahnya bukan omongan kosong semata-mata.

Pertama sekalimari kita lihat hujah ini:
Maitreya bermaksud “Merciful” atau “pembawa rahmat” (berdasarkan majalah The Leader 16/10/1930). Perkara yang sama disebut oleh Warren di dalam bukunya Mohammad in the Buddhist Scriptures berdasarkan Dr Ved Prakash dalam bukunya Muhammad in the Vedas and the Puranas. Ini bertepatan dengan Firman Allah: ”Tidak Kami utus kamu Muhammad, melainkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam”.(Al-Anbiya`:107)

Kedua:
Gautama Buddha mengatakan: “Dia memberikan kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap.”
Firman Allah: ”Tidak Kami utuskan kamu Muhammad melainkan kepada umat manusia keseluruhannya.”(As-Saba`:28)
Firman Allah lagi: ”Pada hari ini aku sempurnakan bagimu agamamu dan aku cukupkan bagimu nikmatku.”(Al-Maidah:3)

Ketiga:
Gautama Buddha mengatakan: ”Dia bakal menjadi pemimpin dan pembimbing semua manusia.”
Nabi Muhammad merupakan pemimpin yang unggul malah beliau adalah pemimpin Negara Islam pertama yang tertegak di Madinah. Umat Islam memberikan ketaatan sepenuhnya tanpa berbelah bahagi. Firman Allah: ”Barangsiapa yang mentaati rasul Allah sesungguhnya dia mentaati Allah.”(An-Nisa`:80)
Perkara ini juga diakui oleh orang yang bukan beragama Islam tetapi memberikan pandangan secara jujur setelah melakukan kajiannya, beliau adalah Michael H. Hart dalam bukunya “The 100”, katanya: “Saya memilih Muhammad sebagai tokoh yang begitu berpengaruh kerana hanya beliau sahaja dalam sejarah yang begitu Berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan...Beliau mengasaska dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi pemimpin politik yang unggul.”

Keempat:
Gautama Buddha mengatakan: ”Suatu hari nanti, bakal lahir seorang Buddha di dunia yang menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia seorang yang suci lagi teguh beragama. Dia memiliki ilmu dan kebijaksanaan.”
Beliau merupakan seorang manusia bukan malaikat atau dewa atau apa-apa sahaja makhluk melainkan adalah seorang manusia. Firman Allah: ”katakanlah, sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku yang Tuhanmu itu adalah Tuhan yang Esa.”(Al-Kahfi:110)
Peribadi beliau mulia dan suci menurut agama yang dibawakan itu, firman Allah: ”Sesungguhnya kamu, wahai Muhammad benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Menjadi contoh kepada pengikutnya, firman Allah: ”Sesungguhnya ada pada diri Nabi Muhammad itu suri teladan yang baik bagimu.”

Mungkinkah Muhammad s.a.w adalah Antim Buddha??? Adakah sifat individu yang dikenali sebagai Maitreya itu hanya kebetulan menyamai sifat Muhammad s.a.w???? Siapakah Maitreya jika begitu????? Adakah ajaran Gautama Buddha masih wajib diikuti setelah lahirnya Antim Buddha yang disebutkan sendiri oleh Gautama Buddha??? Mungkinkah undang-undang lama masih sah setelah adanya undang-undang baru????

Akhir sekali mari kita lihat beberapa perkara yang dianggap penulis tidak patut berlaku; Pada tahun 1966 perhimpunan Majlis Buddha Sedunia diadakan di Sri Lanka bagi mencari titik persamaan antara aliran Mahayana dan Theravada. Hasil daripada pertemuan ini, beberapa keputusan diambil oleh kedua-dua aliran. Antaranya adalah tidak mempercayai alam ini diciptakan dan diperintah oleh Tuhan.”(Walpola Rahula:”The Heritage of the Bhikkhu”; Grove Press 1974)

Lihat ayat yang dipetik daripada kitab mereka sendiri:
"Ketahuilah para bhikkhu bahwa ada sesuatu Yang Tidak Dilahirkan, Yang Tidak Menjelma, Yang Tidak Tercipta, Yang Mutlak. Duhai para Bhikkhu, apabila tidak ada Yang Tidak Dilahirkan, Yang Tidak Menjelma, Yang Tidak Diciptakan, Yang Mutlak, maka tidak akan mungkin kita dapat bebas dari kelahiran, penjelmaan, pembentukan, pemunculan dari sebab yang lalu. Tetapi para bhikkhu, karena ada Yang Tidak Dilahirkan, Yang Tidak Menjelma, Yang Tidak Tercipta, Yang Mutlak, maka ada kemungkinan untuk bebas dari kelahiran, penjelmaan, pembentukan, pemunculan dari sebab yang lalu."

Pernyataan diatas adalah dari Buddha yang terdapat dalam Sutta Pitaka, Udana VIII : 3, yang merupakan konsep Ketuhanan Yang Mahaesa dalam agama Buddha. Ketuhanan Yang Mahaesa dalam bahasa Pali adalah Atthi Ajatang Abhutang Akatang Asamkhatang yang artinya "Suatu Yang Tidak Dilahirkan, Tidak Dijelmakan, Tidak Diciptakan dan Yang Mutlak". Dalam hal ini, Ketuhanan Yang Maha Esa adalah suatu yang tanpa aku (anatta), yang tidak dapat dipersonifikasikan dan yang tidak dapat digambarkan dalam bentuk apa pun.

definisi berkenaan Tuhan ini sama seperti ajaran yang Islam terangkan didalam al-Quran surah Al-Ikhlas ayat 1-4: "Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah kekal. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya."

Inilah sebabnya aku tidak memilih Buddha tetapi aku memilih Islam sebagai cara hidup ku dan aku percaya dan yakin Islam adalah cara hidup yang benar dan lengkap tidak kira dari sudut politik, kekeluargaan, ekonomi, negara, kerohanian, dan keseluruhannya untuk aku menjadikan panduan hidup ku berdasarkan wahyu Allah melalui Nabi kami Nabi Muhammad s.a.w yang tersangat kami cintai. Kami juga menyayangi Gautama Buddha yang kami percaya mungkin sahaja beliau adalah salah seorang utusan Allah untuk manusia begitu juga kami sangat mengasihi Jesus yang kami kenalinya sebagai Nabi Isa termasuk jugalah Nabi Musa yang kami sayangi sepertimana yahudi menyayangi baginda. Inilah agama atau kepercayaan yang menyatukan semua manusia walaupun berlainan kepercayaan.

Islam agama rahmat...Islam agama kasih sayang...Islam agama kelembutan dan kebaikan....jangan lihat kami kerana kami sendiri sangat berdukacita disebabkan keburukan tingkah laku dan akhlak kami sehingga menyebabkan kami telah memburuk Islam secara tidak langsung, moga Allah mengampuni dosa kami sama ada sengaja mahupun tidak sengaja, sesungguhnya Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. kepadaNya lah kami akan kembali. Tetapi lihatlah Al-Quran dan As-Sunnah yang merupakan panduan hidup yang diwahyukan untuk manusia.

Lihat jugalah sejarah untuk mendapatkan contoh, siapakah pemimpin yang terbaik pernah wujud dimuka bumi ini kecuali beliau merupakan MUSLIM yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai cara hidup secara menyeluruh. Apa yang aku katakan bukanlah atas sebab aku juga seorang muslim tetapi lihat siapakah yang mengakuinya kalau mereka bukan dari kalangan Kristian sendiri mahupun Buddha dan juga Yahudi, malah semua manusia yang berilmu dan jujur dalam kajiannya akan mengakui kebenaran ini tidak kira lah pada akhirnya dia memeluk Islam mahupun tidak.Fikirlah dengan teliti wahai saudara ku, kami sentiasa mengalu-alukan persaudaraan dengan kalian. Islam tidak bermaksud cina akan menjadi melayu mahupun india akan menjadi melayu, Islam tidak kenal melayu ke cina ke india ke tetapi yang dilihat Allah adalah ketaqwaan seseorang itu tidak kira kamu menjadi muslim ketika umur muda atau tua.


sekian sahaja dari penulis.... moga mereka yang Buddha boleh beriman dengan Antim Buddha yang bernama Maitreya yang disebutkan Gautama Buddha walaupun individu tersebut bukan Nabi Muhammad s.a.w kerana ini adalah perintah Gautama Buddha. Carilah Antim Buddha kalian secepat mungkin. Segala silap dan salah harap dimaafkan, terima kasih.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya


جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ،

Ertinya : "Datang kepadaku Jibrail lalu berkata : " Celaka ke atas seorang hamba yang sempat bertemu Ramadhan dan keluar darinya tetapui tidak mendpaat keampunan terhadap dosa-dosanya, lalu aku (Rasulullah s.a.w) berkata : Ameen. (tirmidzi, ibn hibban, Ahmad, Ibn Khuzaymah, Al-Hakim & disetujui oleh Az-Zahabi, Abu Yu'la, At-Tabrani dalam Al-Kabir & al-Awsat, At-Tayalisi, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Ibn Al-Ja'd ; Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad - no: 644)

Moga dengan berlalu nya bulan Ramadhan ini segala dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini diampunkan Allah s.w.t serta kita diberi Hidayah,Taufiq dan Rahmat Allah s.w.t dan kita mendapat kenikmatan yang abadi iaitu Syurga yang dijanjikan Allah. Berdoalah moga kita tidak tergolong dalam golongan yang celaka kerana tidak memperolehi keampunan daripada Allah setelah berlalunya bulan Ramadhan yang penuh Barakah ini.

Diharap juga amalan yang selalu kita lakukan di bulan Ramadhan ini janganlah ditinggalkan terus pada bulan yang mendatang nanti. Sebelum dan Selepas solat fardu kita laksanakanlah solat sunat Qabliyah dan Ba'diyah, selepas solat Isya` kita lakukanlah solat witir, seminggu sekali atau dua kali sekurang-kurangnya berQiamullail lah..lakukan solat taubat, tahajjud, hajat, tasbih, dan lain-lain. atau setidak-tidaknya berzikir sahaja sebentar di atas katil mengingati Allah dan beristighfarlah memohon keampunannya. masa yang diambil tidak lama, mungkin hanya 2 atau 3 minit sahaja. lakukanlah puasa sunat enam hari di bulan Ramadhan ini juga dan puasa sunat isnin dan khamis pada bulan-bulan berikutnya. Akhir sekali, saya menyeru diri saya sendiri terutamanya dan para pembaca sekalian..marilah kita cuba memperbaiki kehidupan kita yang sebentar ini supaya mendapat kenikmatan dan rahmat Allah di akhirat kelak. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin....
Sekian...wassalam.....

Saturday, September 4, 2010

Apa Yang Kau Mahukan??


apa yang kau inginkan sebenarnya? mengapa kau melakukan sesuatu itu tanpa ilmu? hanya ikut-ikut sahaja orang lain mengapa? adakah kau tahu apa yang kau inginkan? mengapa kau tidak mahu mengejar sesuatu yang abadi? mengapa kau masih berseronok lagi? mengapa kau tidak cuba mencari keseronokan yang tidak pernah kau dapat gambarkan? mengapa kau berpuasa tetapi kau tidak solat????? Ya Allah... kau puasa ni pun kerana siapa? orang sekeliling, masyarakat atau kerana Allah?? Aduh..seksa nya...peliknya aku melihat diri mu itu...puasa yang hampir 12jam kau boleh lakukan tetapi solat yang tidak sampai 5minit kau GAGAL!!!!! wahh...sedangkan solat itu tiang agama...siapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama nya dan barang siapa yang meninggalkannya dia telah meruntuhkan agamanya... kau berpuasa tetapi tidak solat dimanakah kau ingin hamparkan atau letakkan atau gantungkan puasa kau tu?? yee, aku tahu puasa kau buat ni wajib, kalau tak buat nanti dapat dosa...so, solat tu tak wajib ke?? sebab ramai tak solat kau pun tak solat gitu? puasa ramai puasa so kau pun puasa camtu? mengapa kau mesti ikut orang?? kalau ramai orang terjun bangunan kau akan ikut juga kah? sedar lah...jadikanlah Ramadhan kali ini suatu anjakan paradigma..bukan untuk orang lain..tetapi untuk diri kau sendri..

Jom la beriktikaf, paling kurang pun kita Qiamullail kat umah.... kalau iktikaf ini tido pun dapat pahala, seronok kan? kalau wanita lagi best..kat rumah pun dah boleh kira beriktikaf...seronok dan mudah bukan untuk mendapatkan pahala yang tujuannya mendapatkan rahmat dan redha Allah? jadi tunggu apa lagi? tinggal berapa hari sahaja Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita...ntah tahun depan sempat lagi atau tidak kita bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh Barakah ini... alaa..memang kita bulan-bulan lain kurang amalan, kita bukan alim atau baik sangat pun.. tapi mcm exam la, last minute study..dapat la jugak kurang-kurang pun B+ ke B ke..okay la dari fail kan?? bulan Ramadhan ni pun hujung-hujung ni pulun la...tak dosa pun...tak dek istilah hipokrit ke ape ke.. perbanyakkan je ibadah korang tuh...untung-untung lailatur qadar kan dah macam beribadah 1000 bulan atau 83tahun lebih... umur kita ni pun belum tentu sampai tapi betapa untung nya kita umat Nabi Muhammad yang diberikan kelebihan ini..tu pun tak nak gak?? hahaha...lawak lah... ntah apa yang korang nak ntah..pelik aku...nak Ferrari ke? kalau dah dapat lepas tu nak ape plak? Buggatti Veyron? ok....lepas tuh?? nak ape plak? harta benda ni mati tak bawak masuk kubur pun..kalau bakar pun bakar yang kertas mainan nya je... dah tua sakit bukan kita yang pandu, drebar yang pandu...tak yah gaji mahal-mahal..tak yah kerja sampai nak giler pun dapat pandu Mercedes, BMW, Audi, Camry...sebut je la pape pun..drebar yang bawak.. penat je kerja giler-giler akhirnya yang pandu kereta yang syok tuh drebar...kartun punyer citer la ni aku bitau...huhuhu..

dah la...jangan dok baca novel tu dah...bukak Quran bace..citer dalam Quran semuanya benar 100% tapi novel tu kebanyakkannya hayalan penulis tuh je..korang pun bleh tulis novel la...dah la..tinggal 3,4hari je Ramadhan ni..bace Quran..cara paling senang nak dapat pahala baca Al-Quran la... satu huruf dapat sepuluh kebaikan...bulan Ramadhan digandakan lagi tau...apa die, tak reti baca Quran? hah..elok lah..waktu ni la nak kene cube bace...blaja bace.. dapat pahal membaca dengan pahala belajar membaca..syok ape.. hah,malu?aduh...nak malu ape..yela dah tua tak reti bace lagi? hurmm... korang ni malu dengan manusia pandai, dengan Allah tak malu??at least sebelum mati korang dah pandai baca... blaja je la..tak perlu malu.. yang bagi nikmat rezeki kat korang tu sape,member sebelah katil ke??pastu nak malu watpe?? Allah yang bagi rezeki,nikmat panca indera korang tuh..bersyukur la..baca la Kalam Allah ni.. bukan untuk sape, untuk diri sendiri gak... malu tak kene tempat.. ape daaa

jangan kasi alasan nak study la ape lah..budget macam study sangat je, tengok-tengok tido je pun..poyo lebeh..alaa,bukan susah...paling kurang sahur tu bangun awal skit, 4.30 ke....5.00 pun boleh la...buat la solat 2 rakaat tambah satu witir..brape minit sangat...sementara tunggu subuh tu baca satu muka surat al-Quran..tak kacau la korang nye study tuh...tengok pointer nanti lebeh kurang je dengan member lain yang bangun ibadah, baca quran ape sume....silap-silap dieorang lagi tinggi dari korang..kan dah rugi..dunia pun tak seberape..akhirat pun melepas..wahh..rugi giler.. baik dunia lepas akhirat dapat...tapi sebaik-baik nye mesti la dua-dua dapat kan..sape tak mau..aku pun mau.. same-same la kita usaha untung mendapat keuntungan yek..

dah la..panjang dah aku bebel...pandai-pandai la korang yek... aku pun banyak lagi kelemahan tapi at least aku cube memperbaiki dan aku pun banyak gak kengkawan yang hebat bantu aku yang blaja kat insaniah,kuis,madinah,yaman,uia,bmi, dan lelain kengkawan yang banyak berjasa dalam mempengaruhi ke jalan yang baik dan teman aku perbincangkan sesuatu masalah yang timbul..Ustaz-ustaz tak yah cakap la, korang mesti faham je la kan..tak kan tak dek plak..

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”


sekian sahaja..maaf disebabkan kurang berbahasa di dalam pos kali ini...
selamat beribadah di akhir-akhir Ramadhan kali ini..anggap ianya sebagai Ramadhan yang terakhir...

Monday, August 23, 2010

Doa Untuk Orang Bukan Islam


Kita pada hari ini selalu menjadi keliru antara hukum, adat, politik dan sebagainya. kita akan menjadi pening dan keliru dengan kenyataan yang disiarkan televisyen, surat khabar, dan sebagainya dengan berbagai pendapat yang berbeza mahupun antara seorang Mufti dengan Mufti yang lain(mana tidaknya, berbelas Mufti dalam satu negara...masing-masing ada fatwanya sendiri..peningnya adalah kita nak ikut yang mana?? jadi,marilah kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah untuk mengetahui kebenaran yang lebih tepat : dengan penerangan Ulama bukan ikut akal sendiri yee..huhuhu). Mangsanya adalah kita sebagai orang awam yang kurang ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara itu. Walaubagaimanapun kita perlu memandang positif perkara yang berlaku di Malayia ini, yakni dengan cara kita perlu memupukkan sifat rajin dalam mencari kebenaran dengan melakukan pembacaan pada sumber-sumber yang boleh dipercayai sudut nilai keilmuwannya tanpa dipengaruhi anasir-anasir yang lain. Selamat membaca....

sila klik link ini:

http://www.zaharuddin.net/content/view/950/72/

penulis tidak mempunyai kesempatan untuk menulis semula dengan olahan fahaman penulis sendiri ataupun meringkaskannya, maka adalah lebih baik dibaca pada tulisan asal Yang Berbahagia Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.