Sunday, July 17, 2011

Pemergian Sebutir Mutiara Malaysia


Al-Fatihah buat Dr Lo' Lo' (Lo' Lo' bermaksud Mutiara) yang sudah meninggalkan kita, moga beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang bertaqwa kepada Allah. Takziah pada seluruh keluarga beliau terutamanya sahabat ku Muhammad Farhan Aminuddin. Banyakkan berdoa dan beramal kerana sesungguhnya dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan kepadanya”. (HR Muslim)

Firman Allah s.w.t: “Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10).

Firman Allah s.w.t: “Harta dan anak-anak shaleh adalah perhiasan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shaleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”. (QS Al Kahfi : 46)

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan kepada kami" (Al-Anbiya: 35)

risau nya...Ya Allah...setiap kali mendengar tentang kematian aku menjadi takut...amalan ku sangat kurang...dosa ku sangat banyak....bagaimana keadaan ku jika maut menjemput ketika ini....moga ketakutan akan kematian ini sentiasa tersemat di hati dan perasaan ku yang menghasilkan amalan dan semangat serta daya juang ku dalam memperbaiki diri dalam persediaan ku bagi mendapatkan keredhaan dan rahmat Mu...bantu diri ku yang lemah ini dengan ilmu, panduan dan pertolongan Mu wahai Tuhan Segala Sesuatu... jadikan aku sebahagian daripada mereka yang bertaqwa kepada Mu wahai Allah...kasihani diri ku...kasihani keluarga ku...kasihani seluruh muslimin dan muslimat.....panjang umur kedua ibu bapa ku dengan keberkatan dan keredhaan Mu berserta kesihatan yang baik....tiada ganti jika mereka pergi...hanya satu yang Kau kurniakan kepada kami....kasihani mereka sepertimana mereka mengasihani kami....setiap amalan kebajikan kami adalah hasil didikan yang mereka beri....setiap kesalahan kami adalah kesilapan dan kesalahan kami sendiri...jangan Engkau hukum mereka kerana kami....pertemukan kami kembali di akhirat kelak dengan rahmat dan nikmat yang melimpah ruah di syurga firdausi....

http://hafizrz.blogspot.com/2009/06/dunia.html

http://hafizrz.blogspot.com/2011/05/ibuibuibu.html

http://hafizrz.blogspot.com/2009/06/reunionkeburukan-dan-kebaikan.html

Dari Harakahdaily:
Dalam respon awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamah seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.


"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya,"

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah."