Thursday, May 13, 2010

Very Disappointed


Ahad yang lalu 9/5/2010 sangat mengecewakan diri ini. Kecewa bukan perkara yang luar biasa dan kecewanya diri ini adalah disebabkan tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik, malahan sangat teruk rasanya :(


Sebenarnya pada hari ahad yang lalu di Dewan Kuliyyah 3 Akedemi Pengajian Islam UM diadakan pembentangan subjek “Iman Dan Kehidupan”. Malang sekali diri ini tidak dapat membentangan kertas kerja dengan baik, malah sangat teruk rasanya. Inilah penyebabkan perasaan kecewa hadir di dalam diri ini.


Kisahnya begini, setelah 2 minggu ponteng kelas disebabkan ingin menumpukan perhatian untuk Final Exam di UniKL-BMI (walaupun akhirnya banyak main jugak) maka sudah banyaklah perkara yang tidak diketahui terutamanya tentang pembentangan yang akan diadakan. Pada hari ahad tersebut nama yang dipanggil secara random perlu membentangkan kertas kerja yang dilakukan. So, diri ini pun kelang kabut lah menyenaraikan beberapa point yang boleh dibentangkan sekiranya nama dipanggil. Yang sangat menjadi masalah adalah diri ini yang malas sebenarnya masih belum menyiapkan kertas kerja tersebut, malah belum memilih tajuk yang ingin dilakukan sebagai kertas kerja pun. Maka diri ini pun dalam masa tidak sampai sejam menyenaraikan beberapa perkara utama yang difikirkan sesuai berkaitan tajuk yang dipilih waktu itu juga yakni “Apakah yang membezakan antara mereka (yang mengakui Tuhanlah yang mencipta,menghidup,memati dan memberi rezeki kepada manusia) dan orang Islam sehinggakan mereka dianggap kafir dan orang Islam dianggap beriman?”.


Ditakdirkan tidak berapa lama kemudian Ustaz pun memanggil nama diri ini untuk membentangkan kertas kerja, dengan perasaan yang gundah gulana diri ini pun ke depan untuk membicarakan tentang tajuk yang dipilih sebentar tadi. Bila dah kat depan tu sangat lah lain rasanya, jadi cuak…malu…rasa tak layak….semua yang dah ada dalam kepala ni pun terbang ntah ke mana…. Bukannya tak biasa ke depan untuk membentangkan sesuatu, tapi kali ini sangat berlainan kerana kali pertama diri ini berdiri di hadapan pakcik-pakcik makcik-makcik yang berkopiah dan berpurdah..mungkin ada juga yang bergelar dato` atau tan sri…lagi rakan yang merupakan pelajar lepasan Degree dalam pelbagai bidang.....rakan-rakan yang huffaz....dan yang sudah bergelar guru agama juga sudah sememangnya ada. Rakan-rakan sekelas yang semuanya hebat-hebat ini menyebabkan kecil sungguh diri ini dirasakan ketika itu. Inilah pengalaman yang tidak pernah dirasai lagi, berdiri dihadapan pelbagai background manusia untuk berkongsi ilmu dalam pembentangan.


Sebelum ini kalau ada presentation pun cuma di hadapan rakan sebaya dan lecturer je. Kali ni sangat berbeza perasaan yang dirasai. Rasa seperti diri yang tidak mempunyai ilmu ingin berkongsi ilmu. Warghh.. jadi pelik sangat berdiri kat atas tu. Perasaan rendah diri yang melampau menghantui diri ketika itu. Tambah lagi dengan tiada persediaan yang rapi maka kaku lah diri ini merepek ntah ape aje… Inilah punca rasa kecewa diri ini :(


Harap pembentangan untuk subjek Usul Tafsir dan Mustolah Hadith perkara seperti ini tidak akan berulang. Rajinlah wahai diriku….berusahalah wahai diriku…..kawallah nafsu wahai diriku….jangan malas lagi wahai diriku….Ya Allah.bantu aku Ya Allah….berilah aku taufiq dan hidayahMu…jadikan aku hambaMu yang bertaqwa. Moga para pembaca juga mendoakan penulis ye ;)


Dalam sebuah hadits Rasulullah SAW menyatakan: "Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari hari kemarin, maka itulah orang yang beruntung, Dan barangsiapa yang hari ini sama dengan hari kemarin maka itulah orang-orang yang merugi". Dalam hadits yang lain, Rasulullah SAW pun menyatakan: "Tidaklah patut seorang mukmin dipatuk ular dua kali berturut-turut dalam lubang yang sama".


Surat Imam Abu Hanifah kepada seorang yang malas berusaha dan bersungut dalam doanya: "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."


Semoga diambil iktibar terutamanya diri penulis ini sendiri. Sekian....