Thursday, March 18, 2010

Lawak Antara Bayi


Lawak 1

Sorang laki baru beli sekor kucing kt kedai haiwan. Sorang budak kt situ ternampak aki tu membelai kucingnya.
Budak: Chehss, monyet buruk camtu pun ko sayang??!
Laki: Budak, gila ke buta?... Ni kucing lah, bukan monyet, bodoh!.
Budak: Abang ni gila ke?! Saya cakap ngan kucing abang, bukan ngan abang!


Lawak 2

Satu kemalangan melibatkan seorg usahawan dlm BMWnya.

Usahawan: warrgghhh.. tgk apa dah jadi dgn BMW aku... habis kopak pintu kereta ni..warghh... .

Unit bantuan: encik. encik sedar x, tangan kanan encik dah tak ada? apasal risaukan sgt pintu kereta tu. materialistik sgt la encik ni

Usahawan: sambil memandang bhgn kanan badannya) warghh... ... jam Rolex aku!!!

Lawak 3

MENJERIT BERSAMA
Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit.."Tolong,Tolong"
Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang
lain..

Lalu salah seorang budak lain berkata.."Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama"
"Ya.. Idea yang sangat bagus" jawab rakannya yang lain..

dan mereka semua mula menjerit "Bersama ! Bersama!"

Lawak 4

KULIAH
Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di
sebuah
universiti.
Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".
Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata, "Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."
"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

Lawak 5

PANCING
"Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya
dengan memegang pancing sambil merokok..
Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang
ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya...
Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"
Atok : "Untuk makan"
Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."
Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje...
Sambil makan si Badul bertanya..
Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"
Atok : "Oh ada"
Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"
Atok : "Kamu yang kelima""

Lawak 6

LARI JAUH
"Ibu : "Fendi.. kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah?"
Fendi : "Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian."
Ibu : "Wah, bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?"
Fendi : "Fuad dan saya"
Ibu : "Cheh.. dasar penakut"

Monday, March 15, 2010

Inai atau Henna


Penjelasan Pertama:

Imam An-Nawawi dalam fatwa al-Majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab Hanafi dan Maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Ummu Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma’rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-Tamheed)

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada Baginda s.a.w. lalu baginda melihat tangan itu seraya Baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (HR Abu Dawud)

Dua hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka. Tetapi berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

Hadith yang kedua, bahawa galakan Rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. Di sini datang pula hadith Nabi s.a.w bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

Rujukan:
Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq.

Penjelasan Kedua:

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)” (Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .

Penjelasan ketiga:

Tarikh Keputusan: 2 Oct, 2009

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam para fuqaha’ sepakat memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Muzakarah juga memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
  4. Muzakarah juga bersetuju supaya garis panduan pemakaian inai ini disediakan oleh JAKIM dengan memasukkan bersama nas-nas hadis yang berkaitan dengan unsur-unsur syirik dalam penggunaan corak atau ukiran inai.

Rujukan: http://e-fatwa.intranetportal.my/

Pandangan Penulis:

Setelah meneliti ketiga-tiga penjelasan daripada Fiqhus Sunnah hasil tulisan Sayyid Sabiq, pendapat yang dikemukakan Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz dan juga fatwa daripada Majlis Muzakarah yang dipetik daripada e-fatwa dapat penulis simpulkan bahawa jalan tengah yang terbaik dan juga lebih selamat untuk sesiapa yang ingin memakai inai bagi wanita hanyalah dihujung jari sahaja (tanpa ada bentuk atau lukisan yang tidak dibenarkan syarak) kerana inai ini juga termasuk dalam kumpulan wangian sepertimana sabda Nabi s.a.w: “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma’rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-Tamheed). Maka sesiapa yang memakai secara berlebihan ia dikira tabarruj maka hukumnya adalah haram. Lelaki pula sangat-sangat tidak digalakkan memakai inai kerana sabda Nabi s.a.w: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (HR Abu Dawud). Ini secara tidak langsung Hadis ini menunjukkan pemakaian inai kebiasaannya adalah perhiasan untuk wanita maka lelaki yang menyerupai wanita adalah dilarang. Kerana di sini datang pula hadis Nabi s.a.w bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Sekian sahaja, wallahhua’lam